Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Februari 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 66 tahun.
Bapak kepada kawanku masa sekolah rendah dulu.
Dia seorang peneroka Felda.
Zaman mudanya dia cukup hebat.
Punya badan yang gagah dan sasa.
Boleh kalahkan Malek Noor kalau lawan gusti.

Isteri pertamanya meninggal dunia didepan mataku.
Komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Aku jadi MO di wad kerajaan masa itu.
Selepas itu dia berkahwin lagi.
Tak sampai 5 tahun,
Isterinya meninggal dunia juga.
Sakitnya pun lebih kurang.
Komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Selepas itu beliau pun sakit yang sama jugak.
Sakit jantung dan darah tinggi.
Beliau kerap dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.

Minggu lepas dia ke klinik aku.
Terkejut aku melihat perubahan fizikalnya.
Badan yang sasa dah tinggal kulit dan tulang.
Aku tengok dia macam banyak masalah.
Dia mengadu tidak boleh tidur malam.
Dia tanya aku apa sakit dia.
Dia minta tolong aku sangat2 ubatkan dia.
Dia dah mula fikir perkara2 ghaib dan mistik.
Macam-macam ubat aku try kat dia.
Hanya Somidem 10mg yang agak sesuai untuknya.
Itupun pukul 2-3 pagi dah terjaga.

Kali terakhir dia datang,
dia ditemani oleh seorang perempuan muda.
Umur lingkungan 30-an gitu.
Dia mendokong anak berusia setahun setengah.
Mati2 aku ingat itu anaknya.
Aku tanya " kakak ni anak pakcik yang no berapa? ".
" Saya isteri pakcik yang no 3 lah."
" Ini baru anak bungsu dia."

Aku hilang kata-kata.
Hebat sungguh pakcik ini.
Walaupun sakit macam2 masih lagi berkahwin muda.
Boleh dapat anak kecik lagi.
Rasanya aku dah tahu punca penyakitnya.
Mungkin ada kaitan dengan kelakiannya.
Tapi aku tak sampai hati nak tanya.
Lain kali kalau dia datang baru aku tanya...






2 ulasan:

  1. pakcik ni kaya raya ke sampai anak dara separuh umur dia terpikat? :)

    BalasPadam
  2. Taklah kaya sangat.
    Tapi peneroka Felda.
    Kan banyak harta.
    Banyak tanah.
    Tak lama lagi dpt masuk Bursa Malaysia.
    Mungkin akan lebih kaya.
    Mungkin...

    BalasPadam