Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Disember 2011

Aku dan RHB Cawangan Senai


RHB Senai.
Antara tempat terakhir yang aku akan pergi.
Pergi bawa masalah.
Balik pun bawa masalah.
Ini kali ke tiga dalam masa 2 tahun aku datang.
Dah 2 tahun aku tak dapat statement pinjaman rumah aku.
Dah 2 kali aku isi borang tukar alamat.
Tapi tak juganya sampai kat aku.

Pinjaman rumahku dah berusia lebih 10 tahun.
Namun macam tak berkurangan.
Dulu kata kalau bayar lebih,
lebihan akan ditolak ke pokok.
Kali ini jawapannya lain pulak.
Aku ambik jenis konvensional bukannya islamik.
Bayaran lebih akan disimpan (!),
dan diforward ke instalment akan datang (!).
Pokok tetap sama, bunga pun tetap sama.
Sekarang aku dah terlebih bayar sampai bulan 4 tahun depan.
Kalau aku nak bayar habis dalam tempoh 5 tahun ini,
aku kena denda dan bayar ekstra 3,500 (!).
Haram jadah betul.

13 tahun yang lalu,
aku tak tahu apa2 pasal pinjaman perumahan.
Yang aku tahu nak interest rendah dan bayar kurang.
Islamik ke konvensional aku peduli apa?
Jahilnya aku masa itu.
Aku ada juga bertanya pegawai2 tu,
tetapi bukan jawapan yang aku dapat.
Lebih persoalan dan lebih memeningkan kepala hotak.

RHB Senai.
Pegawai2nya baik2 belaka.
Tapi semuanya baik ada makna.
Masalah aku taknya diselesaikan.
Sibuk pulak memujuk aku buat pinjaman ASB.
3 kali aku datang 3 kali juga aku dengar.
Ayat2 betapa untungnya buat pinjaman ASB.
Tak payah slip gaji ke apa.
Photostat IC dah cukup.
Cukup tahun dapat dividen(!).

Kalaulah aku ada banyak duit,
aku bayar habis pinjaman rumahku itu.
Tak sanggup asyik bayar bunga aje.
Pokoknya langsung tak berbayar.



Aku memang dah lama nak boikot bank2 kat Malaysia.
Maybank yang untung bilion2 tu pun aku dah lama boikot.
Ini cerita lama tapi cerita betul.
Aku pernah pegang Maybank punya credit card.
Masa tu aku bayar guna postdated cheque.
Kalau luar kawasan kena charge extra 50 sen.
Entah mana silapnya 50 sen tu aku lupa nak creditkan.
Jadi bila datang bil, 50 sen dah jadi 5 ringgit.
Kena denda sebab bil outstanding sebulan.
Haram jadah betul.
Aku jumpa pegawai kat Maybank Kulai,
dia pun tak boleh tolong selesaikan.
Aku kena jugak bayar denda 5 ringgit tu.
Kalau tak bayar akan terus beranak2 katanya.
Bank untung berbilion,
duit 50 sen aku pun nak dikiranya.
Inilah servis bank di Malaysia.
Ini belum cerita pasal Celcom lagi.
Tunggu...

3 ulasan:

  1. Wife aku guna RHB islamic utk kondo dia. Mmg puashati sehinggalah agen insurans kami meracun suh amik dgn dia. Insurans masuk sekali bla bla bla..interest lagi rendah. Wife boleh save RM20K on interest. So, kita pun tukar. Masa nak tukar, kami diberitahu kena buat valuation, moving cost semua kita kena tanggung padahal masa sesi meracun, katanya semua free. Gaduh2 last2 paksa agen tu tanggung. Sekrg, aku ingat nak bantu dia kurangkan pinjaman guna epf tapi kampeni insurans byk songeh pulak. Menyesal tak sudah kami pindah dari rhb ke kampeni ni.

    BalasPadam
  2. Dampens mana?bgtau je.biaq depa sedaq sket-cg am-

    BalasPadam
  3. bank islam pun sama....
    ***anti celcom*** (tp terpaksa gak pakai sbb yg lain seme coverage mcm haremmmmm)

    ***anti astrok*** (dah xde pilihan lain daaaaaa)

    BalasPadam