16 Januari 2012
Aku di Grand Lexis Port Dickson
Grand Lexis Port Dickson.
Taraf 5 Bintang.
Dah beberapa kali nak pergi.
Dah ramai kata best sangat tempat ini.
Dan awal 2012 aku melaksanakan impian ini.
Tapi mungkinkah ada lain kali?
Kedatangan kami disambut mesra.
Urusan check in agak mudah.
Tapi nak cari parking susah sekali.
Ada geng MLM dah booked 300 bilik.
Semua kotak parking dah di reserved oleh mereka.
Kami ambik bilik Garden Pool Villa.
Ada 2 katil besar.
Ada free WiFi dalam bilik.
Ada microwave untuk masak2.
Ada Astro 19 Channel.
Dan yang paling penting,
ada personal outdoor swimming pool.
Setiap sejam boleh masuk kolam.
Pukul 11 malam pun masih dalam kolam.
Aku suka tempat ini.
Suasananya sunyi dan nyaman.
Landscape cantik menghijau.
Duduk bilik 24 jam pun boleh.
Macam2 aktiviti boleh dibuat bersama anak2.
Kat luar pun banyak juga aktiviti.
Berkayuh basikal,
memancing,
memanah,
berkaraoke,
lari2 kat treadmill,
tapi duduk bilik lagi best.
| Reaksi |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tak dinafikan, grand lexis ni antara yang terbaik.. harga pun 'baik' jugak.. tapi privacy is the best.. satu family nak berendam dalam kolam selamba..
BalasPadamavilion dan thistle pun tak kurang hebatnya
Seumur hidup sekali aje.
BalasPadamLepas ni try avilion pulak.
Khabarnya lebih mahal...
avilion saya rasa murah skit dari grand lexis, tapi kena amik weekdays promo, kalau weekend atau peak season mmg mahal
Padam