Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mac 2012

Aku dan Buat Medik

Ada beberapa orang bertanya,
" Kenapa tak boleh buat Medik ek? "
Dan,
" Kalau tak buat Medik nak buat apa ek? "
Ini jawapanku.

Ini gambar hiasan. Kawan sekelas anakku sedang menemubual seorang makcik yang hidup senang dengan berniaga menjual karipap.

Ramai yang masih beranggapan,
best student mesti kena jadi doktor.
Best student kena buat Medik.
Hanya best student sahaja yang boleh buat Medik.
Tapi itu dulu.
10-20 tahun dulu.
Sekarang,
siapa sahaja boleh buat Medik.
Best student ke,
Mangkuk student ke,
aliran Sastera sekalipun boleh buat Medik.
Sediakan duitnya sahaja.
Buat Medik dah jadi satu perniagaan.
Kat Malaysia setakat ini,
ada 36 tempat boleh dipilih untuk buat Medik.
Bukan setakat UM, UKM dan USM.
Banyak kolej 'international' untuk dipilih.
Tinggal sediakan duitnya sahaja.
Boleh buat pinjaman kalau tak cukup modal.
Lepas tu bayar ansuran tiap bulan sampai pencen.
Budaya berhutang bermula di awal kehidupan.
Itu hakikatnya.

Ramai yang masih beranggapan.
Doktor senang dan mewah kehidupannya.
Cuba tengok drama2 kat tv.
Doktor masih digambarkan seorang yang berwibawa.
Mudah hidupnya.
Senang lenang kehidupannya.
Pakai tie siang malam.
Pakai white coat even pergi tandas sekalipun.
Anak orang kaya2.
Pergi buat Medik di oversea.
Balik terus boleh praktis jadi doktor pakar.
Di hospital swasta pulak tu.
Gaji puluh2 ribu sebulan.
Kerja office-hour.
Setiap malam masih boleh date dengan awek. 
Itu dalam drama tv.
Tapi hakikatnya?
Balik luar negara kena kerja wajib dengan gomen dulu.
Sekurang2nya 3 tahun.
Walaupun ada sijil pakar sekalipun.
Masih kena jadi houseman dulu.
Lepas tu baru dapat sijil pendaftaran penuh.
Baru boleh hijrah ke private.

Aku tak kata jangan buat Medik.
Tapi fikir masak2 dulu kenapa nak buat Medik?
Kalau nawaitunya sebab nak kaya-raya,
jangan buat Medik. Jadi politician.
Kalau naiwaitunya sebab nak glamour,
jangan buat Medik. Jadi artist.
Kalau nawaitunya sebab nak menjamin masa depan,
jangan buat Medik. Jadi bussinessman.
Tapi kalau niat nak berbakti kepada masyarakat,
sanggup kerja 24 jam tanpa mandi,
sanggup tidur 4 jam sehari di katil hospital,
sanggup drive kereta malam2 buta untuk tengok pesakit,
sanggup merawat pesakit AIDS,
sanggup merawat penjenayah,
sanggup cuci kudis orang,
sanggup bangun pukul 4 pagi untuk sambut kelahiran songsang,
sanggup kena herdik dan maki dengan doktor2 senior,
aku ucapkan Selamat Datang ke Dunia Perubatan.
Aku terima dengan tangan terbuka.

Doktor bukan satu kerja high class.
Doktor takda office.
Kerani cabuk pun ada meja dan kerusi sendiri.
Doktor takda bilik khas.
Bilik doktor ada di mana2.
Semua orang boleh menggunakannya.
Doktor hanya ada wad yang sesak dengan pesakit yang pelbagai.
Kerja doktor bukan setakat tengok pesakit sahaja.
Doktor kena ambik darah,
doktor kena pasang IV Drip juga CBD,
doktor kena trace result darah,
doktor kena resus pesakit yang nazak,
doktor kena call X-ray department untuk dapatkan appointment,
doktor kena refer case kat lain2 jabatan,
doktor kena call lain2 doktor untuk minta pendapat,
doktor juga kena bentangkan kes,
doktor juga kena temankan pesakit dalam ambulans,
kerja doktor tak pernah habis.
Selagi ada pesakit di wad,
selagi itulah kerja2 doktor akan terus bertambah dan bertambah.
Sebab itu ramai doktor2 baru yang stress.
Ramai yang tak cukup pengalaman.
Ramai yang takut nak cucuk pesakit.
Ramai yang tak pandai nak present case.
Ramai yang tak pandai berkomunikasi dengan pesakit.
Ramai yang masih beranggapan,
doktor satu kerja high class.
Macam CEO dan Director syarikat2 besar.
Kerja pakai tie dan white coat 24 jam.
Kerja ikut waktu pejabat.
Masuk 'office',
semua dah ada depan mata.
Nurse dah ambik darah.
Nurse dah trace semua result darah.
Nurse dah dapatkan appointment.
Nurse dah dapatkan tandatangan kebenaran pembedahan.
Masuk 'office' cuma untuk tengok pesakit sahaja.

Masa depan jurusan Medik semakin pudar.
Degree MBBS dah tak menjamin pekerjaan.
Bilangan lulusan Medik semakin ramai.
Jawatan di dalam kerajaan dah hampir penuh.
Apatahlagi di swasta.

Lulusan Medik.
Wajib buat Houseman selama 2 tahun.
Jadi kuli di hospital2 besar.
Kerja tak tentu masa.
Boleh dipanggil bila2 masa.
Lepas tu kena tunggu lagi dalam kerajaan selama 2 tahun sebelum dapat lesen penuh.
Masa tu kerajaan boleh hantar anda ke mana sahaja.
Sabah dan Sarawak terutamanya.
Selagi anda takda lesen penuh,
anda tak boleh praktis secara sah di dalam Malaysia.
Nak bukak klinik sendiri pun tak boleh.
Anda juga tak boleh praktis di luar negara.
Lesen penuh Malaysia hanya laku di Singapura dan Australia sahaja.
Itupun untuk universiti tertentu sahaja.

Lulusan Medik.
Kena tunggu kuota kerajaan untuk sambung belajar.
Untuk jadi doktor pakar.
Bukan senang nak dapat tempat untuk sambung belajar.
Walaupun ada 36 tempat untuk buat Medik,
hanya 3-4 universiti sahaja menawarkan post graduate studies.
Program Masters di UM, UKM dan USM yang diiktiraf kerajaan.
Di luar negara ada.
Tapi kosnya tak tercapai dek poket2 yang nipis.
Juga nak lulus tak mudah.
Mereka ada panel peperiksaan yang ketat.
Mereka takda kuota untuk yang lulus dan tidak.
Kerajaan tak boleh masuk campur.
Tak macam di Malaysia.
Skema pemarkahan boleh berubah2.
Setiap tahun peratus mesti naik.
Tak boleh turun.

Lulusan Medik di Malaysia.
Persaingan semakin sengit.
Nak jadi GP pun susah.
Pharmacist dah boleh check pesakit.
Pharmacist dah boleh prescribe ubat.
Begitu juga dengan sinseh, bomoh, tabib.
Ubat2an boleh dibeli secara online.
Ubat2an MLM juga berlambak2.
Dah makin banyak ubat2an ajaib sekarang.
Satu ubat untuk segala macam penyakit.
Akan datang.
GP dah tak boleh jual ubat lagi.
GP hanya boleh tengok pesakit sahaja.
Dapat gaji dengan harap consultation fee sahaja.
Juga buat pembedahan2 kecil.

Lulusan Medik di Malaysia.
Akan tiba masanya.
Ada degree MBBS tapi sukar nak dapat kerja.
Nak praktis pun tak boleh sebab tak cukup compulsory service.
Hutang PTPTN wajib dibayar.
Jadi kena buat kerja2 lain.
Jual insurans kesihatan,
jadi salesrep pharmaceutical company.
Takpun jadi agen MLM.
Jual ubat2 ajaib.

Banyak lagi bidang mencabar selain Medik.
Kena tanya diri sendiri,
minatnya di mana?
Aku tak boleh nak lebih spesifik.
Tapi carilah bidang yang orang tak suka.
Bidang yang susah dan perlu kerja keras.
Bukannya lulus dengan harap soalan bocor daripada lecturer.

Padaku,
degree hanyalah satu batu loncatan.
Belajar untuk mendisiplinkan diri dan percaya kepada kebolehan diri.
Jangan terlalu bergantung dengan kerja makan gaji
ataupun kerja2 dengan kerajaan.
Bekerja sendiri, menjadi bos dan kuli pada diri sendiri.
Itu lebih afdal.
Berniaga melalui internet contohnya.
Dengan disiplin yang tinggi,
anda juga boleh berjaya.
Tak perlu harap kerja2 gomen dan makan gaji.

Ini pendapat aku.
Saya sedia menerima pendapat2 anda.


 




 

27 ulasan:

  1. kalau org tanya saya, tak payah la ambik degree in computer science, buang masa je... fundamental dkt Malaysia tak berapa kuat utk course computer science, saya rasa sebab golongan pensyarah computer science pun tak sehebat mana...

    kolej nursing pun dah banyak sgt dan saya percaya hasil lambakan nurse langsung tak menjamin kualiti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas input.
      Computer science - out
      Nursing - out

      Ada lagi?

      Padam
  2. ..nak share kat fb lah..hehe....everything is true enough...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini hanya pendapat peribadi saya.

      Padam
  3. amat setuju. doktor bukanlah satu kerjaya yang mewah dan senang seperti di kaca tv. semua tu dusta!!

    kalau kat india, orang banyak duit je boleh amek medik, smpaikan doktor dah berlambak. anak2 menteri semua yang amek medik. tapi dorang rajin so takpe laa..dan sememangnya dah kaya.

    kita, yang melayu, kalau result gempak baru boleh mohon scholar, tu pon ada je scholar dah turn into convertible loan, kena jugak berhutang sampai pencen....harap2 tak la.

    ibu bapa la terutamanya, yang masih ada mentaliti, result anak aku bagus, lalu mesti amek medik. thats nonsense, tapi nak deviate pemikiran mereka balik agak payah, sebab mereka dah terpengaruh dengan cerita kat tv, dan senario zaman dulu.

    satu lagi, medik bukan cabang yang senang. mmg takkan ada masa utk tgk tv, takde masa dah nak berjoli (setakat ahad je utk cuti cukupkah) lebih2 lagi kalau duduk luar negara. medik jugak perlu rajin, rajin buat research, rajin belajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam apa2 bidang pun,
      yang penting kita kena excellence.
      Kita kena usaha lebih drp orang lain.
      Kita kena lebih ke depan banding orang lain.
      InsyaAllah,
      berjaya...

      Padam
    2. Ikhlas dalam dunia pekerjaan amat penting.redha dgn apa yang Allah dah tunjukkan jalan pkerjaan kita

      Padam
  4. Aku belajar d kolej tempatan yg berstatuskan 'International University College' Nama cukup indah pada pandangan ibu bapa.. namun hakikatnye.. semuanye satu business. Untuk menggemukkan 'pocket' CEO college. atas sebb ape??

    1. hanya 3 kredit dalam SPM layak mengambil bidang yg d tawarkan. Knp 3 je kredit?? Sebb nak lepas kan pinjaman PTPTN.

    College aku menawarkan 'medic’,’ computer sience' , ’nursing’, ‘multimedia’ , ‘pendidikan’ dan banyak lagi… anda mampu ‘mengubah masa depan diri anda!!’

    2. Penghasilan graduan dr college ini tidak semegah CGPA yg ada dalam sijil kerana…

    - anda mampu BELI A utk subject2 yg failed. Hanya duit menjadi ukuran.

    - anda mampu peroleh A jika anda hafal semua JAWAPAN yg d berikan oleh lecturer 1 mggu sebelom exam.

    - anda mampu peroleh A jika anda WAKILKAN student2 yg pandai utk menjawapkan soalan anda..

    Belom lagi pasal meniru.. tp hanya bayar denda.. anda layak utk mengambil semula peperiksaan itu…

    Dan sebagainye.. semua ini hanya DUIT shj…
    Di mana QUALITY nya??
    Pada aku.. student di Malaysia daH xde QUALITY, tp QUANTITY yg terlebih… Angan- angan DR. Mahathir utk melaksanakan
    wawasan 2020 sudah tentu tidak akan tercapai… selagi DUIT dan DUIT menjadi ukuran… begitu juga dengan politik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada berkenalan dgn seorang budak lulusan kolej drp KL.
      Masa SPM memang cukup2 makan aje.
      Lepas tu ambik diploma.
      Lepas dua tahun sambung degree.
      Kerja sebagai HR untuk rangkaian klinik.
      Kepala langsung tak kreatif.
      Kerja semua nak cut corner.
      Langsung takda inisiatif.
      Buat kerja hanya yg disuruh.
      Itupun asyik tak siap aje...

      Padam
  5. saya setuju 200%!!!
    even di kuantan ni pun ada kolej yg tawarkan kursus medik. saya tak faham kenapa mudah sgt depa ni offer, mak bapak yg berduit kelabu mata pegi htr anak buat medic. bila dah grad, jadi HO banyak songeh pulak, tak puas hati hantar surat sana, komplen sini..parents masuk campur.. kalau blh nak je panggil mak bapak ikut tagging, baru depa tau mcmana life as a doctor ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah jumpa satu bapa.
      Anak2 dan menantunya ada yg jadi doktor.
      Semua masih kerja kerajaan.
      Jumpa saya asyik bercerita pasal duit sahaja.
      Doktor banyak duit.
      Doktor cepat kaya.
      Malah income saya sebulan pun sibuk dia nak tahu.
      Fed up betul...

      Padam
  6. Pengaruh TV memang kuat nasib baik saya tak jadi McGyver atau detective...... Apa2 pun saya suka tengok House MD sanggup beli DVD. Genius with diagnostic medicine. Anak sedara perempuan saya baru umur 14 tahun nak jadi CSI. Saya bgtahu in reality CSI Malaysia tak sama dengan CSI kat TV.

    BalasPadam
  7. Apa Dr zoul bagitau tu semuanya betul...I ni Dr GP jugak..Baca la blog Dr Pagalavan for the truth...

    BalasPadam
  8. You are correct Dr Zoul..Baca Dr Pagalavan untuk kebenaran..

    BalasPadam
  9. terima kasih sbb sudi taip sebyk ni..n sy sedar buat medic xsemestinya hebat sangat..ad jgak bidang yang lagi menjamin masa depan..nak mintak kbnrn share kt fb la..sangat berguna..tq..

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing... sangat berguna n betul:) ..
    Pada saya hidup mesti kreatif.. fleksibel mengikut keperluan dan masa..(yg penting dr sumber yg HALAL) ..tq2..

    BalasPadam
  11. Buat apa2 bidang pun yg penting mesti kerja keras & pandai hidup. Aku lulusan diploma perakaunan & ijazah teknologi maklumat. Bila org tanya kenapa bidang lain2, aku ckp sebab buat teknologi maklumat pun perlukan auditor. Jadi, it works both ways.

    Setelah bekerja dgn syarikat IT & telco, aku berkecimpung dlm bidang hartanah pulak. Takde salahnya belajar apa pun, yg penting asas (foundation) kena kuat supaya kita boleh mengaplikasikan apa yg dipelajari untuk kehidupan & pekerjaan harian.

    Kalau nak banding apa yg lecturer ajar dgn apa yg kita kerja mmg lain, tapi asasnya sama.

    Kawan2 sekolah dulu pun kata cikgu "tiada harapan". Sekarang sorang dah jadi pelawak tekenal, sorang dah dpt title Datuk dlm bidang fesyen.

    Classmate semasa buat akaun, ada yg jadi askar, classmate semasa buat IT, sekarang jadi pengacara TV3. Yg penting apa yg dipelajari itu dimanafaatkan dlm bidang2 berlainan. Itu semua pun antara top students. Aku yg average pun buat macam2. Terpulang pada empunya diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for sharing.

      Kejayaan akademik hanya sekadar nombor dan gred.
      Kejayaan akademik tidak menjanjikan kejayaan hidup.

      Padam
  12. Salam . Saya tahun ni pelajar form 5 . Saya bercadang nak sambung medic lepas spm nanti . Saya ada tanya kaunselor sekolah saya mengenai jurusan yang saya nak sambung lepas spm nanti . Beliau tak galakkan saya buat medic kerana kata beliau di malaysia terlalu ramai yang buat medic jadi peratusan untuk saya mengalami pengangguran tu tinggi . Beliau juga ada mencadangkan supaya saya sambung study saya dalam jurusan yang berkenaan dengan petroleum memandangkan jurusan yang berkenaa petroleum menawarkan peluang pekerjaan yang lebih banyak . Tapi saya tak minat petroleum . Saya memang dari kecil dah bercita - cita nak jadi peadiatrician . Namun permasalahannya di sini , saya khuatir kalau saya teruskan juga untuk sambung bidang perubatan lepas spm nanti , apakah mungkin saya akan mengalami pengangguran seperti yang kaunselor saya cakapkan ? saya perlu kan pendapat anda . Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah minat nak jadi paediatrician,
      teruskan sahaja cita2 anda.
      Sepatutnya tiada alasan untuk gagal.
      Bila dah minat,
      segala halangan boleh ditempuhi.
      Memang,
      cabaran menjadi doktor semakin besar.
      Risiko pengangguran memang ada.
      Bukan setakat bidang kedoktoran sahaja.
      Kerjaya lain pun sama.

      Nasihat saya,
      ikut gerak hati.

      Padam