Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Januari 2012

Aku dan Masalah Rumahtangga

Aku tak suka ambik tahu hal rumahtangga orang.
Aku tak suka masuk campur hal rumahtangga orang.
Aku juga tak suka beri nasihat hal rumahtangga orang.
Tetapi duduk kat klinik,
macam2 cerita yang aku dengar.
Macam2 cerita yang pesakit aku bawa.
Hal bergaduh suami isteri,
hal pukul memukul suami isteri,
hal suami nak kahwin lagi,
hal suami lari dengan perempuan seberang,
hal anak2 lari daripada rumah,
hal nak bercerai-berai,
hal berebut hak penjagaan anak,
hal berebut suami orang pun ada.
Aku bukan kaunselor.
Dan aku tak minat nak jadi kaunselor.
Jadi kalau orang bercerita aku dengar sahaja.
Kalau nak ubat penenang aku beri Xanax.
Kalau nak ubat tidur aku beri Somidem.
Kalau nak MC sehari dua aku beri.
Tapi kalau nak mintak nasihat aku tak boleh beri.
Mintaklah kat orang lain yang lebih arif.
Ustaz Fazilah Kamsah ada berpesan.
Setiap kali sebelum masuk rumah,
baca Bismilah 3 kali,
senyum,
beri salam,
dan masuk dengan kaki kanan.
Syaitan bernama Dasim suka duduk atas pintu rumah.
Suka menghasut supaya suami isteri bergaduh,
suka menghasut supaya anak2 saling memberontak.
Sekian ceramah untuk hari ini.




2 ulasan:

  1. Hee..heee...betui jugak. Nak kaunseling kena la pegi tepat pd orgnya.Mungkin mereka nak ngadu hal...meluah perasaan dan release tension bila ada yg boleh tolong tumpangkan telinga walau tak dak nasihat yg diberi. Emmm....mungkin sn depa tahu mesti kena extra caj..kalau doc nak bg nasihat! Ahakksss...

    BalasPadam