Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Januari 2012

Aku ke Kota Tinggi Waterfall


Cuti Tahun Baru Cina.
Pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi.
Pukul 10.30 pagi sampai di lokasi.
Dah berderet2 kereta beratur nak masuk.


Tiket murah aje.
Dewasa RM 5.00.
Kanak2 RM 3.50.
Dulu makanan tak boleh bawak masuk.
Sekarang dah boleh.
Dah ubah management rasanya.


Orang punyalah ramai.
Nak cari port bukak khemah pun susah.
Tapi dah namanya musim cuti.
Warga asing pun ramai yang bercuti sama.
Pergi mandi pun berkain pelikat.


Airnya sangatlah sejuk.
Walaupun cuaca panas,
tak terasa panasnya bila duduk dalam air.


Ada beberapa perkara yang menyakitkan mata.
Buang sampah merata-merata.
Tinggalkan diapers anak kat mana suka.
Juga hisap rokok di mana-mana.
Itu tabiat yang susah nak ubah.


Selamat bercuti kawan2!
Esok nak beraya kat rumah saudara di Parit Sulong.
Gong Xi Fa Cai!





3 ulasan:

  1. Panjang cuti Bro!!
    :)

    Psst..
    Travel n Foto blog saya dah tukar ke
    drizat.me

    BalasPadam
  2. DrSinga,

    Cuti 3 hari jer.
    Esok kerja.

    Nanti saya update link.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Ramainya org..xselesa la nak mandi-manda ek

    BalasPadam