Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Aku dan Saat Terindah 2012

1. Februari: Universal Studio Singapore

2. Mac: Jalan-Jalan Pulau Labuan


3. Oktober: Majlis Konvokesyen UTM


4. Disember: Keputusan PMR

5. November: Keputusan UPSR

6. Disember: Program PERMATApintar


7. Disember: Percutian Bukit Tinggi, Pahang

8. Jun: Perjumpaan semula UMMedic 1996/98


9. Jun: The King of MPV


10. Oktober: Percutian di Bukit Gambang, Pahang

Bersyukur dengan apa yang ada.
Bukan bersedih dengan apa yang tiada.
2012 adalah tahun terbaikku.
Terima kasih semua.
Maafkan atas segala salah dan silap.
Doakan panjang umur.
Jumpa lagi di tahun hadapan.

Salam tahun baru kawan2!



Aku dan Wordless Friday

Mula2 gila beli tudung.
Lepas tu gila jual tudung.
Sekarang gila buat tudung sendiri.
Semuanya melalui internet.
Tengokkan ajelah.


Aku dan PortaWiFi

Sempena tahun baru,
aku potong line Streamyx kat rumah aku.
Lima tahun guna fixed line kat rumah,
boleh dikira berapa kali aku call out.
Call in pun jarang2.
Sebenarnya takda siapa tahu line rumah aku.
Kalau ada yang call in pun cuma dua orang.
Satu; Cina salah nombor.
Dua; Telemarketer nak jual barang.

Rupa2nya PortaWiFi ni dah lama wujud.
Sejak bulan Ogos lagi rasanya.
Tapi baru kini aku tahu.
Maklumlah dah lama aku tak baca suratkhabar.

Hujung minggu lepas aku ke IOI Mall.
Buat persiapan sekolah anak2.
Aku terpandang satu poster besar kat depan kedai Celcom.
Tanya punya tanya punya tanya.
Akhirnya aku pun membelinya.

PortaWiFi.
WiFi dimana2 sahaja.
Dalam rumah.
Luar rumah.
Dalam kereta.
Pendek kata boleh guna di mana2 sahaja.
Yang penting ada sumber elektrik.

Lepas ni anak2 dah tak bising lagi.
Takda asyik sibuk tanya WiFi kalau kemana2.
Takda asyik sibuk tanya password WiFi kat mana2.
Aku ambik pakej yang medium.
Sama harga dengan bulanan Streamyx aku.
Boleh guna untuk 5 gajet se…

Aku dan Dua Ribu Dua Belas

Tahun 2012.
Puas juga aku berjalan.
Januari: Port Dickson, Negeri Sembilan.
Februari: Universal Studio Singapore.
Mac: Labuan, Sabah.
April: Bangi/Putrajaya.
Jun: Bangi/Shah Alam, Selangor.
Oktober: Bukit Gambang/Pekan/Rompin, Pahang.
Disember: Bukit Tinggi, Pahang.


Tahun 2013. Sudah ada dalam perancangan. Sambung jalan-jalan cari makan. Dalam negara. Luar negara. Untung jadi doktor cabuk. Boleh cuti bila-bila. Cuma tak boleh cuti lama2. Nanti dapur tak berasap.

Aku dan Keputusan PMR 2012

Hari ini keputusan PMR diumumkan.
Sekolah dah jadi macam tapak pesta.
Meriah dan penuh dengan ibubapa yang prihatin.
Teringat masa aku ambik keputusan SRP dulu.
Tahun 1986.
Bersekolah kampung sahaja.
Ketika kawan2 sibuk ke sekolah ambil result,
Aku relaks aje kat rumah.
Pukul 3 petang baru aku ke pejabat sekolah.
Masa tu sekolah dah sunyi sepi.
Hanya kerani sekolah yang sambut aku.
" Nah! keputusan engkau."
" Tahniah jadi best student."
Masa tu langsung takda feeling.
Langsung tak excited.
Balik rumah pun hanya dapat ciuman daripada emak.
Langsung takda hadiah.
Tapi aku faham keadaan mereka.
Aku tak mengharap apa2.

Lepas dapat keputusan SRP,
Ramai kawan2 mohon masuk Sekolah Teknik.
Aku memang tak minat benda2 teknikal ni.
Tapi aku ikut juga kawan2 ke Sek Teknik JB.
Ambil borang.
Sampai sekarang aku masih ingat lagi.
Aku kena sergah dengan salah seorang warden kat sana.
Dia marah sebab aku berselipar sahaja.
Dan sergahan itulah yang membakar semangatku.

Bulan 6 tah…

Aku dan Wordless Wednesday

Doktor cermin saya dah jumpa. Doktor kasut saya dah jumpa. Kali ini jumpa doktor aircond pulak.


Aku dan PERMATApintar 2012

Dah lebih 2 minggu anakku di kem PERMATApintar.
Kalau 2 tahun dulu,
setiap hujung minggu aku boleh datang melawat.
Tapi tahun ini hanya sekali sahaja.
Hari Sabtu 15hb.
9 pagi hingga 6.30 petang.
Hari lain tak boleh.
Jadual penuh pagi sampai ke malam.

Tahun ini anakku tak meragam.
Takda telefon setiap hari.
Takda menangis nak mintak balik.
Dia seronok di sana katanya.
Kawan2nya ramai.
Cikgu2nya bagus2.
Para pembantu muridnya pun bagus.
Subjek pelajarannya pun menyeronokkan.

Pukul 10.00 pagi aku ambil dia di asrama.
Dan pukul 6.00 petang aku pulangkan balik.
Bawak dia jalan2 sekitar UKM/Bangi.
Terubat sedikit rindu dengan anak bungsuku.
Hujung minggu ini kem akan berakhir.
Ada perjumpaan dengan cikgu2 yang mengajarnya.
Boleh tanya pasal perkembangan anak.
Boleh tanya apa yang telah dipelajari.
Boleh tanya apa prospek masa depannya.

Jadi hujung minggu ini kena ke Bangi lagi nampaknya.
Banyak lagi kedai2 makan yang aku belum cuba.


Aku dan Jalan Jalan Makan Makan

Hujung minggu yang mengenyangkan.
Hujung minggu menambah berat badan.
Asyik cari kedai makan aje.
Macam pengacara Jalan Jalan Cari Makan Pulak.



Minggu ini kena berpuasa.


Aku Dah Jadi Fareeda Fanatic

Hari minggu.
Fareeda Bangi buka pukul 11:00 pagi.
Tapi pukul 9:00 pagi nombor giliran dah mula diedarkan.
Dan pukul 7:30 pagi, orang dah mula beratur.
Seorang hanya dapat satu nombor.
Satu nombor hanya boleh beli 2-3 helai sahaja.
Jadi seluruh ahli keluarga turut beratur.
Kumpul2 boleh dapat banyak helai.
Lepas tu boleh jual online.
Boleh untung 30-70 ringgit sehelai.
Kalau taknak jual pakai sendiri.
Dah jemu pakai boleh jual ' pre-loved '.
Masih ada value.
Harga kurang setakat 20-40 ringgit sahaja.

Aku declare jadi Fareeda Fanatic hari ini.
Duduk hotel bajet depan kedai.
Pukul 8:00 pagi beratur ambil nombor.
Golongan suami pun ramai yang beratur.
Sempat jugak berkenalan dengan suami2 yang sayang bini.
Yang sanggup bangun awal di pagi hari minggu.
Semata2 untuk membeli tudung kegemaran.

Pukul 11:00 nombor mula dipanggil.
30 orang dibenarkan masuk setiap 15 minit.
Jangan takut kehabisan stok.
Stok ada banyak.
Cuma mungkin warna dan brooch yang tak berkenan.
Tapi semuanya lates…

Aku dan Minggu Ini

Minggu ini staf aku senyum memanjang.
Selepas mesyuarat mengenai kenaikan gaji tempohari, masing2 mula mengira untung masing2. Mengikut pekeliling yang aku baca, dan mengikut penerangan pegawai pejabat Buruh, gaji staf klinik wajib naik mulai 1.1.2013. Walaupun kerja tak cukup 8 jam sehari, walaupun kerja tak cukup 48 jam seminggu, gaji tetap dapat gaji minimum.
Kira punya kira punya kira, kenaikan hampir 30% seorang. Dan campur/tolak kerja lebih masa, caruman KWSP dan PERKESO, kos untuk penggajian staf naik hampir 2 ribu sebulan. Aku dah mula nak demam.
Minggu ini ada cerita baru pulak. Klinik 1Malaysia akan dibuka sampai lewat malam. Ada doktor akan locum di klinik 1Malaysia. Tunggu. Jangan demam lagi. Ada lagi satu cerita. Akan datang Malaysia akan ikut negara2 maju. GP tak boleh jual ubat. GP tak boleh simpan ubat. GP hanya boleh prescribe ubat. Ubat kena beli dan ambil di farmasi. Ini khabar2 angin yang dah bertahun aku dengar. Dan pasti akan dilaksanakan satu hari nanti di sini…

Aku dan Wordless Wednesday

10.10.10.
11.11.11.
Bagaimana dengan hari ini?



Aku dan MHI Pagi Ini

Pukul 4:50 pagi anak dah hantar SMS.
Suruh tengok rancangan MHI pagi ini.
Ada lintas langsung ke kem PERMATApintar.
Pukul 8:30 pagi.
Dapat tengok muka anak.
Hampir 2 minggu tak jumpa.
Rindu beb!

Program kem cuti sekolah PERMATApintar.
Satu kem mendidik budak2 pintar mengembang bakat.
Juga membentuk disiplin diri.
Pukul 5:30 dah kena bangun.
Pukul 10:00 dah masuk tidur.
Belajar sesuatu yang tidak diajar disekolah.
Kali ini dia rasa seronok sangat.
Belajar bidang yang dia minat; Rekacipta.
Dua tahun dulu dia dapat bidang kurang diminati;
Penaakulan Mantik.
Asyik belajar teori aje katanya.
Hari2 dia call kebosanan.
Tapi kali ini 2 hari sekali baru hantar SMS.
Kira oklah tu.

Hujung minggu ini baru boleh jumpa dia.
Ke Bangi lagi aku minggu ini.
Singgah di tudung Fareeda lagi rasanya.

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu.
Aku suka balik kampung.
Rehat2 di rumah persinggahan.
Jauh daripada kesibukan dan kebisingan.
Takda Astro Channel.
Takda WiFi.
Bukan kesukaan anak2 tapi.
Tapi kesukaan aku dan wife.

Dikeliling rumah bapak mertua aku rajin bercucuk tanam.
Walaupun kaki dah tak kuat,
semangatnya masih kuat.
Berbekal tongkat di tangan kanan,
dan kerusi plastik di tangan kiri,
dia berkebun setiap hari.
Dah takda siapa larat nak menegur.
Dah itu hobi dia.
Dah itu aktiviti masa lapangnya.
Yang penting dia bahagia.


Inilah antara hasil usaha abah.
Pokok ubi dah mula merimbun.
Pokok pisang tanduk dah berbuah.
Pokok kacang panjang dah mula memanjat.
Pokok bendi dah mula berputik.
Pokok jagung pun dah nampak nak berbuah.
Kangkung pun dah beberapa kali digoreng belacankan.

Malam minggu.
Selalunya bergilir ada kenduri/Yaasin di rumah jiran2.
Makan percuma lauk2 kampung.
Juga berkenal mesra dengan jiran2.
Lepas tu sembang2 dengan abang/kakak ipar.
Cerita hal2 keluarga yang tak pernah berkesudahan.


A…

Aku dan Dilemma Melayu

Satu syarikat bumiputera.
Milik penuh bumiputera.
Nama syarikat pun mirip keislaman.
Menjual produk2 disposable dan kelengkapan klinik.
Katanya dah lebih 20 tahun dalam perniagaan.
Aku ada beberapa syarikat pesaing.
Bukan bumiputera tapi.
Tapi punya rekod yang baik denganku.
Setiap permasalahan selesai dengan cepat.
Setiap komplen ditangani dengan segera.
Apa2 masalah diberitahu dengan segera.
Ucapan maaf dan terima kasih sangat lali ditelingaku.
Walaupun aku cuma pelanggan kecil,
beli barang 3-4 bulan sekali,
mereka tetap menganggapku regular customer.
Aku rasa dihargai.
Aku rasa selesa berniaga dengan mereka.

Berbalik kepada syarikat bumiputera di atas.
Walaupun baru pertama kali berjumpa denganku,
mereka dah boleh jadi kawan.
Keramahan mereka mengkagumkan.
Maklumlah sebangsa dan seagama.
Demi nak menolong bangsa sendiri kononnya,
aku beli satu barang perubatan daripadanya.
Satu gajet berlampu dan berkamera untuk disambung ke komputer.
Memang dah lama aku cari barang ini.
Kalau ori…

Aku dan Wordless Saturday

Malas nak tulis panjang2 hujung minggu ini.
Cukuplah dengan papan tanda ini.
Mari kita berjalan2 di taman.
Bukan sekadar blogwalking sahaja.
Salam hujung minggu.


Aku dan Animal Park Berjaya Hills

Animal Park terletak dijalan keluar daripada Berjaya Hills.
Dilaluan yang sama juga
ada padang golf,
ada kandang kuda,
ada court main tennis, dsbnya.
Tapi aku hanya singgah di Animal Park sahaja.
Kena bayar tiket RM 3.00 untuk seorang.
Kawasannya kecil sahaja.
Hanya arnab dan rusa yang ada di sini.
Dan haiwan dibiarkan berkeliaran di dalam kawasan taman.
Boleh pegang2, usap2 dan beri makan mereka.
Semuanya jinak2 belaka.


Ada juga 2 kandang besar menempatkan haiwan2 yang kurang sihat. Yang sakit, yang gugur bulunya, yang cedera, juga yang dalam pantang lepas bersalin. Geli jugak tengok anak2 arnab yang baru sebesar ibujari.
Pukul 12.30 tengahari, aku meninggalkan Berjaya Hills. Jalan menuruni bukit agak mudah dan lengang. Tetapi berderet2 kenderaan yang baru nak naik. Hujung minggu pasti lebih meriah di sini rasanya.
Dalam Facebook kawan2, ramai yang dah ke luar negara. France, Belgium, Kyoto, Norway, New York, New Zealand, tapi aku satu semenanjung tak habis2 lagi. Ada beberapa tempa…

Aku dan Japanese Garden Berjaya Hills

Belum puas berjalan2 bawah pokok,
belum puas cari sudut untuk dipotretkan,
anak2 dah ajak ke taman disebelah pulak.
Taman Jepun ni tak kurang hebatnya.
Siap ada air mengalir dicelah2 batu.
Rumah Jepun klasik pun ada.


Rumah Teh Jepun pun ada di sini.
Yang pertama di dalam hutan tropika.
Hanya ada satu di dunia barangkali.
Kalau tak sayang duit,
boleh sewa pakai kimono,
boleh duduk minum2 teh ala Jepun.
Siap ada Geisha tolong temankan.
Tapi nyonya tua, bukan amoi daa...


Aku memang minat dengan suasana begini. Hijau. Tenang. Nyaman. Aman. Jauh daripada kebisingan dan kesibukan. Tapi mangkuk ayun mana yang hisap rokok kat sini oii! Nak menghalau nyamuk tak payahlah guna asap rokok.

Rasanya jiwa aku memang sesuai di sini.
Tapi anak2 sibuk ajak balik pulak.
Lepas ni aku nak ke Animal Farm sebelum ke Bangi.

Bersambung episod seterusnya.

Aku dan Botanical Garden Berjaya Hills

Sambung cerita minggu lepas.

Selepas check out daripada hotel,
aku pun meronda-ronda sekitar Berjaya Hills.
Mula2 aku kena panjat bukit sejauh 5 km.
Kalau sayangkan kereta nak panjat jalan curam,
boleh naik kenderaan disediakan mereka.
Percuma.
Tunggu sahaja ditempatnya.

Ada banyak tempat boleh dilawati di sini.
Mula2 aku masuk ke Botanical Garden mereka.
Satu taman hijau yang luas di celah2 pokok hutan yang tinggi melangit.
Tapi satu kena ingat sebelum ke mari.
Kena pakai pakaian yang bersesuaian.
Sebab kena panjat tangga.
Kena daki bukit yang agak curam.
Kena lalu anak2 tangga yang berlumut.
Aku suka sangat tempat ini.
Aku suka sangat suasananya
Sejuk, redup, sunyi dan nyaman sekali.
Ditambah lagi kehijauan pokok2 tumbuh melata,
terasa tak nak balik pulak.
Aku rasa aku boleh tinggal di sini seharian.
Tak payah buat apa2.
Hanya duduk dekat pangkin sambil menikmati suasananya.


Banyak pokok2 hijau, pokok2 herba ditanam di sini.
Pokok2 hutan juga dilabelkan untuk pengetahuan umum.
J…

Aku dan Gaji Minimum

2012 bakal berakhir.
Mulai 1 Jan 2013,
Hendak ke tak hendak,
boleh ke tak boleh,
cukup ke tak cukup,
gaji staf klinik mesti 900 ringgit sekurang2 nya.
Walaupun kerja tak cukup 8 jam sehari, 48 jam seminggu.
Walaupun cuma ada SPM cukup2 makan sahaja.
Gaji mesti 900 ringgit sebulan.
Tidak boleh tidak.
Wajib.

Untuk majikan yang punya pekerja kurang 5 orang,
boleh minta tangguh sampai bulan Julai.
Tapi klinik dikecualikan.
Entiti professional kata mereka.

Gaji minimum tidak akan menjejaskan ekonomi.
Itu nasihat pakar ekonomi taik kucing.
Kalau pekerja 5 orang,
seorang naik 200 ringgit.
Dah seribu ringgit sebulan.
Itu belum kira caruman KWSP dan PERKESO lagi.
Pakar ekonomi memanglah tak heran dengan seribu ringgit tu.
Kalau juta2 barulah mereka heran.
Tapi mana aku nak cari ekstra 1000 ringgit tu?
Bolehkah staf klinik beri lebih komitmen untuk ganti balik 1000 ringgit itu?
Rasanya aku juga yang kena.
Kena kerja lebih masa.
Kena kurangkan doktor locum.
Kena tengok lebih ramai pesakit.
Ya…

Aku di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Akhirnya sampai juga aku ke sini.
Dah bertahun menyimpan hasrat,
hujung minggu lepas baru aku sampai.
Lokasinya kira-kira 55 km daripada Kuala Lumpur.
Termasuk melalui jalan berliku dan menaiki bukit
daripada Lebuhraya Karak sejauh 10km.

Aku tiba kira2 jam 3.30 petang.
Suasananya agak sejuk dan redup.
Pengunjung pun tak ramai.
Proses check in agak pantas.
Aku ambil Family Room.
Ada dua katil besar dan dua bilik air.
Sesuai untuk 5 orang sekeluarga.


Paling menarik di sini ialah bangunannya.
Di tengah hutan belantara,
ada bangunan secantik ini.
Rekaannya sangat unik.
Tak terasa seperti berada di Malaysia.
Lagipun staf di sini hampir semuanya non-Malaysian.
Yang jaga kaunter depan, warga Filipina.
Yang tolong angkat beg, warga Bangladesh.
Yang jadi jaga, warga Nepal.
Yang ambik order di restoran, warga Bangladesh lagi.
Yang buat persembahan di pentas, warga China.
Yang buat kerja maintenance, warga Indonesia.
Tak nampak pun bangsa sendiri bekerja di sini.
Siapa patut dipersalahkan?
War…

Aku dan Wordless Wednesday

Teringat zaman medical student dulu. Lama tak jumpa kes camni.
Siapa boleh beri diagnosis?

Aku ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Cuti Raya Haji tempohari,
aku dah ke Pahang.
Tetapi perjalananku hanya separuh jalan.
Jadi sebelum aku ke Bangi,
aku menyambung semula percutianku di negeri Tok Gajah ini.
Melalui laman web ini,
baru aku tahu tentang kewujudan pusat perlindungan ini.
Bukan untuk manusia,
tetapi untuk gajah.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Jauh tersorok di dalam hutan.
Kalau tak kerana ada dalam GPSku,
dah lama aku berpatah balik.
Jalannya kecil, lengang dan bengkang-bengkok.

Aku sampai kira2 jam 2.30 petang.
Ramai pelancong asing juga tempatan aku lihat.
Masuk adalah percuma.
Lebih bagus kalau mendaftar di kaunter depan.
Bolehlah masuk dalam statistik mereka.
Bolehlah mereka mintak bajet lebih tahun depan.

Mula2 aku masuk bilik tayangan video dulu.
Suasana macam dalam panggung wayang.
Aircondnya pula sejuk.
Boleh terlelap dibuatnya.
Ada video hampir sejam panjangnya.
Mengisahkan kesusahan pihak Perhilitan nak menyelamat
dan memindahkan gajah2 yang telah tersesat.
Kalau rasa kerja ofis…

Aku dan program PERMATApintar

Tujuan utama aku ke Bangi, menghantar anak bungsuku ke program ini. Perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar. Ini kali kedua dia dapat menyertainya. Berbaloi ke tidak, ini aku nak cerita.
Sebenarnya tak ramai yang tahu pasal program ini. Pada awalnya aku pun tak berapa tahu tujuan program ini. Ini program naungan Datin Rosmah Mansur. Program membazir dan menghabiskan duit rakyat. Program nak menaikkan nama sendiri. Tapi bila wife beriya2 suruh anak2ku mencuba, aku ikutkan sahaja.
Semalam aku berkesempatan mendengar taklimat daripada mereka. Pengarah dan barisan pekerja mereka orang2 hebat belaka. Ada juga doktor daripada John Hopkin turut sama. Program seperti ini telah dimulakan di US 30 tahun yang lalu. Tapi di Malaysia baru 5 tahun usianya. Program untuk mengenalpasti budak2 pintar. Program untuk membantu budak2 pintar mengembangkan idea mereka.
Program ini dibawah kendalian Jabatan Perdana Menteri. Dinaungi oleh Datin Rosmah Mansur yang vogue tu. Bukannya Kementerian Pelajaran, buk…

Aku dan Fareeda Fanatic

Hari minggu yang lalu.
Ada Jualan Mega di Fareeda HQ Bangi.
Kebetulan aku ada di sana.
Jadi aku pun terjah untuk melihat suasananya.
Aku masih tertanya-tanya.
Apa kelebihan produk ini.
Aku masih tertanya-tanya.
Kenapa berhantu sangat produk ini.


Aku tiba sekitar jam 12.30 tengahari.
Walaupun cuaca panas, suasana masih meriah.
Empat khemah yang didirikan penuh sesak.
Depan kedai pun penuh dengan pelanggan yang menunggu giliran.
Ada makan dan minum percuma disediakan.
Mee Goreng, Meehoon Goreng, kuih-muih.
Dah jadi semacam pesta.
Yang menumpang berniaga Tupperware pun ada.


Wife diberi nombor giliran. Pelanggan ke 1382 untuk hari ini. Kalau ikut nombor giliran, ada seribu lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran. Kalau nak tunggu, lewat malam baru sampai giliran. Jadi nak tunggu ke nak balik?
Khabarnya inilah keadaannya setiap kali ada jualan Mega. Ramai yang sanggup menunggu berjam2. Ramai yang sanggup menunggu berhari2. Setiap pelanggan cuma dapat satu nombor sahaja. Setiap pelangg…

Aku dan Wordless Thursday

Hari ini.
16 tahun yang lalu.
Semoga kekal abadi selamanya.