Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Februari 2012

Aku dan Skim 1Care


Banyak yang aku dengar pasal penstrukturan semula
sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Khabar2 angin memanaskan telinga aku.
  • You cannot pick your own doctor. The government will choose a doctor for you. If you choose your own doctor, you have to pay.
  • You cannot consult your assigned doctor more than six times a year.
  • You can only see the doctor for only one problem at a time.
  • You get only cheap generic medicine.
Perkhidmatan kesihatan akan diswastakan.
Tiada lagi yang percuma selepas ini.
Ada kroni yang akan dapat kontrak mengurus dan mentadbir.
Syarikat2 insurans kroni dan syarikat2 farmaseutikal  kroni
juga hospital2 swasta milik kroni yang paling untung.
Doktor2 terutamanya GP macam aku paling rugi.
Aku dah tak boleh jual ubat dipremis.
Aku hanya boleh merawat pesakit.
Lepas tu suruh beli ubat di farmasi.
Aku juga tak boleh suka2 rujuk pesakit ke klinik pakar.
Boleh kena denda dan penalti.
Skim insurans kesihatan pula.
Semua orang bergaji wajib mencarum.
Macam caruman EPF dan Socso.
10% daripada gaji bulanan.
Ada syarikat kroni yang akan mengurus dana ini.
Dana diguna untuk kemasukan pesakit ke hospital2 swasta milik kroni juga.
Seperti dana PTPTN.
Yang untung universiti2 swasta milik kroni.
Yang rugi rakyat yang kurang kemampuan.
Kena bayar balik hutang PTPTN bila habis belajar.
Tengok lulusan jururawat2 kolej swasta sekarang.
52% gagal mendapat kerja.
Lambakan graduan jururawat akibat pengambilan pelajar berlebihan.
Siapa yang rugi?
Ada sekolah/universiti/kolej swasta yang rugi?
Makin tambah pelajar adalah.
Sistem penjagaan kesihatan kita dah molek sangat dah.
Cuma agihan tenaga kerja yang tak seimbang.
Klinik Desa, Klinik Kesihatan, Hospital Daerah, Hospital Besar,
semuanya dah sangat2 bagus.
Tapi masa menunggu giliran dan menunggu temujanji sangat lama.
Kenapa?
Doktor2 dibebankan dengan tugas2 pejabat.
Mesyuarat tak habis2.
Kursus tak habis2.
Seminar tak habis2.
Jadi mana ada masa nak tengok pesakit?
Mana ada masa nak operate pesakit?
Itu yang patut diperbaiki.
Bukannya suruh semua orang beli insurans.
Takda sapa yang akan berdemonstrasi dijalanan.
Jika yuran pendaftaran RM1 dinaikkan ke RM5.
Rokok pun dah RM10 sekotak.
Tapi aku akan berdemonstrasi dijalanan.
Jika gaji aku kena potong 10% untuk Dana Kesihatan.
Dan orang2 'miskin' tak perlu bayar apa2.


Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit

February 01, 2012
KUALA LUMPUR, 1 Feb - Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa  pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan. 
Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.

Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusnya mendapat sokongan orang ramai.
Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.

Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.

The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.

Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac. Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awam dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dan pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.

Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .

"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.

Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.

"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.

"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.
Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.

"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu. Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.

"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.

"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.
"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.

Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.
The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan.


sumber: Malaysian Insider

3 ulasan:

  1. Dr Zoul..saya pun Gp jugak dekat rural area..I found this annoying and fishy..what is happening to our Malaysia..I always follow your article and I agree all of them..hope MMA will fight for this..

    BalasPadam
  2. Slm Dr Zoul..saya pun Gp dekat rural area ..Saya setuju dengan Dr ..benda ni tak perlu..menyusahkan rakyat ..kos perubatan akan naik..apa nak jadi negara kita..Nampak macam sistem Amerika je..

    BalasPadam
  3. sila ajak saya berdemnostrasi jugak !!

    BalasPadam