Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Februari 2012

Aku ke Universal Studio Singapore

Ingat entri ini?
Itu cerita setahun yang lalu.
Hujung minggu ini.
Warga Johor/Malaysia bercuti panjang.
Aku pun ikut sama.
Jadi aku sampai ke sini lagi.


Tapi aku tak jangka,
Universal Studio Singapore penuh sesak.
Walaupun Isnin hari bekerja di sana,
Orang2 Johor/Malaysia ramai bercuti di sana.
Haram &@$%* betul!


Satu jam yang pertama,
aku beratur nak tengok Transformers.
Lepas tu kena jalan2 dan beratur.
Kena beratur dan jalan2 lagi.
Sampai keras urat2 kaki aku.
Tapi nasib baik anak2 tak mengeluh.


Semuanya serba mahal di sini.
Nisbah 1: 2.4 kena ingat selalu.
Itu nilai duit RM di sana.
Makanan luar tak boleh bawak masuk.
Tapi kalau bawak masuk takda siapa halang.
Cuma mereka bising2 bila kita bukak makanan kat meja mereka.


Secara keseluruhannya,
anak-anak sangat berpuashati dengan pengalaman di sini.
Walaupun cuaca panas,
dan asyik kena berjalan dan beratur,
anak-anak tak banyak ragamnya.
Mereka sedang berkira2 nak datang lagi.
Tak puas sebab kena balik awal.


Menonton Shrek 4-D Adventure memang mengejutkan.
Bila Donkey terbersin, airnya kena kat muka kita.
Bila labah-labah merayap, rasanya sampai ke kaki kita.
Bila naik kuda, rasa goncangannya.
Bila naga ajak terbang, rasa tiupan angin ditelinga.


Menonton pertunjukan di WaterWorld pun sama.
Letup sana, berasap sini,
lompat sana, terbang sini,
dan sessi warm-up dengan penonton mengejutkan.
Ramai yang basah kena tembak dengan air.
Nanti aku cerita selanjutnya.


Selebihnya aku berjalan-jalan ke sana-sini.
Banyak kali terserempak dengan watak2 dalam wayang.
Bumble Bee, Alex the Lion, Charlie Caplin, Cleopatra,...
Tetapi tak larat nak beratur untuk bergambar dengan mereka.
Juga window shopping kat kedai2 cenderahati.
Semuanya cantik-cantik belaka.
Cuma harganya banyak yang tak tercapai dek poketku.


Dua kali aku terserempak dengan street performers ini.
Group Rockefella namanya.
Menari macam tak ingat dunia.
Rutin yang dibuat memang hebat.
Tetapi wakil penonton yang diajak menari pun sama hebat.
Macam dan berlatih bersama2 pulak.


Akhir sekali,
nak sembahyang di negara kafir susah.
Nak ambik air sembahyang pun susah.
Surau disediakan kecik sangat.
Kena beratur jugak bila nak sembahyang.
Tapi Islam itu mudah kan?
Jadi ramai yang sembahyang di luar surau.
Pandai2lah nak adjust.

Kesimpulannya,
Aku kena datang lagi.
Ada separuh lagi tempat aku belum dapat masuk.
Revenge of the Mummy,
Madagascar: A Crate Adventure,
Jurassic Park Rapid Adventure
dan yang masih takut2 berani,
Battlestar Galactica: CYCLON.












1 ulasan:

  1. as salam, boleh saya tahu suraunya di kawasan mana dekat uss tu ? anzcis@yahoo.com

    BalasPadam