Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Januari 2012

Aku dan Ustaz Azhar Idrus



Malam tahun baru 2012.
Ada pesta besar2an tajaan BN di i-City Shah Alam.
20 000 orang menghadirinya.
Ada konsert nyanyian artis2 terkenal.
Tak jauh daripada situ.
Di Dataran Shah Alam.
Ada pesta kecil2an.
Hanya Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.
Tetapi 70 000 orang menghadirinya.
85 % golongan muda belia.
Ada sessi soal jawab sahaja.
Apa hukum melanggar lampu merah?
Apa benar gitar itu najis?
Apa hukum bermain bunga api?
Dan banyak lagi soalan2 pelik.
Tengok video mereka di Youtube.
Dalam lawak ada ilmu.
Dalam gelak2 ada ilmu.
Kelas sungguh Ustaz Azhar Idrus ini.
"Perempuan tak wajib pakai tudung.
Tapi perempuan wajib tutup aurat.
Pakai tudung tapi kain berbelah buat apa?"
"Ambik air sembahyang berbogel hukumnya haram.
Haram kalau ambik air sembahyang kat kolah masjid dengan berbogel.
Kalau dalam bilik air sorang2 hukumnya makruh."
Itu contoh2 ayat2 dia.
Hanya orang UMNO yang takut bayang2 sendiri takut kat ustaz ini.
Orang2 lain semuanya suka kat dia.
Ceramah2 dia penuh sesak.
Video2nya di Youtube laris.
Aku pun dah mula kemaruk menonton video2 dia.

3 ulasan:

  1. UAI memang best!! tp biasala kalo ada org dengki je kuar la fitnah ntah pape kat ustak nih..

    BalasPadam