Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Februari 2012

Aku dan Red Tape

Red tape is excessive regulation or rigid conformity to formal rules that is considered redundant or bureaucratic and hinders or prevents action or decision-making. It is usually applied to governments, corporations and other large organizations.

Ada 2 warga Sri Lanka.
Bekerja sebagai penjahit pakaian.
Dah 3 tahun bekerja di Malaysia.
Tahun ini mereka ke klinik aku untuk pemeriksaan kesihatan.
Entah camna mereka gagal Ujian Hepatitis B.
Bila gagal Hepatitis B,
bermakna gagal pemeriksaan FOMEMA dan perlu dihantar balik.
Berguling2 mereka menangis.
Mereka tak berkelulusan.
Berbahasa Inggeris pun sepatah dua sahaja.
Selepas 2 minggu baru dia datang jumpa aku.
Mereka minta tolong sangat2 supaya diluluskan.
Mereka tak mahu balik kampung.
Mereka tak boleh balik kampung.
Banyak lagi hutang perlu dilangsaikan.
Mereka juga bawa report test daripada makmal lain.
HBs Ag kali ini NEGATIF.
Ujian kedua aku buat di makmal lain juga NEGATIF.
Melalui beberapa email dan panggilan telefon,
juga setelah beberapa minggu menunggu,
baru aku tahu betapa susahnya prosedur rayuan FOMEMA.
Makmal tidak akan melakukan ujian semula tanpa kelulusan FOMEMA.
Makmal tidak akan melakukan ujian ke atas sampel kedua
walaupun telah dibayar.
Makmal akan buang sampel kedua atau kata sampel tak tahu letak kat mana.
FOMEMA hanya mengiktiraf makmal panel mereka sahaja.
Hari ini entah camna FOMEMA call aku.
Aku takkan call mereka.
Aku tak sanggup menunggu line disambungkan.
Kes aku akan dibawa ke panel rayuan.
Aku tak payah pening2 nak ambik darah lagi.
Pihak FOMEMA akan berhubung terus dengan majikan selepas ini.
Aku harap mereka diluluskan.
Ini bukan kes pertama.
Klinik kawan aku juga abang ipar aku pun menghadapi masalah yang sama.
Aku memang nak pertikai ujian dimakmal tersebut.
Sebelum ni masalah blood in urine.
RBC trace pun nak kena repeat test.
Urine Sugar trace pun nak suruh buat HbA1C.

Terkini.
26 Mac 2012.
Dapat surat maklumbalas daripada FOMEMA.
Kedua2 warga Sri Lanka lulus dalam rayuan mereka.
Alhamdulilah.
Tak rugi bersusah-payah.



1 ulasan:

  1. alhamdulillah anda telah menolong orang susah. Allah akan menolong anda dengan lebih baik lagi.

    BalasPadam