Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Flashback.
15 tahun dulu.
Aku bekerja di Unit Urologi HSAJB.
Aku menerima satu kes daripada Kota Tinggi.
Seorang lelaki Melayu awal 20-an.
Akan berkahwin 2 minggu lagi.
Dirujuk daripada Hospital Kota Tinggi kerana sesak nafas.
X-ray menunjukkan tompok2 putih.
Secondary metastasis.
Puncanya?
Testicular Cancer.
Kanser Buah.

Satu penyakit yang sangat jarang aku jumpa.
Itulah yang pertama dan harap2 yang terakhir.
Dipendekkan cerita,
pesakit meninggal dunia sebelum sempat dirujuk ke Kuala Lumpur.

Minggu lepas.
Seorang budak lelaki berusia 16 tahun.
Datang ke klinik kerana sakit dan bengkak buahnya.
Tengok aje aku terus teringat kes 15 tahun dulu.
Tetapi aku tak berani nak declare.
Aku berani cakap itu bukan Testicular Torsion.
Jadi aku try ubat2 yang lain dulu.

Biasalah orang kita.
Janji 2-3 hari suruh datang balik,
tapi selepas seminggu baru datang.
Pergi berubat kampung dulu.
Datang klinik pun bukan apa.
Seminggu dah tak ke sekolah.
MC bomoh tak laku.

Dia kata dah tak sakit.
Tapi bengk…

Aku dan Kisah Pak Abu

Pak Abu* berusia awal 70-an.
Beliau tiada sebarang penyakit kronik.
Beliau jarang demam.
Tapi kali ini demamnya berpanjangan.
Hampir 2 minggu dah.
Dah 2 kali dia ke klinik swasta.
Doktor kata demam biasa sahaja.
Beli ubat demam dan antibiotik.
Namun dia masih demam.
Badannya semua terasa sakit dan lemah.
Satu pagi yang dingin.
Dia bersiap untuk ke klinik kerajaan pulak.
" Nak kena datang cepat. "
" Lagi cepat sampai, lagi cepat jumpa doktor. "
Nasibnya agak baik hari itu sebab tak perlu tunggu lama.
Bila dia kata demam dah 2 minggu tak baik2,
doktor suruh buat ujian darah.
Selang beberapa lama, ujian darahnya siap.
Semuanya kelihatan normal.
" Bukan demam denggi, " itu reaksi doktor.
Seperti biasa ubat demam diberinya.
Dah berbakul2 ubat macam itu dia dapat.
Dia mula putus asa dengan ubat2 moden.
Lalu dia berjumpa 'orang alim' di hujung kampung.
" Ini bukan demam biasa ni. "
" Ini tertegur. " kata orang alim tersebut.
Mungkin…

Aku dan Buat Medik

Ada beberapa orang bertanya,
" Kenapa tak boleh buat Medik ek? "
Dan,
" Kalau tak buat Medik nak buat apa ek? "
Ini jawapanku.


Ramai yang masih beranggapan,
best student mesti kena jadi doktor.
Best student kena buat Medik.
Hanya best student sahaja yang boleh buat Medik.
Tapi itu dulu.
10-20 tahun dulu.
Sekarang,
siapa sahaja boleh buat Medik.
Best student ke,
Mangkuk student ke,
aliran Sastera sekalipun boleh buat Medik.
Sediakan duitnya sahaja.
Buat Medik dah jadi satu perniagaan.
Kat Malaysia setakat ini,
ada 36 tempat boleh dipilih untuk buat Medik.
Bukan setakat UM, UKM dan USM.
Banyak kolej 'international' untuk dipilih.
Tinggal sediakan duitnya sahaja.
Boleh buat pinjaman kalau tak cukup modal.
Lepas tu bayar ansuran tiap bulan sampai pencen.
Budaya berhutang bermula di awal kehidupan.
Itu hakikatnya.

Ramai yang masih beranggapan.
Doktor senang dan mewah kehidupannya.
Cuba tengok drama2 kat tv.
Doktor masih digambarkan seorang yang berwibawa.
Muda…

Aku dan Wordless Wednesday

Tak habis-habis...

Aku dan Tudung Fareeda

Ini hal orang perempuan.
Aku tak minat nak masuk campur.
Tapi dah lama aku perhatikan.
Wife tengah gila kemaruk dengan Tudung Fareeda.
Tengahmalam pun sempat lagi check FB.
Nak tahu ada stok baru ke tidak.


Semalam.
Ada kedai baru buka.
Wakil pengedar rasmi Fareeda di JB.
Tempatnya di Taman Mutiara Rini.
25 minit perjalanan daripada rumah.
Pukul 10 pagi wife dah ajak ke sana.
Takut stok habis katanya.


Kedainya kecik aje.
Simple yet elegan.
Memang sesuai untuk orang perempuan.
Duduk2 sambil belek2.
Diri2 depan cermin sambil test pakai.
Kemudian pilih2 mana yang berkenan.


Tudung jenama ini kira eksklusif.
Susah nak dapat kata wife.
Kalau ada stok baru masuk FB,
kejap aje dah ada yang booking.
Harganya pun boleh tahan.
Ratus2 untuk sehelai.
Tapi kerani ofis dia ramai yang pakai.
Jadi ratus2 pun kira tak mahallah.


Cuba search Fareeda dalam FB.
Ramai betul yang berniaga tudung ini.
Tapi tak semua berniaga betul2.
Yang betul2 berniaga,
24 jam online.
Setiap pertanyaan dijawab segera.
Kalau…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu.
Wife kena kursus satu hari.
Hari Sabtu patut hari rehat.
Tapi wajib hadir kursus pulak.
Jadi aku kena urus anak2.
Apa nak buat ya?

Hujung minggu.
Dalam IOI Mall Kulaijaya.
Dah ada panggung wayang.
Lotus Five Star Cinema.
Apa kata kita try?

Hujung minggu.
Tengok cerita kartun.
The Lorax.
Bagus juga jalan ceritanya.
Ada mesej alam sekitar.
Cerita tentang pokok.
Cerita tentang ketamakan manusia.
Cerita tentang haiwan bermisai tebal.

Lotus Five Star.
Bersih. Selesa. Sejuk.
Sesuai untuk bersantai.
Tapi IOI Mall Kulaijaya.
Parking dah mahal.
RM 2 sekali masuk.
Patutlah bersepah kereta kat luar.
Sayang RM2 punya pasal.

Salam hujung minggu kawan2!



Aku dan Risalah Kesihatan

Aku bukan nak cerita pasal Miracle Medicine.
Aku bukan nak cerita pasal produk ajaib.
Kalau cerita pun takkan habis punya.
Ada aje produk baru dan temberang baru setiap hari.

Produk ajaib.
Satu untuk segala jenis penyakit.
Ada berbentuk sabun.
Ada berbentuk spray.
Ada berbentuk tuala wanita.
Dan yang ini berbentuk minyak angin.
Dikatakan produk ajaib.
Kerana boleh mengubati segala jenis penyakit.

Aku nak cerita pasal cara pengiklanan mereka.
Tabur risalah kat mana2.
Tak payah mintak kebenaran siapa2.
Tulis testimoni melampau yang tak masuk dek akal.
Gout boleh baik dengan sapu ubat.
Sakit gastrik boleh baik dengan sapu ubat.
Sakit kronik juga.
Ini belum cerita pasal kanser, stroke dsbnya.

Malangnya ramai yang terpedaya.
Terutama orang2 yang kurang berpelajaran.
Demi untung dan wang ringgit,
sanggup menjaja cerita2 bohong.
Bila dah percaya,
ubat2 moden tak berani dimakannya.
Kononnya ubat2 moden menjadi racun.
Lebih memudaratkan.
Lebih memendekkan usia.
Bila sakit dah semakin teruk,

Aku dan SPM 2011

Hebat.
Inilah keputusan peperiksaan SPM anak sedaraku.
Terbaik yang pernah aku lihat.
Menakjubkan.
Keputusan peperiksaan aku dulu hanya suku daripada ini.
Semoga beliau terus cemerlang.
Aku harap bakat dan kesungguhannya tidak disia2kan.
Aku harap dia tak masuk Medik.
Banyak lagi bidang lain yang lebih mencabar.
Medik dah tak eksklusif sekarang.
Semua orang dah boleh jadi doktor.
Sediakan duitnya sahaja.
Pandai ke tidak,
minat ke tidak,
itu lain cerita.

Adikku yang bungsu pun ambik SPM jugak.
Namun dia hanya dapat 2A sahaja.
Tapi kejayaan dalam hidup bukan ditentukan oleh SPM semata.
Itu hakikatnya.
Dia boleh juga berjaya jika dia tak berhenti berusaha.

Anakku ada yang ambik UPSR tahun ini.
Anakku ada yang ambik PMR tahun ini.
Semoga ianya menjadi contoh dan tauladan.
Untuk sama2 mengejar kecemerlangan.

Aku , AirAsia dan MASwings

Ini entri terakhir sempena percutian di Sabah.
Kali kedua naik AirAsia.
2 jam setengah perjalanan terasa sangat jauh.
Mata langsung tak boleh tidur.
Hanya iPhone menjadi teman.
Habis semua game aku try.


AirAsia memang terbaik.
Segala2nya lancar, bersistematik dan mudah.
Check in online paling mudah.
Masukkan no booking sahaja.
Semua dah tinggal klik aje.
Tapi MAS punya complicated.
Line asyik diconnected sahaja.
Lepas tu kena masukkan no e-ticket,
no flight, tarikh flight dan paling pelik,
nama bapak lebih penting drp nama sendiri.
Lepas masukkan semua particulars,
barulah dapat check in.
Kesudahannya,
check ini kat kaunter lagi mudah.


Penerbangan balik daripada KK ke Senai.
Suasana kelam kabut di ruang menunggu yang sempit.
Ada 3 flights hampir serentak.
2 ke KL dan satu ke JB.
Tapi dah namanya tambang murah,
apa lagi yang diharap?


Aku tiba di Senai jam 9 malam.
Esoknya anak2 kena sekolah.
Masing2 liat nak bangun pagi.
Tapi masing2 dah sain agrement.
Wajib ke sekolah.
Dan aku pun wa…

Aku transit di Kota Kinabalu

Kami meninggalkan Labuan kira2 jam 9.10 pagi.
Sampai KK kira2 setengah jam kemudian.
Dan flight balik ke Senai pukul 6.30 petang.
9 jam menunggu.
Boleh mati kering kalau duduk kat Terminal Dua sahaja.
Maka,
pukul 10.30 pagi kami check in masuk apartment.
Boleh baring2,
boleh tengok tv,
boleh tidur,
boleh sembang2 bawah aircond.
Juga boleh letak barang sebelum pergi window shopping.
Wife aku pernah sampai ke sini.
Jadi senang urusannya.


Promenade Service Apartment.
Lokasi di Jalan Api-Api.
Cukup strategik lokasinya.
Senang nak shopping kata wife.
Senang nak pilih manik, kristal, mutiara dsbnya.




Kota Kinabalu.
Bandarayanya sesak.
Ramai orang.
Jauh beza dengan pemandangan di Labuan.
Yang kaya, yang miskin,
yang ada2 malah yang merempat pun ada.
Aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada.


Kota Kinabalu.
Yang wanita pergi ke Pasar Filipina,
memilih, membelek dan menawar harga.
Dan yang lelaki masuk Centrepoint.
Ada aircond, ada escalator.
Ada banyak gadget untuk dibelek.
Ada banyak …

Aku dah Test Drive Toyota Estima

Semasa di Labuan,
hanya aku yang berani test drive Estima baru adikku.
Wife, abang dan adik ipar semuanya takut nak bawak.
Maklumlah kereta baru.
Jadi puaslah aku memandu ke sana sini.


Ini Estima Aeras keluaran tahun 2007.
Harganya 30 ribu lebih murah banding di Semenanjung.
Dah lama aku mengidam Estima yang ini.
Lampu depan dan belakangnya sangat cantik.


Selepas 3 hari bawak ronda2 satu pulau,
aku dah buat keputusan.
Aku masih sayangkan Estima yang aku pakai sekarang.
Walaupun banyak ciri2 futuristik,
seperti tak guna kunci untuk start enjin,
auto door kanan dan kiri,
ada reverse sensor dan camera,
ciri2 pemanduannya tetap macam Estima aku jugak.
Wife dan anak2 pun sama.
" Estima yang lama lagi best. "


Aku tak sempat nak speeding lebih 100km/jam,
sebab di sini takda highway.
Kalau nak speeding jugak,
ke lautlah perginya.


Lepas ni nak try test Alphard/Vellfire pulak.
Manalah tahu berkenan.


Aku dan Pulau Labuan

3 hari di Labuan.
Banyak juga yang aku pelajari.
Pulaunya kecil sahaja rupanya.
Satu jam pusing2 dan ronda2,
dah hampir satu pulau aku jelajah.


Yang sangat menarik di sini ialah makanan lautnya.
Bagi yang dah biasa ke pasar,
memang terkejut dengan harga ikan, udang dan sotongnya.
Semuanya masih segar2.
3 hari aku di Labuan,
lebih 3 kali aku kena ke pasar.


Juga yang murah di sini,
ikan bilis, udang kering juga ikan masin.
Nasib tak baik JB tu kena naik turun 2 kapalterbang.
Kalau tidak berkilo2 aku borong.


Tetapi satu yang mahal di sini.
Ayam mungkin tidak diternak di Labuan.
Jadi harganya berlipat kali ganda.
Siapa yang kuat makan ayam kena tukar selera di sini.


Pulau Labuan adalah pulau bebas cukai.
Makan di McD takda cukai.
Rokok, coklat juga perfume takda cukai.
Rugi aku sebab ketiga2 benda tu bukan minat aku.


Barang-barang perhiasan wanita juga murah di sini.
Kalau pandai menawar harga,
boleh 10 kaliganda lebih murah banding di Semenanjung.
Aku bab2 ni memang tak minat.
Nak memil…

Aku dan Majlis Resepsi Shaiful&Feeda

Aku dan Majlis Pernikahan Shaiful& Feeda

Pak Imam di sini cukup teliti.
Dokumen dan borang dibelek berulang kali.
Begitu juga dengan pengantin lelaki.
Kena uji sebelum nak jadi suami.


Rukun nikah turut ditanya.
Surah Al-Fatihah disuruh baca.
Niat mandi memang tak lupa.
Pengantin lelaki menjawab tanpa cacat cela.


Cinta itu sememangnya buta.
Walau berlainan bangsa dan umur jauh berbeza.
Anak empat dah tak jadi cerita.
Kerana cinta diturutkan sahaja.


Aku hanya mampu berdoa.
Cinta mereka kekal selamanya.
Juga famili tidak dilupa.
Balik kampung jangan tunggu hari raya.



Aku dan Rombongan Mak Siti

Cuti sekolah kali ini.
Aku menyertai rombongan Mak Siti.
11 dewasa dan 2 kanak-kanak semua sekali.
Pulau Labuan menjadi destinasi.


Tambang dan lodging semuanya free.
Cuma makan keluar duit sendiri.
Ke Pasar Besar Labuan hari2.
Nasib baik gout tak singgah di kaki.


Estima Aeras 2007 adikku sediakan.
Untuk aku jalan2.
Satu pulau beberapa kali aku tawafkan.
Tak puas memandu lebih baik berjalan.


Perkahwinan adikku gah sekali.
Mencipta sejarah yang tak mungkin berulang lagi.
Duit dia itu hak dia.
Kami sekeluarga ikutkan sahaja.