Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Disember 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kisah mamat Bangla lagi.
Usia awal 20-an.
Kerja di kilang dan sentiasa terdedah dengan habuk dan chemical.
Tak pernah kena Asthma.
Tapi pernah sedut gas 2 kali kat klinik aku.
Kalah dengan habuk.
Rasa lega lepas kena nebulizer.
Minggu lepas dia kena batuk yang teruk.
Sepanjang jalan dari kilang ke klinik tak berhenti batuknya.
Klinik panel terus rujuk ke Klinik Kesihatan.
Tanpa bertanya banyak doktor buat x-ray dan check sputum AFB.
Dia diberi ubat biasa2 sahaja dan antibiotik.
Kali kedua pun sama.
Tanpa tanya banyak atau check fizikal dia dapat antibiotik yang lain.
Kali ketiga doktor yang lain.
Dia tengok CXR normal dan Sputum AFB negatives.
Tanpa usul periksa dia dirujuk ke Chest Clinic.
Nak buat bronchial washout.
Supervisor dia datang tunjuk kad rawatan, x-ray juga surat rujukan kat aku.
Nak buat apa seterusnya?
Dah seminggu dia tak kerja.
Asyik ulang alik ke hospital sahaja.
Aku tulis surat kat majikan dia.
Minta ditukar tempat kerja yang lebih bersih.
Ini bukan kali pertama kes macam ini.
Dah 3 kali dah.
Lepas tukar tempat kerja selesai semua masalah.
Kalau tidak asyik kacau hidup aku aje.
Aku tak kata doktor kerajaan tak bagus.
Tapi keperihatinan kat pesakit semakin kurang.
Tidak bersungguh2 mengambil history daripada pesakit.
Tidak juga bersunguh2 memeriksa pesakit.
Yang diharap ujian makmal dan x-ray sahaja.
Bila semuanya normal dah tak tahu nak buat apa.
Ada nurse wad kanak2 hospital mengadu kat aku.
Doktor2 kat wad sekarang tidak macam dulu.
Pegawai Farmasi kena selalu datang ke wad.
Ajar doktor2 bagaimana nak kira dos ubat untuk kanak2.
Tapi sesetengah doktor rasa dia dah bagus sangat.
Tak boleh terima arahan/cadangan orang bawahan.
Kesimpulannya?
Fikir2kanlah sendiri.





5 ulasan:

  1. ada spesialist komplen..HO la ni besar kepala.

    BalasPadam
  2. yer, sangat2 setuju, dah terkena banyak kali dengan doktor muda ni..

    BalasPadam
  3. saya nak tanya sikit ad effect ke kalau selalu mandi malam?

    BalasPadam
  4. ekin,

    mandi malam takda side effect.
    mandi air sejuk ke , air panas ke,
    bila2 pun boleh mandi.

    kecuali,
    anda ada masalah asthma atau allergic,
    mandi air sejuk tengah2 malam boleh jadi sebab.
    datang semput atau selsema bersin tak henti.

    mandi malam.
    tak jadi sebab.
    paru2 kembang,
    paru2 basah,
    dsbnya.

    terima kasih.

    BalasPadam