Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Disember 2011

Aku ke Negeri Sembilan

11-12 Disember 2011.
Aku bercuti lagi.
Tahun ni banyak benar aku bercuti nampaknya.
Asyik cuti aje kata patient aku.
"Enjoying life.''
Itu motto kehidupanku.
Sementara anak belum pandai berdikari.
Sebelum anak2 belum pandai jalan2 sendiri.
Bersama2 mereka adalah sesuatu yang indah.
Dan akan dikenang sepanjang hayat.


Percutianku kali ini konsep santai.
Free and easy.
Aku sekadar pandu kereta.
Kalau ada nampak signboard tempat2 menarik,
aku ikut dan pergi ke sana.
Langsung takda niat nak ke PD sebenarnya.
Tapi sampai sana jugak akhirnya.


Aku tak tahu pun Selangor cuti 2 hari hujung minggu tu.
Jadi jalan agak sesak.
Hotel2 pun penuh jugak.
Grand Lexis pun full house.
Tak sampai hajat nak surprise kan anak2.


Aku sempat pusing2 sekitar maktab wife di Sikamat.
Dapatlah mengimbau kenangan 3 tahun belajar di sana.
Ada yang dah berubah.
Ada yang masih macam dulu juga.


Aku balik ikut jalan kampung.
Paroi-Seri Menanti-Kuala Pilah-Tampin-Ayer Keroh.
Seronok tengok suasana kampung.
Rumah2 kampung pelbagai bentuk dan saiz.
Pokok buah2an yang sedang berbuah.
Hanya aku dan wife yang faham.
Anak2 semua buat tak kisah aje.


Suasana kampung di sini tak banyak beza dengan tempat lain.
Penduduknya ramah-tamah dan berbudi bahasa.
Cuma masjid2 di sini kecil2.
Kubahnya pun sama.
Sangat berbeza dengan masjid2 di Johor.
Berwarna-warni dan kelihatan gah.


Sebelum balik kena singgah Ayer Keroh.
Percutian tak lengkap kalau tak beli apa2.
Itu slogan anak2 aku.
Dapat masuk Jusco terus hilang muka monyok masing2.
Pukul 11 malam aku masih di Melaka.
Hotel2 pun banyak yang full house.
Juga tak berbaloi nak bermalam di sana.
Masih kena full-charge walaupun dah hampir tengahmalam.

Pagi Selasa.
Aku dah balik ke rutin normal semula.
Merawat pesakit.
Menandatangani autograf.
Melayan salesrep.
Nak layan blog langsung tak sempat.

Bersambung...

1 ulasan:

  1. cuti2 santai macam tu biasa saya buat...ikut jalan kampung...singgah mana2 tempat yang nampak mcm best...amik2 gambo...relaxed je rasa. cuma penat drive la... hu~

    BalasPadam