Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Februari 2012

Aku di WaterWorld Show

Pertunjukan WaterWorld.
Hanya 3 kali sehari.
Pukul 11.30 pagi, 3 petang dan 5.30 petang.
Aku sempat tengok yang pukul 3 punya.
Pukul 2.50 petang orang dah mula ramai.
Tapi jangan takut.
Ada lebih 3 ribu ruang tempat duduk untuk dipilih.



Nasib baik aku dapat masuk awal.
Dapat pilih tempat duduk warna perang.
Siapa yang datang lambat dan tak perasan,
kena duduk kat kerusi warna hijau/biru.
Ada amaran ditulis di atasnya.
Siapa yang duduk kat area itu,
ada risiko basah kena air.
Sama ada sengaja atau tidak sengaja. 


Sementara penonton memenuhkan ruang tempat duduk,
ada sessi warm up dengan penonton.
Sessi simbah2 air dan sorak-menyorak.
Group mana yang lebih sporting.
Mangsanya siapa2 yang duduk di kerusi birulah.
Sebaldi air pun boleh dituang atas kepala.


Selepas itu persembahan pun bermula.
Banyak aksi2 stunt dan letupan pyrotechnic.
juga aksi terbang2, lompat2 dan jatuh dalam air.
Aksi2 gaduh, tumbuk2, tembak2 pun ada.
Akhiran cerita agak mengejutkan.
Sebuah kapalterbang mendarat di atas air.



Tetapi bila habis show,
semuanya balik asal seperti sedia kala.
Kagum sungguh aku...







2 ulasan:

  1. Mama2Q,

    Saya ambik pakej.
    Ikut rombongan cikgu2 sekolah.
    RM 190/seorang.
    Perjalanan pergi dan balik,
    sarapan dan makan tengahari ready-packed,
    tiket masuk USS.
    Juga singgah di Masjid Sultan.

    Dah masuk ke dalam,
    semua pertunjukan kira percuma.
    Cuma kena beratur dan sabar tunggu giliran.

    BalasPadam