Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2012

Aku dan Cowboy Place PD

Kalau nak cari tempat makan sedap,
jangan tengok kedai yang cantik2 sahaja.
Cari kedai2 dan warung2 yang meriah,
yang banyak kereta parking didepannya
dan tempat duduknya sentiasa penuh.
Itu tips untuk hari ini.


Warung ni letaknya di sebelah hotel PD Marina.
Signboardnya dah hilang warna.
Begitu juga khemah tempat makannya.
Tapi suasananya meriah.
Pelanggan tak pernahnya putus.


Cuba tengok sinki untuk basuh tangan.
Gila punya simple.
Macam zaman koboi dulu2 gamaknya.


Tapi tengok susunan ayam yang telah dipanggang.
Terus terbuka selera untuk merasanya.
Set Hidangan untuk makan tengahari:
  • Nasi Putih Kukus
  • Ayam Panggang 1/4 bahagian
  • Sos Pencicah
  • Sup Putih
Harganya RM 5.00 sahaja.


Semua peralatan adalah disposable.
Pinggan mangkuk dan cawan guna polisterine.
Manakala sudu dan garpu guna bahan plastik.
Kurang mesra alam?
Terpulanglah.


Rasa masakan boleh tahan terutama ayam panggangnya.
Tak manis sangat dan tak masak sangat.
Sos pencicahnya sedap.
Nasinya pun sedap.
Maklumlah waktu tengahari.
Cuaca panas pulak tu.
Jadi semuanya sedap2 belaka.
Kalau nak makan ayam seekor pun boleh.
Kalau nak sosej bakar dan kepak ayam bakar pun ada.
Harganya berpatutan.
Yang ini aku rekomen untuk datang.




6 ulasan:

  1. banyak kali lalu depan warung ni, tapi tak pernah singgah, cuaca panas nak pekena ayam panggang, lagi bertambah panas la jawabnya.. tapi memang ramai yang rekomen tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. trima kasih, :)
      seronok baca blog tuan

      Padam
  2. Balasan
    1. lama menghilang?
      mana pergi?
      bila2 free,
      datang minum.
      dah lama tak update...

      Padam
    2. Hehe... busy sikit. Ada selalu di JB.

      InsyaAllah satu hari kita setting minum2.

      F10 dah keluar. Dah tukar poster kat klinik?

      Padam