31 Disember 2011

Aku dan Dua Ribu Sebelas

2011.
Jauh juga perjalananku.


Desaru, Kota Tinggi.



Ayer Keroh, Melaka.


Taiping, Perak.


Tambun, Perak.


Tanah Rata, Cameron Highlands.


Workshop.


Pantai Lido, Johor Bahru.


Kulaijaya, Johor.


Kampar, Perak.


Brinchang, Cameron Highlands.


Seremban, Negeri Sembilan.   

Kemana kita di 2012?


p.s Wife ada jugak bising2.
      Koleksi gambar Estima lebih banyak daripada gambar dia.



30 Disember 2011

Aku dan RHB Cawangan Senai


RHB Senai.
Antara tempat terakhir yang aku akan pergi.
Pergi bawa masalah.
Balik pun bawa masalah.
Ini kali ke tiga dalam masa 2 tahun aku datang.
Dah 2 tahun aku tak dapat statement pinjaman rumah aku.
Dah 2 kali aku isi borang tukar alamat.
Tapi tak juganya sampai kat aku.

Pinjaman rumahku dah berusia lebih 10 tahun.
Namun macam tak berkurangan.
Dulu kata kalau bayar lebih,
lebihan akan ditolak ke pokok.
Kali ini jawapannya lain pulak.
Aku ambik jenis konvensional bukannya islamik.
Bayaran lebih akan disimpan (!),
dan diforward ke instalment akan datang (!).
Pokok tetap sama, bunga pun tetap sama.
Sekarang aku dah terlebih bayar sampai bulan 4 tahun depan.
Kalau aku nak bayar habis dalam tempoh 5 tahun ini,
aku kena denda dan bayar ekstra 3,500 (!).
Haram jadah betul.

13 tahun yang lalu,
aku tak tahu apa2 pasal pinjaman perumahan.
Yang aku tahu nak interest rendah dan bayar kurang.
Islamik ke konvensional aku peduli apa?
Jahilnya aku masa itu.
Aku ada juga bertanya pegawai2 tu,
tetapi bukan jawapan yang aku dapat.
Lebih persoalan dan lebih memeningkan kepala hotak.

RHB Senai.
Pegawai2nya baik2 belaka.
Tapi semuanya baik ada makna.
Masalah aku taknya diselesaikan.
Sibuk pulak memujuk aku buat pinjaman ASB.
3 kali aku datang 3 kali juga aku dengar.
Ayat2 betapa untungnya buat pinjaman ASB.
Tak payah slip gaji ke apa.
Photostat IC dah cukup.
Cukup tahun dapat dividen(!).

Kalaulah aku ada banyak duit,
aku bayar habis pinjaman rumahku itu.
Tak sanggup asyik bayar bunga aje.
Pokoknya langsung tak berbayar.



Aku memang dah lama nak boikot bank2 kat Malaysia.
Maybank yang untung bilion2 tu pun aku dah lama boikot.
Ini cerita lama tapi cerita betul.
Aku pernah pegang Maybank punya credit card.
Masa tu aku bayar guna postdated cheque.
Kalau luar kawasan kena charge extra 50 sen.
Entah mana silapnya 50 sen tu aku lupa nak creditkan.
Jadi bila datang bil, 50 sen dah jadi 5 ringgit.
Kena denda sebab bil outstanding sebulan.
Haram jadah betul.
Aku jumpa pegawai kat Maybank Kulai,
dia pun tak boleh tolong selesaikan.
Aku kena jugak bayar denda 5 ringgit tu.
Kalau tak bayar akan terus beranak2 katanya.
Bank untung berbilion,
duit 50 sen aku pun nak dikiranya.
Inilah servis bank di Malaysia.
Ini belum cerita pasal Celcom lagi.
Tunggu...

Aku dan Tentang Dhia


Seperti sedia maklum,
aku jarang tengok drama2 bersiri.
Panjang meleret2.
Setiap 10 minit break untuk iklan.
Tetapi kalau setiap hari
emak dan anak2 berlonggok depan tv,
makan malam depan tv,
sembahyang Maghrib depan tv,
mengaji Quran depan tv,
bersenam pun depan tv,
aku pun terpaksa masuk kelab.
Tentang Dhia ceritanya.
Kisah moden.
Kisah anak orang ada2.
Kisah ibu mertua.
Walaupun dah kaya dan moden,
nasib anak2 bukan Tuhan yang tentukan.
Bomoh Pak Boon yang tentukan.
Aku tak nak komen jalan ceritanya.
Tapi aku tak puashati sangat2 dengan penutupnya.
Akhirannya tak happy ending.
Aku nak tengok pembalasan kat emak mertuanya itu.
Mati muntah darah ke,
Kubur tak nak terima ke,
macam cerita Tanah Kubur tu.
Barulah puashati sikit.
Tapi aku bukan pengarahnya.
Terima ajelah seadanya.

Klik sini untuk pendapat peribadiku tentang drama Melayu.



29 Disember 2011

Aku beremosi bila...

Aku beremosi bila...
Sahabat lama mula aktif dengan politik.
Pagi2 lagi dah hantar SMS.
Nak kena jumpa VVIP.
Ada urusan politik.
Urgent.
Nak mohon cuti tak sempat.
Nak mintak tolong tuliskan MC sehari.

Aku beremosi bila...
Lepas sebulan baru dia datang.
Menagih MC yang entah bila aku pun dah lupa.
Maklumlah ahli politik.
Sibuk dengan urusan melihat kawasan.
Padahal klinik hanya di depan mata.

Aku beremosi bila...
Hari2 cuti pun ada sahabat call.
Bukannya bertanya khabar berita.
Tanya kenapa tak bukak klinik.
Bukannya apa.
Nak ambik MC untuk anak.
Ada urusan peribadi di Kuala Lumpur.

Aku beremosi bila...
Lepas 2-3 hari anaknya datang ke klinik.
Menagih MC yang dipohon.
Ayah cuma berkirim salam.
Sambil berterima kasih diangin lalu.

Inilah sahabat zaman sekarang.
Hanya ingat aku bila perlukan MC.
Langsung tak ingat bila hari raya.
Langsung tak ingat bila buat rumah terbuka.
Langsung tak ingat bila dah kaya.
Langsung tak ingat bila dah berkuasa.
Aku sangat beremosi hari ini.


Aku dah semakin bosan...

RM20,000 fine for leaking info

By YEE XIANG YUN
xiangyun@thestar.com.my

JOHOR BARU: A former Iskandar Investment Bhd (IIB) senior vice-president was slapped with a RM20,000 fine by a High Court here for abusing his position when he leaked information about the tender value of a construction project.

Rostam Razali, 51, pleaded guilty to revealing the Jalan Abu Bakar interchange construction’s bid value to Kimlun Sdn Bhd chief executive officer Sim Tian Liang.
He did this at the IIB office here in April 2008 while he was still with the company, which was known as Southern Johor Investment Corporation Bhd then.

Rostam, who was in charge of the firm’s several projects, leaked the information to Sim after learning about the project value from its consultant on April 3, 2008.
Kimlun was among five bidders listed for the project after that.

Rostam told Sim to place a bid of between RM118mil and RM128mil for the project, which Kimlun won on Oct 21, 2008.
He was convicted under the Com-panies Act 1965 which provides a maximum five-year jail term or a fine of up to RM30,000 upon conviction.

Judge Mohd Nasir Nordin fined Rostam RM20,000, which he settled.

Kalau aku salah seorang pembida projek ini,
aku cari mamat yang bocorkan nilai projek ini.
Ini bukan projek kecik2.
Ini projek ratus juta ringgit.
Aku kalah kerana ada orang lain ikut pintu belakang.
Dan ini bukannya satu kes sahaja.
Dah jadi budaya dikalangan pemegang2 amanah dan kontraktor2 kita.
Dan memandangkan pilihanraya dah dekat,
kerajaan konon2nya nak buat sesuatulah.
Tapi setakat 20 ribu baik lepaskan aje.
Buat sakit hati mendengarnya.
Bahagian dia dapat sekurang2nya ratus ribu kalau tak juta ringgit.
Patutnya beri denda dan penjara maksimum.
Supaya budaya ini boleh dikurangkan.
Haram jadah betul.
Inilah wajah orang kita yang sebangsa dan seagama.
Dah takda rasa malu untuk berbuat dosa.
Yang penting ada duit masuk dan boleh joli katak.
Ada duit semua boleh jadi.
Halal haram lain cerita.
Tengok A C Mizal tauke gelang.
Juga Fazley Yakub yang beli ijazah kat internet.
Semuanya dah dapat Datuk.
Apalah nak jadi dengan negara kita?
Kalaulah planet dalam cerita Avatar tu wujud,
dah lama aku pindah ke sana.






28 Disember 2011

Aku dan Wordless Wednesday


Tiada WiFi connection.
Tak tahu nak ubah setting camna lagi.
Macam2 cara dah try.
Baru 3 bulan pakai.
Contract pun belum habis lagi.










24 Disember 2011

Aku dan Lawak Jawa

Maharaja Lawak Mega sampai di JB semalam.
Gegak gempita stadium tengok gelagat Abon.
Diawal2 dulu aku tak jangka OsBon boleh menyengat.
Aku prefer Jalil Hamid banding mereka.
Tapi cempedak dan jadi nangka.
Lawan spontan Abon memang sesuai dengan jiwa.
Lawak kampung ala-ala Sepah gitu.
Tapi dia lagi kelakar.
Pantun2 spontan dia cukup klasik.
Semalam dia cerita tentang orang2 Jawa.
3 prinsip utama orang Jawa;
Beras, Waras dan Kerja Keras.
Tak sah jadi orang Jawa kalau anak takda 10 katanya.
Kalau nyambil2 pun sekurang2nya 5.
Sakit perut aku ketawa semalaman.
Aku harap dia dan Os dapat duit 350 ribu tu.
Kumpulan Indon dan Spore tu memang tak boleh challenge dah.
Mereka sekadar mencukupkan kuota.
Juga SMS penonton untuk bayar duit pemenang.
Hidup OsBon!
Hidup Jawa!
Dulu bila Sepah menang aku bangga jadi orang Kulaijaya.
Bila OsBon menang, aku bangga jadi orang Jawa.

23 Disember 2011

Aku dan Adam Adli Abdul Halim


Hari itu kecoh2 pasal budak Melayu di Dublin.
Sekarang ni kecoh pasal budak UPSI pulak.
Halnya kecik aje.
Tapi sebab ianya melibatkan bendera gambar Najib,
riuh satu Malaysia.
Pencacai2 UMNO semuanya nak tunjuk taring.
Semuanya beriya2 nak mempertahankan Najib.
Tengok dalam FB, Twitter dan juga blog pro-UMNO.
Macam2 dikutuknya budak seorang ni.


Dengar temuramah ini.
Dan fahami isihatinya.
Aku salute keberaniannya.
Aku sokong tindakannya.
Aku pun pernah jadi mahasiswa jugak.
Cuma aku tak seberani dia.
Aku patut malu dengan diri sendiri.

Aku dan hobi baru




Hujung tahun.
Musim hujan.
Klinik lengang.
Ramai yang bercuti.
Juga membuat persiapan untuk anak2 naik sekolah.
Pesakit pun langsung tak mencabar.
Kebanyakan nak MC sahaja.

Langsung kacau dan join anak2.
Yang saban waktu menghadap komputer aje.
Apa bagusnya main game sebegini.
Dan akhirnya aku sudah jadi penagih.
Setiap jam nak tengok progress.
Nak kembangkan empayar perniagaan.
Nak tambah income.
Dan macam2 lagi.

Cuti sekolah tinggal 2 minggu lagi.
Bila dah naik sekolah semua itu kena tinggal.
Kalau tidak lingkup pelajaran.
Tahun depan ada yang ambik UPSR.
Ada juga yang ambik PMR.
Susah jadi budak2 zaman sekarang.
Banyak sangat godaannya.




21 Disember 2011

Aku dan Marc Jacobs




Tengok dokumentari ini kat Astro Lifestyle Li Channel.
Marc Jacobs and Louis Vuitton.
Filem tahun 2007.
Mengisahkan dunia gila pereka fesyen ternama.
Juga kenapa produk2 mereka mahal gila harganya.
Dunia fesyen barat.
Wanita2nya kurus kering.
Lelaki2nya gay.
Mereka bekerja bagai nak gila.
Tiada istilah gaya hidup sihat untuk mereka.
Semuanya demi menaikkan jenama.
Dan wang ringgit yang tidak ternilai.


Aku dan Wordless Wednesday


Jumpa kat FB.
Ada diagnosis baru.
Recurrent Appendisitis.
Sengal.



20 Disember 2011

Aku dan pesakit hari ini


Lelaki berusia 43 tahun.
Bekerja sendiri.
Tiada insurans.
Tiada KWSP.
Tiada PERKESO.
Anak 10 orang.
Ada Kencing manis sejak 2002.
Tapi tak makan ubat moden.
Kononnya tak boleh telan ubat biji.
Ini kali pertama dia ke klinik aku.
Dia bawa keputusan ujian darah dan surat rujukan ke hospital.
Tapi dia tak nak masuk hospital.
Dia nak try test ubat aku dulu katanya.
Keadaannya?
Mukanya pucat, nafasnya pendek, kakinya bengkak.
BP 180/100.
Gula 21.4
HBA1C 12.6 %
Creatinine level 180
Urea level 7.3
Hb 12.4
Urine Sugar 4+
Urine Albumin 4+
Nak apa lagi aku tanya dia.
Dah complete package dah tu.
Darah tinggi, kencing manis, cholesterol dan buah pinggang.
Sekejap lagi jantung dan lepas tu...
Anak dia yang 10 tahun menangis bila aku cerita keadaan bapaknya.
Tapi dia sangatlah degil.
Egonya sangat tinggi.
Masih nak cuba ubat2 kampung.
Masih nak juga ubat2 direct selling.
Dia kata ubat biji tak boleh nak telan.
Tapi ubat2 lain boleh pulak.
Aku tahu apa sebabnya.
Dia salahkan ubat2 moden sebab 'anu'nya tak naik.
Itu sebab dia tak makan ubat.
Aku dah cukup beri nasihat kat dia.
Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk pergi berubat.








17 Disember 2011

Aku dan Ariff Alfian


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.


Anak Melayu.
Pastinya berugama Islam.
Cemerlang dalam pelajaran.
Dapat biasiswa ke luar negara.
Buat Medic pulak tu.
Ibubapa dan keluarga pasti bangga dengan anaknya.
Namun dia hanyut dengan kehidupan Barat.
Tak dapat habiskan belajar.
Petronas suruh balik dia tak nak.
Langsung hilang selama 3 tahun.
Cari2 tak jumpa.
Bila jumpa lain pulak jadinya.
Dia dah berkahwin.
Tetapi sesama jantina.
Namun dia tetap Melayu.
Segak berbaju Melayu dan bertanjak di hari perkahwinannya.
Cuma agamanya dah hilang entah ke mana.
Emak bapak dah tak dihiraukannya.
Petronas pula kejar emak bapaknya.
Mereka nak duit mereka balik.
Dulu aku pernah bercita2 nak belajar di luar negara.
Tapi aku kesiankan emak bapak aku.
Aku juga tahu siapa diriku.
Bahasa Inggeris setakat cukup makan aje.
Aku juga takut hanyut.
Sebab itu belajar dalam negara sahaja.
Anak2 aku pun sama agaknya.
Takda harapan aku nak hantar ke oversea.
Semoga Allah membuka pintu taubat untuk dia.




Aku dan Mission: Impossible 4


Aku bukan peminat Tom Cruise.
Aku juga tak minat filem2 Mission Impossible sebelum ini.
Tapi siri tv dia aku minat sangat.
Misi2 mustahil.
Terutama bab menyamar dan tiru wajah dan suara orang lain.
Filem ini dapat rating tinggi.
Sana sini memujinya.
Jadi kena tengok kat panggung.
Baru puas.
Anak2 naik hairan bila aku ajak tengok cerita hantu.
Sebab mereka tahu aku benci cerita2 hantu.
Tajuknya aje Ghost Protocol.
Takda hantu2 terbang dalam filem ini.
Hantu pocong atau pontianak tidak dipanggil berlakon.

Salam hujung minggu kawan-kawan!

15 Disember 2011

Aku dan Nasib Mat Punk

Ini betul2 berlaku di Banda Acheh.
Pengikut2 konsert Punk Rock ditahan polis.
Dibotakkan kepalanya.
Ditanggalkan baju lusuh dan jeans mereka.
Ditanggal juga segala gelang dan rantai.
Direndam di dalam air.
Dan akan menjalani proses pemulihan.
10 hari duduk dalam kem.
Kena berkawat.
Kena sembahyang.
Kena mengaji Al-Quran.
Golongan Barat juga pejuang hak asasi mesti bising punya.
Tapi salahkah dari segi hukum agama?
Terlalu keras ke?
Cara lembut rasanya dah tak jalan.
Sebab itu cara ekstrem digunakan.
Harap2 kalau PAS memerintah takkan berlaku begini.





Aku dan Wang Perlindungan


Medical Protection Society.
Pertubuhan yang memberi khidmat nasihat guaman kepada doktor.
Tempat doktor mengadu kalau ada kes2 medikolegal.
Hari ini dapat surat peringatan.
Tempoh perlindungan aku dah nak expired.
Setiap tahun aku bayar wang perlindungan tanpa gagal.
5 tahun aku tak pernah guna.
Dan harap2 begitulah seterusnya.
Belum ada pesakit atau waris pesakit nak saman aku dan klinik aku.
Tetapi kena juga berjaga-jaga.
Pesakit2 sekarang dah well-educated.
Mereka tahu hak2 mereka.
Wang perlindungan aku dah naik 100 ringgit banding tahun2 lepas.
Namun masih sikit banding Pakar Perbidanan punya perlindungan.
RM 57 ribu setahun sama dengan harga sebuah kereta Nasional.
Tapi berbaloilah dengan pendapatan mereka.
Dengan risiko yang ditanggung.
Aku lebih rela jadi doktor cabuk.
Walaupun pendapatan kurang tapi kurang stress.
Rasa nak cuti, tutup kedai aje.
Rasa takda mood, boleh balik awal.
Rasa target dah sampai, boleh pergi 'house call' selalu...



14 Disember 2011

Aku dan buku baru


Selain baca buku2 pasal kamera,
aku suka baca buku2 politik.
Buku ini aku baca sepanjang cuti tempohari.
Ditulis oleh Zainal Abidin Ahmad.
Seorang bekas ahli UMNO.
Idea dan pendapatnya sama macam aku juga.
Aku bukan penyokong tegar UMNO.
Aku juga bukan penyokong pembangkang.
Aku lebih sayangkan negaraku daripada UMNO.
Aku lebih sayangkan tanahairku banding UMNO.
Apa yang tinggal untuk anak2 dan cucu2ku nanti
jika pemerintah negara terus-menerus begini?
Harta negara dibelanja sewenang2nya.
Pinjaman wang untuk bela lembu diguna untuk beli kondo. 
Isteri PM dapat peruntukan 100 juta setahun tanpa perlu diaudit.
Wang zakat diberi kepada golongan bukan asnaf.
FELDA diurus oleh seorang yang sah perasuah.
Peralatan tentera dibeli dengan harga berlipat kali ganda.
Ini sekadar contohlah.
Banyak lagi cerita politik yang tak boleh habis jika ditulis.

Cuba baca blog ini.
Seorang ahli UMNO juga.
Yang dah muak dengan parti sendiri.
Jangan takut.
Tiada ayat2 maki hamun dan cerca-mencerca di sini.
Tiada gossip dan cerita separuh masak di sini.




Aku di Klana Resort Seremban

Dulu namanya Allson Klana.
Dulu resort ni sangat famous.
Taraf 4 bintang.
Harga bilik mesti lebih 400 punya.
Tapi sejak ada Royale Bintang,
resort ni dah turun tarafnya.


Famili Room cuma 210 ringgit sahaja.
Siap dengan free breakfast untuk 2+2 orang.
Biliknya biasa2 sahaja.
Dan Famili Room sangat jauh daripada lobi.
Kena naik turun tangga untuk sampai.
Sesuai untuk membakar kalori yang berlebihan.
Lokasi resort juga agak jauh ke dalam di Taman Tasik Seremban.
Dikelilingi oleh pokok2 yang menghijau,
terasa sunyi dan sangat sesuai untuk rehat2.
Landskap dan kolamnya dijaga rapi.
Kolamnya pula sangatlah besar.
Ada Gym sebelah kolam renang untuk dicuba.



Secara keseluruhan boleh tahan juga resort ini.
Cuma stafnya kurang peramah.
Sarapan pagi sangat mendukacitakan.
Nak telur goreng pun kena tunggu 5 minit.
Markah aku beri 6.5/10.



Aku dan Muzium Seri Menanti






Istana Seri Menanti.
Dibina pada tahun 1902.
Sangat luas dan sentiasa dijaga rapi.
Cantik luar dan dalam.
Jenuh nak membaca sejarah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Banyak koleksi barang2 lama turut dipamerkan.
Tiada ditempat lain rasanya.



Di luar istana,
ada sebatang pokok rambutan sedang berbuah.
Dah masak ranum.
Aku saja bertanya.
Dan kakak Jaga di situ telah beri kebenaran.
Untuk memetik dan merasa buahnya.
Manis sungguh rasanya.

Klik ini untuk pelajaran sejarah.


Aku ke Muzium Lukut





Kota dan Muzium Lukut.
Terletak di tepi jalan antara PD-Seremban.
Lengang.
Tiada orang.
Kena mendaki anak2 tangga.
Juga tak boleh ambik gambar dalam muzium.
Jadi aku jalan2 kat luar sahaja.
Makan durian Raja Kunyit di tepi jalan lagi syiok.

Klik di sini



Aku ke Muzium Tentera Darat





Muzium Tentera Darat.
Dibuka pada tahun 2005.
Letaknya di depan Kem Tentera Si Rusa Port Dickson.
Masuk percuma.
Tempat yang bagus untuk anak2 belajar sejarah.
Bermula daripada zaman Kesultanan Melaka,
zaman penjajahan Portugis dan Belanda,
zaman penjajahan Inggeris,
penubuhan Regimen Askar Melayu,
dan paling best,
ada koleksi barang2 rampasan Parti Komunis Malaya.
Muziumnya dijaga rapi.
Bersih dan sunyi.
Ada jambatan gantung untuk dilalui.
Ada terowong bawah tanah untuk dirasai.
Tak sia2 tersesat jalan.

Lanjut klik di sini