Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Aku bukan peminat Erykah Badu

Imej
Islam semakin diperlekehkan.
Cuba cari dalam Facebook.
Macam2 gambar,
macam2 kata2 cacian dan makian,
macam2 penghinaan dan provokasi,
ditujukan kepada Islam.
Bentuk kubah masjid boleh dijadikan modal untuk menghina.
Azan subuh di masjid2 dikutuk sebab mengganggu tidur.
Nabi Muhammad S.A.W pun sama jadi mangsa.

Anda tengok gambar di bawah ini.
Sekali imbas gambar biasa sahaja.
Pertama kali terpandang dalam The Star aku pun tak perasan.
Malu sungguh aku.
Lepas jadi isu barulah aku perasan.
Nama Allah dipermainkan begitu jijik sekali.
Aku sokong kalau The Star digantung lesennya.
Aku sokong kalau Erykah Badu diharamkan datang ke Malaysia.

Dah lama sangat Islam diperlekehkan.
Ada tengok gambar2 salib di tikar sejadah?
Ada tengok lambang2 Allah dan Muhammad di tapak2 kasut?
Kenapa jadi begini ya?
Ini bukan UMNO punya angkara.
Ini bukan PAS punya kerja.
Ini juga bukan PKR punya agenda.
Ini masalah orang2 Islam.
Hanya kita yang mampu menyelesaikannya.

Badu concert cancelled as it …

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Akan datang.
Akan sampai.






Aku dan Fake MC

Photo shop owner nabbed for running fake MC syndicate JOHOR BARU: Police nabbed a photo shop owner for selling fake medical certificates (MC) in Taman Ungku Tun Aminah, here, last Friday. Johor police chief Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff said the 35-year-old suspect was arrested around 1.30pm following a tip-off from sources, and after further checks at the premises, police found various fake MCs.

"We also found material believed to have been used to make the MCs, including computers, printers, A4 paper and 13 doctor stamps," he told reporters here Thursday, adding that the syndicate had been operating since last year and sold the MCs for RM25 each to locals working in Singapore. Mohd Mokhtar said the suspect only provided the MC and doctor's stamp while the patients would fill in their information and date of leave after they bought it.

He added that upon inspection, six of the 13 stamps were using the name of medical officers still working in government…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 66 tahun.
Bapak kepada kawanku masa sekolah rendah dulu.
Dia seorang peneroka Felda.
Zaman mudanya dia cukup hebat.
Punya badan yang gagah dan sasa.
Boleh kalahkan Malek Noor kalau lawan gusti.

Isteri pertamanya meninggal dunia didepan mataku.
Komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Aku jadi MO di wad kerajaan masa itu.
Selepas itu dia berkahwin lagi.
Tak sampai 5 tahun,
Isterinya meninggal dunia juga.
Sakitnya pun lebih kurang.
Komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Selepas itu beliau pun sakit yang sama jugak.
Sakit jantung dan darah tinggi.
Beliau kerap dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.

Minggu lepas dia ke klinik aku.
Terkejut aku melihat perubahan fizikalnya.
Badan yang sasa dah tinggal kulit dan tulang.
Aku tengok dia macam banyak masalah.
Dia mengadu tidak boleh tidur malam.
Dia tanya aku apa sakit dia.
Dia minta tolong aku sangat2 ubatkan dia.
Dia dah mula fikir perkara2 ghaib dan mistik.
Macam-macam ubat aku try ka…

Aku dan Minggu Ini

Imej
Minggu ini.
Bosan.
Sangat-sangat bosan.
Hampir semua perkara.
Tidak seperti dijadualkan.

Minggu ini.
Panas.
Cuaca panas.
Hujan panas.
Hati pun panas.
Hampir semua orang.
Menjengkelkan.

Minggu ini.
Bingung.
Serabut.
Berkecamuk.
Hampir semua agenda.
Tidak berakhir sempurna.

Dunia tak adil.
Dunia tak pernah adil.
Yang kaya bertambah kaya.
Yang miskin kekal miskin.
Yang gagah menindas yang lemah.
Yang pandai membuli yang bodoh.
Undang2 mempermudahkan kehidupan.
Bukannya menyusahkan.

Sakit hati.
Sakit jiwa.
Sakit mental.








Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Jumpa kat FB.





Aku dan Datuk Karim Ibrahim

Imej
Yunus admits taking drugs but blames it on MAU deputy president

By AFTAR SINGH

KUALA LUMPUR: Relay runner Mohd Yunus Lasaleh, who failed a dope test after winning gold at the Indonesia SEA Games, has made a stunning admission: he was on banned drugs which a top Malaysian Athletic Union official told him to take.

Yunus and several coaches and athletes said in a sworn statement that MAU deputy president Datuk Karim Ibrahim had arranged for a Bulgarian doctor to provide him with “pills that could help me win gold at the SEA Games”.

Yunus, together with P. Yuvaraaj, Schwan Ahmad Rosely and S. Kannathasan, did not qualify on merit for the biennial Games but surprised everyone by winning the gold in the men's 4x400m in Palembang. Yunus, 23, subsequently failed the dope test. He now faces a lengthy ban from the sport and the quartet will have to return their medals.

In the sworn statement, the Sabahan claimed Karim had contacted him while he was training in Miri in September an…

Aku dan iPhoneku

Imej
Hari ini genap sebulan.
Aku berpisah dengan iPhoneku.
Sebulan yang lalu,
aku hantar iPhone aku untuk servis di Blue Cube.
Dah sebulan masih belum balik lagi.
Kelmarin aku call Blue Cube.
Selepas beberapa kali,
baru dapat bercakap dengan pekerjanya.
Janji nak call balik tapi haram.
Semalam aku call lagi.
Selepas beberapa kali,
baru dapat bercakap dengan pekerjanya.
Dia suruh aku tunggu.
Dia check kat sistem.
Aku akan dapat iPhone baru katanya.
Singapore dah hantar barangnya.
Dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Dalam seminggu lagi sampai ler...
Aku tanya,
Singapore- KL- JB pun kena tunggu seminggu ke?
Dia tak boleh nak jawab.
Minggu depan kalau tak sampai jugak,
aku 'bakar' kedai dia.
Bil kena bayar macam biasa.
Amaran berulang2 kali suruh bayar.
SMS juga email.
tapi after sales service macam @#$%^.




Aku dan Malam ini

Imej
Malam ini di Old Trafford.
Man United lawan Liverpool.
Ada 'kipas susah mati' Man U letak gambar ni kat FB.
Katanya Man U bergambar dengan trofi.
Tapi Liverpool bergambar dengan bola dan beg sukan aje.
Aku gelak sambil guling2.
Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Malam ini.
Ada pertemuan semula Suarez dan Evra.
Kerana Evra, Suarez kena gantung 8 perlawanan.
Dan Man U kalah dengan Liverpool dalam saingan Piala FA.
Jadi malam ini akan ada sejarah.
Pahit atau manis kena tunggulah.
Man U dijangka menang 2-1.
Tapi aku tak jangka begitu.

Salam hujung minggu kawan2!









Aku dan Murtabak Singapura

Imej
Tahun lepas masa aku singgah,
restoran ni full house.
Juga tak sempat nak tunggu giliran
Jadi setahun kempunan nak makan murtabak.
Murtabak Singapura.


Kali ini aku singgah lagi.
Dan memang rezeki aku.
Ada banyak tempat kosong untuk aku pilih.


Murtabak Daging Singapura.
Guna 100% minyak zaitun.
Harganya antara SGD 7- 12 ikut saiz.


Anak2 semua kurang suka.
Murtabak Majid kat JB lagi sedap.
Rotinya garing,
dagingnya mudah lerai dan tak melekat kat roti.
Kuah karinya pekat.
Sos tomato dan hirisan timunnya biasa sahaja.
Bila dah rasa dah tak kempunan lagi.
Dan ianya tak menepati selera aku dan anak2ku.





Aku dan Steven Spielberg

Imej
Sebelum balik,
aku sempat singgah berjumpa Steven Spielberg.
Di pertunjukan Light, Camera, Action.
Aku merasai dan melihat sendiri
Hurricane Level 5 yang melanda bandar New York.


Segala-galanya berlaku di depan mata.
Keadaan yang tenang tiba-tiba menjadi huru-hara.
Air mula bergelora,
cermin pecah berderai,
peralatan semua jatuh.


Aku dapat rasa tiupan angin,
juga bahang bila paip gas terbakar,
dan sebuah kapal tiba2 tersesat dan masuk ke dalam stage.
Panel lantai yang dipijak terturun ke bawah.
Itulah kejutan yang disebut di awal tadi.


Bila pengarah kata Cut!
Semuanya kembali seperti biasa.
Hebat sungguh.
Ini semua kejadian benar2 berlaku di depan mata.
Bukannya ciptaan CGI di depan komputer.

Pukul 5.00 petang aku terpaksa keluar.
Masih rasa tak puas lagi berhibur.
Masih banyak tempat tak sempat diteroka.
Aku tak nak jadi dewasa,
aku nak jadi budak2 selama2nya...

Aku di WaterWorld Show

Imej
Pertunjukan WaterWorld.
Hanya 3 kali sehari.
Pukul 11.30 pagi, 3 petang dan 5.30 petang.
Aku sempat tengok yang pukul 3 punya.
Pukul 2.50 petang orang dah mula ramai.
Tapi jangan takut.
Ada lebih 3 ribu ruang tempat duduk untuk dipilih.



Nasib baik aku dapat masuk awal.
Dapat pilih tempat duduk warna perang.
Siapa yang datang lambat dan tak perasan,
kena duduk kat kerusi warna hijau/biru.
Ada amaran ditulis di atasnya.
Siapa yang duduk kat area itu,
ada risiko basah kena air.
Sama ada sengaja atau tidak sengaja. 


Sementara penonton memenuhkan ruang tempat duduk,
ada sessi warm up dengan penonton.
Sessi simbah2 air dan sorak-menyorak.
Group mana yang lebih sporting.
Mangsanya siapa2 yang duduk di kerusi birulah.
Sebaldi air pun boleh dituang atas kepala.


Selepas itu persembahan pun bermula.
Banyak aksi2 stunt dan letupan pyrotechnic.
juga aksi terbang2, lompat2 dan jatuh dalam air.
Aksi2 gaduh, tumbuk2, tembak2 pun ada.
Akhiran cerita agak mengejutkan.
Sebuah kapalterbang mendarat di…

Aku dan Transformers: The Ride

Imej
Ramai yang dah berpesan,
Kalau ke Universal Studio Singapore wajib ke tempat ini.
Jadi masuk ke dalam aje,
aku terus beratur nak tengok Transformers.
Aku diberitahu masa menunggunya 60 minit.
Tapi alang-alang dah sampai...


60 minit yang singkat ikut jam mindaku.
Laluannya nampak pendek kerana berliku2.
Di kiri kanan laluan,
ada banyak benda boleh ditengok.
Ada banyak suis boleh digodeh2.
Jadi laluannya tak membosankan.


Selepas 60 minit beratur,
giliranku pun sampai.
Dan pengalaman 6 minit yang tak boleh dilupakan.
Boleh jerit2 sesuka hati.
Accelerate, Stop, Turn, Spin, Climb and Drop.
Aku kena kejar dengan Decepticon
tetapi cuba diselamatkan oleh Autobot.
Perasaan takut, gerun, suka dan gembira semuanya ada.
Padahal semuanya imej depan skrin putih aje.


Memang betul.
Keseronokan 6 minit yang sama dengan 6 jam di Universal Studio.
Lain kali kena beli Universal Pass.
Boleh potong barisan sesuka hati.
Tak payah beratur panjang2.

Aku ada idea baru.
Nak renovate bilik anak jadi seperti s…

Aku ke Universal Studio Singapore

Imej
Ingat entri ini?
Itu cerita setahun yang lalu.
Hujung minggu ini.
Warga Johor/Malaysia bercuti panjang.
Aku pun ikut sama.
Jadi aku sampai ke sini lagi.


Tapi aku tak jangka,
Universal Studio Singapore penuh sesak.
Walaupun Isnin hari bekerja di sana,
Orang2 Johor/Malaysia ramai bercuti di sana.
Haram &@$%* betul!


Satu jam yang pertama,
aku beratur nak tengok Transformers.
Lepas tu kena jalan2 dan beratur.
Kena beratur dan jalan2 lagi.
Sampai keras urat2 kaki aku.
Tapi nasib baik anak2 tak mengeluh.


Semuanya serba mahal di sini.
Nisbah 1: 2.4 kena ingat selalu.
Itu nilai duit RM di sana.
Makanan luar tak boleh bawak masuk.
Tapi kalau bawak masuk takda siapa halang.
Cuma mereka bising2 bila kita bukak makanan kat meja mereka.


Secara keseluruhannya,
anak-anak sangat berpuashati dengan pengalaman di sini.
Walaupun cuaca panas,
dan asyik kena berjalan dan beratur,
anak-anak tak banyak ragamnya.
Mereka sedang berkira2 nak datang lagi.
Tak puas sebab kena balik awal.


Menonton Shrek 4-…

Aku dan Nasib GP

Akan datang.
Doktor GP seperti aku tak boleh jual ubat dah.
Ubat generik ataupun ubat original.
Doktor GP seperti aku tak cukup belajarnya.
Doktor GP seperti aku hanya tahu jual aje.
Doktor GP seperti aku hanya nak kira untung sahaja.
Doktor GP seperti aku hanya nak habiskan stok.
Doktor GP seperti aku hanya nak dapat bonus.
Dapat free holidays ataupun free air tickets.
Hakikatnya,
aku lebih faham tentang pesakit2 aku.
Ubat darah tinggi contohnya.
Aku ada lebih 10 jenis.
90% adalah generik.
Aku tak bantai beri ubat2 mahal kat pesakit2 aku.
Kena kira faktor umur, sakit2 lain, kesan2 sampingan, compliance
dan yang penting kosnya.
Satu ubat darah tinggi tak sesuai untuk semua orang.
15 tahun jadi doktor GP,
keberkesanan dan kesan2 sampingan ubat aku lebih tahu
banding pembantu2 farmasi di kedai2 farmasi.
Maaf cakap.
1Care Scheme hanya untungkan sebahagian kroni2 sahaja.
Yang rugi orang ramai termasuklah aku.
Aku sokong pendapat doktor di bawah ini. 
Doctors are accredited to practis…

Aku dan Skim 1Care

Imej
Banyak yang aku dengar pasal penstrukturan semula
sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Khabar2 angin memanaskan telinga aku.
You cannot pick your own doctor. The government will choose a doctor for you. If you choose your own doctor, you have to pay.You cannot consult your assigned doctor more than six times a year.You can only see the doctor for only one problem at a time.You get only cheap generic medicine. Perkhidmatan kesihatan akan diswastakan.
Tiada lagi yang percuma selepas ini.
Ada kroni yang akan dapat kontrak mengurus dan mentadbir.
Syarikat2 insurans kroni dan syarikat2 farmaseutikal  kroni
juga hospital2 swasta milik kroni yang paling untung.
Doktor2 terutamanya GP macam aku paling rugi.
Aku dah tak boleh jual ubat dipremis.
Aku hanya boleh merawat pesakit.
Lepas tu suruh beli ubat di farmasi.
Aku juga tak boleh suka2 rujuk pesakit ke klinik pakar.
Boleh kena denda dan penalti.
Skim insurans kesihatan pula.
Semua orang bergaji wajib mencarum.
Macam caruman EPF dan Socso.

Aku dan Infantile Colic

Seorang jururawat hospital.
Baru lepas bersalin anak ke 4.
Dan yang terakhir sebab dah buat *BTL.
Anaknya baru berusia 35 hari.
Disusukan badan sepenuhnya.
2 minggu kebelakangan ini,
anaknya tak henti2 menangis.
Siang malam pagi petang.
Hari2 biasa juga hujung minggu.
Macam cerita Ahmad Albab gitu.
Dia dah mula putus asa.
Macam2 cara dia dah buat.
Tapi anaknya masih menangis jugak.
Cuma dia belum ketukkan anaknya kat pintu.
Macam cerita Ahmad Albab gitu.
Lalu dia teringat kat aku.
Aku pernah beri ceramah pasal Infantile Colic
masa kursus laktasi zaman aku kerja gomen dulu.

Infantile Colic.
Satu penyakit yang susah nak ubat.
Menyerang anak lelaki biasanya.
Menyerang anak sulung biasanya.
Penyakit ini menyebabkan bayi menangis berpanjangan.
Lebih 3 jam dan sekurang2nya 3 kali seminggu.
Selalunya berterusan hingga berusia 3-4 bulan.
Selalunya dikaitkan dengan angin dalam perut.
Bayi menangis seolah2 dirasuk syaitan.
Bayi menangis seolah2 sakit yang amat sangat.
Tetapi sihat walafiat di…

Aku dan Red Tape

Red tape is excessive regulation or rigid conformity to formal rules that is considered redundant or bureaucratic and hinders or prevents action or decision-making. It is usually applied to governments, corporations and other large organizations.

Ada 2 warga Sri Lanka.
Bekerja sebagai penjahit pakaian.
Dah 3 tahun bekerja di Malaysia.
Tahun ini mereka ke klinik aku untuk pemeriksaan kesihatan.
Entah camna mereka gagal Ujian Hepatitis B.
Bila gagal Hepatitis B,
bermakna gagal pemeriksaan FOMEMA dan perlu dihantar balik.
Berguling2 mereka menangis.
Mereka tak berkelulusan.
Berbahasa Inggeris pun sepatah dua sahaja.
Selepas 2 minggu baru dia datang jumpa aku.
Mereka minta tolong sangat2 supaya diluluskan.
Mereka tak mahu balik kampung.
Mereka tak boleh balik kampung.
Banyak lagi hutang perlu dilangsaikan.
Mereka juga bawa report test daripada makmal lain.
HBs Ag kali ini NEGATIF.
Ujian kedua aku buat di makmal lain juga NEGATIF.
Melalui beberapa email dan panggilan telefon,
juga setelah…