Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Disember 2011

Aku dan Free Health Screening

Dalam 2 hari ni ada beberapa pesakit datang klinik.
Bawak slip keputusan pemeriksaan kesihatan mereka kepadaku.
Pemeriksaan percuma di shopping complex.
Dilakukan oleh non-medical people.
Menggunakan peralatan2 kesihatan.
Kemudian memberi nasihat2 kesihatan.


Dengan menjalankan ujian yang simple,
didapati satu badan semua dah tak sihat.
Tulang tak kuat.
Metabolik lambat.
Usus banyak toksik.
Lalu dipujuk supaya makan vitamin macam2.
Lalu dimomok2kan tentang kanser dan sebagainya.
Tak mahal.
Satu hari sekitar RM 10 sahaja.
Sebulan? Setahun? Selama2nya?
Jangan berkira tentang duit katanya.
Yang penting sihat dan jauh daripada penyakit.


Penyakit kejadah apa kalau sekadar kata usus tak sihat,
tulang dah reput, vitamin semua dah kurang.
Lepas tu semua benda tak boleh makan.
Kena pantang macam2.
Kalau daging, ikan, sayur semua tak boleh makan nak sihat camna?
Makanlah multivitamin yang dijual.
Sebulan 200-300 ringgit sahaja.


Aku tak faham dengan KKM kita.
Selagi takda orang mati sebab terlebih makan vitamin,
Selagi itulah takkan ada tindakan.
Orang ramai terang2 ditipu.
Terang2 dimomokkan.
Tapi satu tindakan pun tak dikenakan.
Klinik berdaftar macam aku yang mereka susah2kan.
Ubat DDA kurang sebiji pun nak mintak surat tunjuk sebab.


2 ulasan:

  1. Doc,

    Apakah ubat DDA? Explain please...

    BalasPadam
  2. DDA= Dangerous Drug Act.
    Ubat DDA bermaksud ubat2 psikotropik.
    Ubat2 list A.
    Ubat2 yang ada beri kesan jangka panjang.
    Ubat ni hanya doktor yg boleh beri kat pesakit.
    Takda jual kat pharmasi.
    Ubat2 yang dikawal penggunaannya.
    Contohnya ubat tidur, ubat tenang, ubat kurus.

    Setiap kali beri kat pesakit,
    kena tulis nama, IC, alamat dan bilangan sekali.
    Jumlah ubat masuk dan keluar kena tally.
    Kalau kurang kena jawab kalau KKM datang buat spot check.

    Boleh faham?

    BalasPadam