Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2012

Aku dan Gong Xi Fa Cai 2012


Hari kedua Tahun Baru Cina.
6 buah kereta.
Lebih kurang 30 orang semuanya.
Pergi beraya di rumah Uncle@abang emak mertuaku.
Lokasinya di Parit Sulong, Muar.


Ini kali pertama aku sampai ke sana.
Dan seperti biasa,
sambutan mereka adalah di luar jangkaan.
Makanan dihidang penuh meja.
Ada kuih, air kotak, air tin, limau.
Ada ayam goreng, ayam kari juga ayam sambal.
Ada ketupat, kuah kacang juga kuah lodeh.
Sambal sotong pun ada.


Kami memang datang untuk makan.
Takda rasa malu dan segan.
Juga takda takut halal haram.
Hampir semua yang dihidang kami tolong perabihkan.



Tak cukup dengan itu,
jiran2 Melayu pun ada datang jugak bertanya khabar.
Mengesahkan cerita yang dah lama terpendam.


Tak cukup dengan yang dimakan,
ada beberapa kotak limau untuk dibawa balik.
Juga pek angpaw seorang satu.


Sesungguhnya tali persaudaraan tak mengenal bangsa dan agama.
Layanan mereka sangat lebih banding yang seagama.
Syukur dapat menyertai keluarga besar ini.


Minggu depan rombongan daripada Singapura pula.
Ada makan2 besar lagi di rumah emak.
Sudah pasti,
ada lagi hamper dan angpaw raya.





2 ulasan:

  1. Gua...dapat angpaw n limau satu kotak....besh!
    tapi yang lebih penting ialah tali persaudaraan tu...!

    BalasPadam
  2. Saya kosongkan perut pagi itu.
    Langsung tak breakfast.
    Sebab tahu nak makan banyak kat sana.

    Betul kata abang.
    tali persaudaraan yang paling penting.

    BalasPadam