Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Februari 2012

Aku dan Steven Spielberg


Sebelum balik,
aku sempat singgah berjumpa Steven Spielberg.
Di pertunjukan Light, Camera, Action.
Aku merasai dan melihat sendiri
Hurricane Level 5 yang melanda bandar New York.


Segala-galanya berlaku di depan mata.
Keadaan yang tenang tiba-tiba menjadi huru-hara.
Air mula bergelora,
cermin pecah berderai,
peralatan semua jatuh.


Aku dapat rasa tiupan angin,
juga bahang bila paip gas terbakar,
dan sebuah kapal tiba2 tersesat dan masuk ke dalam stage.
Panel lantai yang dipijak terturun ke bawah.
Itulah kejutan yang disebut di awal tadi.


Bila pengarah kata Cut!
Semuanya kembali seperti biasa.
Hebat sungguh.
Ini semua kejadian benar2 berlaku di depan mata.
Bukannya ciptaan CGI di depan komputer.

Pukul 5.00 petang aku terpaksa keluar.
Masih rasa tak puas lagi berhibur.
Masih banyak tempat tak sempat diteroka.
Aku tak nak jadi dewasa,
aku nak jadi budak2 selama2nya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan