Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Januari 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Semalam aku goyang kaki.
Hari pertama sekolahlah katakan.
Ramai yang sibuk urus anak2.
Pagi ini lain pulak ceritanya.
Pukul 9.30 pagi dah berderet mamat Bangla depan kaunter.
Semuanya mangsa pukul.
Halnya kecik sahaja.
Tapi sebab mamat Bangla ni jenis tak melawan,
jadi bangsa lain beranilah nak pukul.
Ceritanya mereka ramai2 beratur nak punch-out keluar kilang.
Tiba2 beberapa lelaki Indonesia potong barisan mereka.
Lalu mereka tegurlah.
Sampai kat bas 9 Indonesia dah tunggu.
Dipukulnya mereka dengan kayu dan kepala tali pinggang.
Ada yang bengkak2 tangan dan badan.
Ada juga yang berdarah kepala dan perlu jahitan.
Semuanya mogok tak nak kerja hari ini.
Jenuh aku sain autograf untuk mereka.
Ini bukan kali pertama mereka dipukul.
Kalau ikut rekod aku, dah 3-4 kali dah.
Mereka dipukul oleh bangsa lain bukan bangsa sendiri.
Mereka juga jarang melawan.
Cuba kalau bangsa Indon, Nepal atau Vietnam bergaduh.
Mesti sampai ada yang mati punya.
Kalau tak pun mesti ada cerita dalam suratkhabar.
Tapi bangsa Bangla ni penyabar agarnya.
Kadang2 kalau kena marah dengan aku pun muka selamba aje.
Lain bulan masih nak jumpa aku lagi.




3 ulasan:

  1. Bangla memang penyabar, suka buat muka bodoh, tu sebab kadang kadang annoying juga..hehehe

    BalasPadam
  2. Betul jugak.
    Mereka semua sentiasa beri salam kalau jumpa saya.

    Mereka jarang merokok.
    Bulan puasa semuanya puasa.
    Kalau sembahyang Jumaat,
    orang sembahyang sunat 2 rakaat sahaja.
    Mereka sembahyang tak habis2...

    BalasPadam