Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2012

Aku di Lebuhraya Utara Selatan

Cuti Hari Raya kedua.
Lebuhraya Utara Selatan.
Antara Ayer Hitam-Yong Peng.
Kenderaan banyak tetapi lancar.



Namun perjalanan tiba2 menjadi perlahan.
Dan banyaklah kenderaan mula memasuki lorong kecemasan.
Kereta cc besar dan juga kecil.
Kereta plet local juga seberang tambak.


Lalu wife menjadi polis trafik tak bergaji.
Mengambil gambar2 kereta yang kurang berdisiplin.
Memasuki lorong kecemasan.
Memotong daripada sebelah kiri.


Semua orang nak cepat.
Semua orang tak suka kesesakan.
Tapi bertimbang-rasalah.
Memotong barisan adalah mengelat.


Mengelat= membuat sesuatu yang tidak patut dilakukan
dengan tujuan 'menipu' untuk kepentingan diri sendiri.


Mengelat bermakna 'main kotor'.
Bermakna ada yang akan tersinggung dan 'naik angin'.
Jadi apa hukumnya?


Kereta ini lagi 'haram jadu' - curi istilah Adlin Aman Ramli.
Kereta ini memotong daripada lorong kecemasan.
Dan terus masuk depan kereta aku.
Tanpa sebarang signal diberikan.
Kalau aku bawak steamroll.
Dah aku sondol bumper kereta ini.


Inilah punca kepada kesesakan.
Ada kereta terbabas dan masuk parit.
Jalan selekoh.
Mungkin terlelap.
Atau memandu terlalu laju.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan