Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mac 2012

Aku , AirAsia dan MASwings


Ini entri terakhir sempena percutian di Sabah.
Kali kedua naik AirAsia.
2 jam setengah perjalanan terasa sangat jauh.
Mata langsung tak boleh tidur.
Hanya iPhone menjadi teman.
Habis semua game aku try.


AirAsia memang terbaik.
Segala2nya lancar, bersistematik dan mudah.
Check in online paling mudah.
Masukkan no booking sahaja.
Semua dah tinggal klik aje.
Tapi MAS punya complicated.
Line asyik diconnected sahaja.
Lepas tu kena masukkan no e-ticket,
no flight, tarikh flight dan paling pelik,
nama bapak lebih penting drp nama sendiri.
Lepas masukkan semua particulars,
barulah dapat check in.
Kesudahannya,
check ini kat kaunter lagi mudah.


Penerbangan balik daripada KK ke Senai.
Suasana kelam kabut di ruang menunggu yang sempit.
Ada 3 flights hampir serentak.
2 ke KL dan satu ke JB.
Tapi dah namanya tambang murah,
apa lagi yang diharap?


Aku tiba di Senai jam 9 malam.
Esoknya anak2 kena sekolah.
Masing2 liat nak bangun pagi.
Tapi masing2 dah sain agrement.
Wajib ke sekolah.
Dan aku pun wajib masuk klinik.


Kepada adikku,
Selamat menempuh penghidupan yang baru.
Semoga dapat menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Terima kasih atas segala2nya.
Pengalaman baru.
Cerita2 baru.

1 ulasan: