Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Januari 2012

Aku dan Kawan Lama

Aku ada seorang kawan.
Berkenalan sejak kerja kerajaan dulu.
Bila aku buka klinik,
dialah salah seorang pelanggan tetap aku.
Setiap minggu mesti nak jumpa aku.
Sama ada nak check tekanan darah
atau sekadar sembang2 dan minum2 di Mamak's.
Dia seorang yang baik hati.
Walaupun dia bukan Islam,
hatinya lebih mulia daripada kawan2 seislamku.
Dia seorang penderma darah tegar.
Darah O Negatifnya sangat2 diperlukan.
Dia berhenti menderma darah sejak 2 tahun lalu
kerana tekanan darahnya mula naik.
Begitu juga dengan paras kolesterolnya.
Sepanjang 10 tahun berkawan dengannya,
Aku telah berjaya menolong mengawal tekanan darah juga kolesterolnya.
Tetapi satu yang aku gagal.
Walaupun dipujuk macamanapun,
dia tak boleh berhenti menghisap rokok.
3 hari sebelum Tahun Baru Cina,
dia datang ke klinik berkerusi roda.
Dia mengadu pening dan muntah berterusan.
Tekanan darahnya normal.
Tiada langsung tanda2 lemah atau kebas separuh badan.
Aku rujuk dia ke hospital.
Dan aku langsung lupa pasal dia selepas itu.
Masa Hari Raya Cina aku hantar SMS.
Dia langsung tak membalasnya.
Telefon pun tidak berjawab.
Seminggu selepas raya aku menziarahinya.
Dia dah kena stroke rupanya.
Ingatannya dah banyak terganggu.
Banyak benda yang dia mula lupa.
Dia tak boleh menelan.
Dia juga tak boleh kencing sendiri.
Walaupun dia masih boleh berjalan dan bercakap,
dia dah berubah.
Hatinya mudah panas.
Nasib baik isterinya sangat memahaminya.
Aku hairan bagaimana dia boleh kena serangan stroke.
Padahal tekanan darah dan kolesterolnya dalam lingkungan normal.
Tetapi aku semakin pasti sekarang.
Rokok adalah salah satu puncanya.
Semoga beliau cepat sembuh.
Semoga beliau pulih seperti sedia kala.
Aku kurang seorang kawan menemaniku minum2 di Mamak's.




1 ulasan:

  1. sy baru tau yg strok boleh terjadi disebabkan merokok jugak.thanks doc share kt sini. Hopefully, kwn doc tu cpt sembuh..dan boleh teman doc minum2 kt kedai mamak's lg :) insyaAlLAH!

    BalasPadam