Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Februari 2012

Aku dan Transformers: The Ride


Ramai yang dah berpesan,
Kalau ke Universal Studio Singapore wajib ke tempat ini.
Jadi masuk ke dalam aje,
aku terus beratur nak tengok Transformers.
Aku diberitahu masa menunggunya 60 minit.
Tapi alang-alang dah sampai...


60 minit yang singkat ikut jam mindaku.
Laluannya nampak pendek kerana berliku2.
Di kiri kanan laluan,
ada banyak benda boleh ditengok.
Ada banyak suis boleh digodeh2.
Jadi laluannya tak membosankan.


Selepas 60 minit beratur,
giliranku pun sampai.
Dan pengalaman 6 minit yang tak boleh dilupakan.
Boleh jerit2 sesuka hati.
Accelerate, Stop, Turn, Spin, Climb and Drop.
Aku kena kejar dengan Decepticon
tetapi cuba diselamatkan oleh Autobot.
Perasaan takut, gerun, suka dan gembira semuanya ada.
Padahal semuanya imej depan skrin putih aje.


Memang betul.
Keseronokan 6 minit yang sama dengan 6 jam di Universal Studio.
Lain kali kena beli Universal Pass.
Boleh potong barisan sesuka hati.
Tak payah beratur panjang2.

Aku ada idea baru.
Nak renovate bilik anak jadi seperti sarang Transformers.
Tak susah.
Letak aje pelbagai suis, paip dan panel komputer kat dinding.
Lepas tu cat warna kelabu.
Siap dah...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan