Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Aku dan Kawan Lama

Aku ada seorang kawan.
Berkenalan sejak kerja kerajaan dulu.
Bila aku buka klinik,
dialah salah seorang pelanggan tetap aku.
Setiap minggu mesti nak jumpa aku.
Sama ada nak check tekanan darah
atau sekadar sembang2 dan minum2 di Mamak's.
Dia seorang yang baik hati.
Walaupun dia bukan Islam,
hatinya lebih mulia daripada kawan2 seislamku.
Dia seorang penderma darah tegar.
Darah O Negatifnya sangat2 diperlukan.
Dia berhenti menderma darah sejak 2 tahun lalu
kerana tekanan darahnya mula naik.
Begitu juga dengan paras kolesterolnya.
Sepanjang 10 tahun berkawan dengannya,
Aku telah berjaya menolong mengawal tekanan darah juga kolesterolnya.
Tetapi satu yang aku gagal.
Walaupun dipujuk macamanapun,
dia tak boleh berhenti menghisap rokok.
3 hari sebelum Tahun Baru Cina,
dia datang ke klinik berkerusi roda.
Dia mengadu pening dan muntah berterusan.
Tekanan darahnya normal.
Tiada langsung tanda2 lemah atau kebas separuh badan.
Aku rujuk dia ke hospital.
Dan aku langsung lupa pasal dia se…

Aku di AJL 26

Imej
Layan tengok AJL 26 dengan anak2.
Tahun ni kurang best.
Sebab pengacaranya kurang seorang.
FBI kurang idea bila tak cukup regu dia.
Dua lagu ini favorite aku.
Harap2 salah seorang daripadanya akan menang.



Suara Hafiz memang sedap.
Lagu ciptaan M Nasir ini pun sedap didengar.
Liriknya pun ada cerita tersendiri.
Persembahannya pun sangat simple.
Pakai t-shirt dan seluar track sahaja.
Part ending jumpa Herman Tino tu yang tragis.
Rambut sama fashion beb.




Aku dan kisah Anak Tupai

Imej
Tengok Majalah 3 malam ini.
Kisah Dikir Barat vs Blues.
Aku memang minat lagu2 Dikir Barat.
Cuma tak berapa faham liriknya.
Lagu Anak Tupai ni famous jugak.
Halim Yazid ni pun famous jugak.
Daripada layan lagu2 AJL yang entah hapa2,
baik layan lagu ini.
Klasik.






Aku dan Polisi Insurans

Muka depan TheStar semalam.
Laporan khas tentang syarikat2 insurans di Malaysia.
Mereka semakin rigid dan teliti tentang coverage mereka.
Banyak sangat kes yang ditolak mentah2.
Sebagai pembeli insurans kena baca dan faham betul2 polisi yang dibeli.
Sebagai doktor pun aku pening kepala baca polisi insurans.
Apatahlagi orang2 kebanyakan.
Yang menjual insurans pun bukannya arif sangat.
Masa nak jual semuanya boleh cover.
Tetapi bila dah terkena baru tahu banyak yang tak boleh cover.
Beli insurans bukan macam beli ikan di pasar.
Pilih, tawar harga dan bayar.
Beli insurans kena ada komitmen.
Bertahun2 kena bayar.
Ribu2 setahun pulak tu.
Beli insurans bukan sebab agen tu kawan baik.
Beli insurans bukan sebab agen tu saudara-mara.
Beli insurans ikut keperluan bukan ikut kata kawan.
Beli insurans ikut keperluan bukan ikut kata saudara-mara.
Tak rugi tanya soalan macam2.
Tak perlu malu untuk tanya soalan2 bodoh
sebelum diperbodohkan kemudian hari.
Kalau isi borang cuba isi sendiri.
Kalau tak …

Aku dan Hazama AF9

Imej
Kerana muzik video ini,
aku mula minat kat basikal Fixie.
Kerana muzik video ini,
aku mula minat kat Hazama.



Kenapa lagu Pokok tak masuk AJL 26 ye?
Kan sedap lagu ni?
4 juta hits kat video ini.






Aku dan Lelaki Terkaya di Dunia

Imej
Ini namanya Grandiose Delusion.
Tak semestinya orang gila dapat penyakit ini.
10% orang yang sihat akalnya pun boleh jadi begini.
Aku tak kisah dia nak jadi apa.
Tapi aku kisah bila dia menjaja cerita fantasinya.
Masuk suratkhabar lagi.
Dan rasanya ramai yang percaya dengan ceritanya.
Ada sanggup menyembah dan mencium tangannya.
Ada yang sanggup serah anak dara kepadanya.


Enter the ‘Emperor of Indonesia’By PHILIP GOLINGAI
pgolingai@thestar.com.myA Tanjung Malim-born Dutch citizen claims he is a descendent of the Emperor of China and that his bloodline is linked to royal families in India, Java and Siam.
IT is not every day that you get to meet a trillionaire. So when I was invited to interview Kamal Ashnawi, a person I've never heard of, I said yes. On Saturday morning, at a Kuala Lumpur hotel coffee house together with two of Kamal's aides, I waited for the so-called trillionaire. Wearing a baseball cap, long-sleeved shirt and jeans, he sauntered over to our table. …

Aku di Lebuhraya Utara Selatan

Imej
Cuti Hari Raya kedua.
Lebuhraya Utara Selatan.
Antara Ayer Hitam-Yong Peng.
Kenderaan banyak tetapi lancar.



Namun perjalanan tiba2 menjadi perlahan.
Dan banyaklah kenderaan mula memasuki lorong kecemasan.
Kereta cc besar dan juga kecil.
Kereta plet local juga seberang tambak.


Lalu wife menjadi polis trafik tak bergaji.
Mengambil gambar2 kereta yang kurang berdisiplin.
Memasuki lorong kecemasan.
Memotong daripada sebelah kiri.


Semua orang nak cepat.
Semua orang tak suka kesesakan.
Tapi bertimbang-rasalah.
Memotong barisan adalah mengelat.


Mengelat= membuat sesuatu yang tidak patut dilakukan
dengan tujuan 'menipu' untuk kepentingan diri sendiri.


Mengelat bermakna 'main kotor'.
Bermakna ada yang akan tersinggung dan 'naik angin'.
Jadi apa hukumnya?


Kereta ini lagi 'haram jadu' - curi istilah Adlin Aman Ramli.
Kereta ini memotong daripada lorong kecemasan.
Dan terus masuk depan kereta aku.
Tanpa sebarang signal diberikan.
Kalau aku bawak steamroll.
Dah aku…

Aku dan Gong Xi Fa Cai 2012

Imej
Hari kedua Tahun Baru Cina.
6 buah kereta.
Lebih kurang 30 orang semuanya.
Pergi beraya di rumah Uncle@abang emak mertuaku.
Lokasinya di Parit Sulong, Muar.


Ini kali pertama aku sampai ke sana.
Dan seperti biasa,
sambutan mereka adalah di luar jangkaan.
Makanan dihidang penuh meja.
Ada kuih, air kotak, air tin, limau.
Ada ayam goreng, ayam kari juga ayam sambal.
Ada ketupat, kuah kacang juga kuah lodeh.
Sambal sotong pun ada.


Kami memang datang untuk makan.
Takda rasa malu dan segan.
Juga takda takut halal haram.
Hampir semua yang dihidang kami tolong perabihkan.



Tak cukup dengan itu,
jiran2 Melayu pun ada datang jugak bertanya khabar.
Mengesahkan cerita yang dah lama terpendam.


Tak cukup dengan yang dimakan,
ada beberapa kotak limau untuk dibawa balik.
Juga pek angpaw seorang satu.


Sesungguhnya tali persaudaraan tak mengenal bangsa dan agama.
Layanan mereka sangat lebih banding yang seagama.
Syukur dapat menyertai keluarga besar ini.


Minggu depan rombongan daripada Singapura pula.

Aku ke Kota Tinggi Waterfall

Imej
Cuti Tahun Baru Cina.
Pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi.
Pukul 10.30 pagi sampai di lokasi.
Dah berderet2 kereta beratur nak masuk.


Tiket murah aje.
Dewasa RM 5.00.
Kanak2 RM 3.50.
Dulu makanan tak boleh bawak masuk.
Sekarang dah boleh.
Dah ubah management rasanya.


Orang punyalah ramai.
Nak cari port bukak khemah pun susah.
Tapi dah namanya musim cuti.
Warga asing pun ramai yang bercuti sama.
Pergi mandi pun berkain pelikat.


Airnya sangatlah sejuk.
Walaupun cuaca panas,
tak terasa panasnya bila duduk dalam air.


Ada beberapa perkara yang menyakitkan mata.
Buang sampah merata-merata.
Tinggalkan diapers anak kat mana suka.
Juga hisap rokok di mana-mana.
Itu tabiat yang susah nak ubah.


Selamat bercuti kawan2!
Esok nak beraya kat rumah saudara di Parit Sulong.
Gong Xi Fa Cai!





Aku di Rest@anywhere

Imej
Ada restoran baru di Bandar Putra.
Ada breakfast, lunch dan juga dinner.
Buka pukul 8 dan tutup pukul 12 malam.
Namanya agak pelik.
Tetapi hiasan dalamannya menarik.
Ada aircond.
Ada WiFi percuma.
Aku suka warna dindingnya.


Malam minggu yang lalu.
Aku try bersama2 ahli keluarga.
Nasi Ayam Penyet.
Nasi Ayam Black Pepper.
Nasi Ayam Rest Special.
Nasi Ayam Sweet and Sour.
Juga Steaknya.

Suasananya selesa.
Orang pun tak berapa ramai.
Layanannya pantas.
Makanannya boleh tahan.
Dan harganya sangat berpatutan.


Aku berani rekomen kat kawan2.
Petang2 pun boleh datang lepak2.
Ada pisang goreng juga keropok lekor.
Tak jauh daripada IOI Mall.
Mari! Mari! Mari!







Aku Jimat

Imej
Ada game baru.
Ada apps baru di iPhone.
Katanya game untuk galakkan budak2 menabung.
Tapi lain macam aje aku tengok.
Dah 2 minggu aku takda iPhone.
Hantar servis kat KL.
Rindu padanya.
Nokia tak sama dengan iPhone.


Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Aidila Razak
Malaysiakini


Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih ba…

Aku Maafkan Kamu

Imej
Aku Maafkan Kamu.
Judul lagu terbaru Jamal Abdillah.
Featuring Malique.
Juga Zizan dalam video klipnya.
Lirik lagu yang pelik.
Susah aku nak faham.
Tapi best juga dengar lagu ini.

Versi tengok lirik:



Versi tengok videoclip:



Ada yang kata lirik lagu ini
mengisahkan perjalanan kehidupan
si penyanyi juga penulis lirik.
Ada juga yang kata lirik lagu ini
bercerita tentang situasi politik terkini.
Kedua2nya aku setuju.
Dan aku kena bukak balik Kamus Dewan
untuk interprestasi sebenar.
Lama aku tak dengar lagu2 begini.
Semenjak dua menjak M Nasir menyepi,
aku kehilangan sumber inspirasi.








Aku dan Facebook Addiction Disorder

Ada penyakit baru.
Ada diagnosis baru.
Anak-anak dah menunjukkan simptom2nya.
Hujung minggu memang tak kemana2 dah.
Menghadap FB sahaja.
Nasib baik aku takda penyakit ini.
Tapi aku ada sakit lain.
Blogspot Addiction Disorder.
Asyik ingat blog aje.
Asyik kena cari idea untuk update blog.
Anda bagaimana?


Hooked on FacebookBy P. ARUNA
aruna@thestar.com.my PETALING JAYA: If you prefer to interact on Facebook rather than have a normal conversation, you could be suffering from a psychological disorder, an expert warned. Gleneagles Hospital Kuala Lumpur neuro-psychologist Dr Nivashinie Mohan said that Facebook Addiction Disorder (FAD) continues to go undetected because most addicts do not realise or want to admit that they have a problem.
With Malaysians spending more hours and having the most number of friends on Facebook, many had become addicted to it, she said.
“A lot of people do not see it as a real problem because they don't think it is as harmful as addiction to tobacco or d…

Aku dan Universal Studio Singapore

Imej
Entri ini ditujukan khas untuk anak2.

Universal Studio Singapore.
Yang kedua di Asia selepas Jepun.
"A must see and visit place" kata kawan2 yang dah pergi.
Keluasannya 20 hektar.
Ada 7 zon yang berbeza2.
Ada Hollywood Walk of Fame.
Ada bandar New York masa zaman gangster dulu2.
Ada bandar zaman futuristik.
Ada kota zaman kuno Egypt.
Ada dunia Jurassic Park dan Waterworld.
Ada zaman Far Far Away dan alam haiwan Madagascar.
Walaupun begitu,
satu hari dah cukup untuk melawat semua kawasan.
Bila aku nak pergi melawat?
Nanti kalau dah sampai aku cerita lagi.





8 Tips to Maximise Enjoyment at Universal Studio Singapore 

1. If you are looking for a way to get through Universal Studio Singapore quickly, then I highly recommend you visit on either Tuesdays or Wednesdays. You can always pay for an express pass on a regular day, but if you prefer to save your money than you should head over there on these days because foot traffic is the lowest at this time. Plus, if you don’t lik…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Dr Mickey Mouse (2)

Imej
Umur baru 38 tahun.
Dah ada gelaran datuk.
Menjawat jawatan pengarah veterinar negeri.
Orang kuat Puspanita.
Tapi hanyut dalam mempromosikan diri sendiri.
Aku ingat Dr Mickey Mouse.
Yang beli degree diinternet.
Rupa2nya tulis surat2 palsu untuk naik gaji.
Buat surat2 palsu untuk naik pangkat.
Malaslah nak komen lebih2.



Bekas pengarah veterinar negeri hadapi tujuh tuduhan menipu Oleh Mohd Farhan Darwis January 17, 2012 KUALA LUMPUR, 17 Jan — Seorang bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan berpangkat Datuk hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah, Negeri Sembilan, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas pertuduhan melakukan tujuh kesalahan memalsu dan menipu dokumen kenaikan pangkat.
Tertuduh Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, dalam pertuduhan pertama, didakwa telah memberikan satu dokumen  iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari 2009 kepada seorang pembantu tadbir di jabatan berkenaan berhubung arahan …

Aku dan Dr Mickey Mouse

Aku tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.
Dah tahu cerita sebenar,
baru aku berani nak komen.


Preventing use of fake certs for promotionsBy MAZWIN NIK ANIS
mazwin@thestar.com.my PETALING JAYA: Government departments should have an internal mechanism to check the authenticity of qualifications submitted by civil servants to prevent unscrupulous individuals from submitting false documents for promotions.
Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) director of investigations Datuk Mustafar Ali said that although the process of checking and verifying documents would be laborious and time-consuming, it was necessary to prevent civil servants from cheating.
“Government departments should consider this option as there are incidents where people falsify their documents in order to be given a higher position. “Although such incidents are rare, it is worth considering, especially when the Government wants to ensure its employees are honest and are people of high integrity,” he said.

Aku dan Cowboy Place PD

Imej
Kalau nak cari tempat makan sedap,
jangan tengok kedai yang cantik2 sahaja.
Cari kedai2 dan warung2 yang meriah,
yang banyak kereta parking didepannya
dan tempat duduknya sentiasa penuh.
Itu tips untuk hari ini.


Warung ni letaknya di sebelah hotel PD Marina.
Signboardnya dah hilang warna.
Begitu juga khemah tempat makannya.
Tapi suasananya meriah.
Pelanggan tak pernahnya putus.


Cuba tengok sinki untuk basuh tangan.
Gila punya simple.
Macam zaman koboi dulu2 gamaknya.


Tapi tengok susunan ayam yang telah dipanggang.
Terus terbuka selera untuk merasanya.
Set Hidangan untuk makan tengahari:
Nasi Putih KukusAyam Panggang 1/4 bahagianSos PencicahSup Putih Harganya RM 5.00 sahaja.


Semua peralatan adalah disposable.
Pinggan mangkuk dan cawan guna polisterine.
Manakala sudu dan garpu guna bahan plastik.
Kurang mesra alam?
Terpulanglah.


Rasa masakan boleh tahan terutama ayam panggangnya.
Tak manis sangat dan tak masak sangat.
Sos pencicahnya sedap.
Nasinya pun sedap.
Maklumlah waktu tengahari.

Aku di Sari Rhasa Seafood PD

Imej
Malam minggu di Port Dickson.
Mencari tempat makan tidaklah susah.
Banyak sangat restoran untuk dipilih.


Melangkah masuk sahaja ke restoran,
salah seorang pekerjanya beri satu borang menu.
Isi sendiri apa nak order dan selepas itu pulangkan.
Kalau nak ikan atau seafood segar,
pilih kat kaunter dan dimasak ikut suka.


Selepas setengah jam menunggu,
makanan pun sampai.
Pekerja2nya semua budak2 sekolah.
Muka masing2 dah kepenatan.
Nak jawab soalan pun dah tak larat dah.

Makanannya biasa2 sahaja.
Siakap Tiga Rasa di Kulai lagi sedap.
Sotong Bakar Ulek Mayang pun biasa sahaja.
Tapi padaku,
sedap atau tidak bukan itu tujuannya.
Yang penting dapat duduk bersama anak2 dan isteri.
Melalui pengalaman percutian bersama2 mereka.
Entah bila dapat bersama2 lagi.




Kali Pertama Aku di Grand Lexis Port Dickson

Imej
Grand Lexis Port Dickson.
Taraf 5 Bintang.
Dah beberapa kali nak pergi.
Dah ramai kata best sangat tempat ini.
Dan awal 2012 aku melaksanakan impian ini.
Tapi mungkinkah ada lain kali?


Kedatangan kami disambut mesra.
Urusan check in agak mudah.
Tapi nak cari parking susah sekali.
Ada geng MLM dah booked 300 bilik.
Semua kotak parking dah di reserved oleh mereka.


Kami ambik bilik Garden Pool Villa.
Ada 2 katil besar.
Ada free WiFi dalam bilik.
Ada microwave untuk masak2.
Ada Astro 19 Channel.
Dan yang paling penting,
ada private outdoor swimming pool.
Setiap sejam boleh masuk kolam.
Pukul 11 malam pun masih dalam kolam.


Aku suka tempat ini.
Suasananya sunyi dan nyaman.
Landscape cantik menghijau.
Duduk bilik 24 jam pun boleh.
Macam2 aktiviti boleh dibuat bersama anak2.
Kat luar pun banyak juga aktiviti.
Berkayuh basikal,
memancing,
memanah,
berkaraoke,
lari2 kat treadmill,
tapi duduk bilik lagi best.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang guru berijazah.
Umur 38 tahun.
Datang klinik kerana sakit sendi di ibujari kaki.
Sekali tengok pun aku dah tahu diagnosisnya.
Tapi dia tak terima.
Dia kata dia tak makan seafood.
Dia kata dia kurang makan daging.
Dia kata dia suka makan ulam2an.
Dia kata paras asid uriknya normal.
Dia ada banyak painkiller kat rumah.
Dia cuma nak MC dua hari.
Nak pergi berubat tradisional kat Pontian.
Ada 'terpijak barang' katanya.
Ini zaman moden.
Zaman sains dan teknologi.
Tapi orang berpelajaran masih percaya hal2 sebegini.
Kat tv dan suratkhabar pun sama.
Balik2 cerita hantu dan tahyul.
Aku malas nak cakap banyak.
Pagi Isnin.
Ramai lagi pesakit aku nak tengok.
Suka hati kaulah nak percaya apa pun...




Aku dan Double Birthdays

Imej
Semalam harijadi wife.
Hari ini harijadi Ainaa pulak.
Jadi aku balik awal hari ini.
Pukul 11 pagi dah sampai rumah.
Pukul 3 petang sampai di Port Dickson.
Malam ini nak celebrate double birthdays.
Takda apa2 hadiah.
Cuma makan2 sahaja.
Sebab apa?
Sebab harga bilik semalam sama dengan sewa rumah sebulan.
Anak2 semua berendam dalam kolam.
Wife sibuk membalas birthday wishes kat Facebook.
Aku?
Aktiviti bebas petang ini.
zzzzz...








Aku dan Pesakit Hari Ini

Wanita berusia 39 tahun.
Bekerja di Restoran Fast Food.
Siang jaga anak malam jaga restoran.
Suami kerja bawak lori sahaja.
Anak sulung baru Tingkatan 3.
Anak bungsu baru setahun umurnya.
Pagi ini dia datang klinik.
Muka pucat, pening dan muntah2.
Tekanan darah 90/50 mmHg.
Dia dah confirmed mengandung lagi.
Nak suruh ke hospital tak boleh.
Anak2 tiada orang nak jaga.
Bukan kerja aku nak membebel macam2.
Famili planning dan sebagainya.
Rezeki Allah beri.
Zuriat pun rezeki Allah jugak.
Setiap anak ada rezeki masing2.
Itu sudah pasti.
Tapi...
Ini kandungannya yang ke-10.
10 anak dalam tempoh 13 tahun.
Aku hanya sempat beristighfar sahaja.






Aku dan nasib Obstetrician

Doc charged with molesting pregnant patient
KUALA LUMPUR: An obstetrician has been charged at a magistrate’s court here with molesting his pregnant patient.
Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 36, claimed trial to using criminal force to outrage the modesty of a 27-year-old woman by touching her private parts at Hospital Sungai Buloh at 2.15pm on Nov 11 last year.
He seemed unfazed when the charges were read, even smiling throughout the hearing. The offence, under Section 354 of the Penal Code, carries a maximum 10 years’ jail term or a fine or whipping, or any two such punishments, upon conviction.
DPP Nur Hidayah Raihan Md Nasir proposed bail at RM7,000. However, Dr Mohd Suhaidin’s brother, who was his surety, sought a lower sum. Magistrate Namirah Hanum Mohamad Albaki set bail at RM5,500 with one surety and fixed March 26 for mention.
Aku baca cerita ini pun tersenyum juga.
Rasa nak gelak sambil guling2 pun ada.
Obstetrician.
Pakar Sakit Perempuan.
Hari2 kerja dia menghadap 'bend…

Aku dan Masalah Rumahtangga

Aku tak suka ambik tahu hal rumahtangga orang. Aku tak suka masuk campur hal rumahtangga orang. Aku juga tak suka beri nasihat hal rumahtangga orang. Tetapi duduk kat klinik, macam2 cerita yang aku dengar. Macam2 cerita yang pesakit aku bawa. Hal bergaduh suami isteri, hal pukul memukul suami isteri, hal suami nak kahwin lagi, hal suami lari dengan perempuan seberang, hal anak2 lari daripada rumah, hal nak bercerai-berai, hal berebut hak penjagaan anak, hal berebut suami orang pun ada. Aku bukan kaunselor. Dan aku tak minat nak jadi kaunselor. Jadi kalau orang bercerita aku dengar sahaja. Kalau nak ubat penenang aku beri Xanax. Kalau nak ubat tidur aku beri Somidem. Kalau nak MC sehari dua aku beri. Tapi kalau nak mintak nasihat aku tak boleh beri. Mintaklah kat orang lain yang lebih arif. Ustaz Fazilah Kamsah ada berpesan. Setiap kali sebelum masuk rumah, baca Bismilah 3 kali, senyum, beri salam, dan masuk dengan kaki kanan. Syaitan bernama Dasim suka duduk atas pintu rumah. Suka me…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Ada harapan?
InsyaAllah...


Aku dan Ustaz Azhar Idrus

Imej
Malam tahun baru 2012.
Ada pesta besar2an tajaan BN di i-City Shah Alam.
20 000 orang menghadirinya.
Ada konsert nyanyian artis2 terkenal.
Tak jauh daripada situ.
Di Dataran Shah Alam.
Ada pesta kecil2an.
Hanya Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.
Tetapi 70 000 orang menghadirinya.
85 % golongan muda belia.
Ada sessi soal jawab sahaja.
Apa hukum melanggar lampu merah?
Apa benar gitar itu najis?
Apa hukum bermain bunga api?
Dan banyak lagi soalan2 pelik.
Tengok video mereka di Youtube.
Dalam lawak ada ilmu.
Dalam gelak2 ada ilmu.
Kelas sungguh Ustaz Azhar Idrus ini.
"Perempuan tak wajib pakai tudung.
Tapi perempuan wajib tutup aurat.
Pakai tudung tapi kain berbelah buat apa?"
"Ambik air sembahyang berbogel hukumnya haram.
Haram kalau ambik air sembahyang kat kolah masjid dengan berbogel.
Kalau dalam bilik air sorang2 hukumnya makruh."
Itu contoh2 ayat2 dia.
Hanya orang UMNO yang takut bayang2 sendiri takut kat ustaz ini.
Orang2 lain semuanya suka kat dia.
Ceram…

Aku dan nasib iPhone 4 aku

Imej
iPhone 4 dibeli pada 9/10/2011.
Dibeli di Blue Cube Jusco Taman U.
Ada kontrak 2 tahun.
Aku jaga dengan cermat.
Belum jailbreak lagi.
Beli/upload apps daripada iTunes sahaja.
Kebelakangan ini dia mula buat hal.
WiFi connection dah takda langsung.
Sekarang ni line pulak problem.
Boleh call in tapi aku langsung tak dengar apa2.
Boleh call out tapi aku langsung tak dengar apa2.
SMS boleh.
3G pun boleh.
Lain2 semua boleh.
Aku call Blue Cube semalam.
Kena hantar ke KL.
Antara 2-4 minggu baru boleh dapat balik.
Sementara itu kontrak tetap berjalan.
Pakai ke tak pakai, bayar tetap bayar.
Sebulan tanpa iPhone,
mati kering jiwaku...