Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Januari 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang guru berijazah.
Umur 38 tahun.
Datang klinik kerana sakit sendi di ibujari kaki.
Sekali tengok pun aku dah tahu diagnosisnya.
Tapi dia tak terima.
Dia kata dia tak makan seafood.
Dia kata dia kurang makan daging.
Dia kata dia suka makan ulam2an.
Dia kata paras asid uriknya normal.
Dia ada banyak painkiller kat rumah.
Dia cuma nak MC dua hari.
Nak pergi berubat tradisional kat Pontian.
Ada 'terpijak barang' katanya.
Ini zaman moden.
Zaman sains dan teknologi.
Tapi orang berpelajaran masih percaya hal2 sebegini.
Kat tv dan suratkhabar pun sama.
Balik2 cerita hantu dan tahyul.
Aku malas nak cakap banyak.
Pagi Isnin.
Ramai lagi pesakit aku nak tengok.
Suka hati kaulah nak percaya apa pun...




1 ulasan: