Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2012

Aku dan Infantile Colic

Seorang jururawat hospital.
Baru lepas bersalin anak ke 4.
Dan yang terakhir sebab dah buat *BTL.
Anaknya baru berusia 35 hari.
Disusukan badan sepenuhnya.
2 minggu kebelakangan ini,
anaknya tak henti2 menangis.
Siang malam pagi petang.
Hari2 biasa juga hujung minggu.
Macam cerita Ahmad Albab gitu.
Dia dah mula putus asa.
Macam2 cara dia dah buat.
Tapi anaknya masih menangis jugak.
Cuma dia belum ketukkan anaknya kat pintu.
Macam cerita Ahmad Albab gitu.
Lalu dia teringat kat aku.
Aku pernah beri ceramah pasal Infantile Colic
masa kursus laktasi zaman aku kerja gomen dulu.

Infantile Colic.
Satu penyakit yang susah nak ubat.
Menyerang anak lelaki biasanya.
Menyerang anak sulung biasanya.
Penyakit ini menyebabkan bayi menangis berpanjangan.
Lebih 3 jam dan sekurang2nya 3 kali seminggu.
Selalunya berterusan hingga berusia 3-4 bulan.
Selalunya dikaitkan dengan angin dalam perut.
Bayi menangis seolah2 dirasuk syaitan.
Bayi menangis seolah2 sakit yang amat sangat.
Tetapi sihat walafiat diwaktu2 yang lain.

Infantile Colic.
Mungkin disebabkan oleh sistem pencernaan yang belum matang.
Atau sistem saraf yang belum sempurna.
Atau terlalu banyak menelan angin semasa menyusu.
Atau alahan kepada susu formula.
Atau alahan kepada makanan ibu (jika menyusu badan).
Tiada langsung kaitan dengan orang halus.
Ataupun gangguan jin dan syaitan.

Infantile Colic.
Antara rawatan disyorkan;
Tuam perut bayi dengan kain yang suam.
Sapu perut bayi dengan minyak angin.
Dodoikan bayi dalam buaian.
Bawa bayi jalan2 dan pusing2 satu kampung.
Jaga pemakanan ibu semasa menyusukan anak.
Elakkan kopi, makanan yang masam, bahan2 hasil tenusu juga pedas.
Sendawakan bayi selepas menyusu.
Boleh juga cuba Simethicone tapi tak digalakkan.
Dan kadang2 mujarab kadang2 tidak.


Infantile Colic.
Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Walaupun bayi menangis berpanjangan,
dia akan membesar seperti biasa.
Berat badan bertambah.
Tidur dengan lena.
Najis dan kencingnya biasa2 sahaja.
Anak lelaki sulung aku sebagai buktinya.
Dulu dia menangis hampir setiap malam.
Matahari terbenam aje dia start menangis.
Sampailah dia kepenatan.
Selepas 3 bulan baru dia kurang menangis.
Malangnya sampai sekarang aku tak jumpa.
Harta karun tersembunyi miliknya.
Macam cerita Ahmad Albab gitu.
Kalau tidak dah lama aku jadi orang kaya.
Tak payah kerja bagai nak gila.

* BTL= Bilateral Tubal Ligation




4 ulasan:

  1. anak saya pun mcm tu juge.. lepas isya; je mesti melalak sampai 12tgh mlm.. next time saya bersalin, kena jaga betol2 kot pemakanan, saya ni main belasah je makan, haha

    BalasPadam
  2. yup....
    darah saya tinggi sepanjang 2 bulan pertama anak pertama!!!

    BalasPadam
  3. yup..
    bikin darah saya tinggi sepanjang 2 bulan pertama anak pertama saya..

    BalasPadam
  4. Dr,

    mmg lawak lah..
    "Malangnya sampai sekarang aku tak jumpa.
    Harta karun tersembunyi miliknya.
    Macam cerita Ahmad Albab gitu.
    Kalau tidak dah lama aku jadi orang kaya.
    Tak payah kerja bagai nak gila. "..

    Tesengih sorang2 baca ayat tu...hahaha

    BalasPadam