Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Mac 2012

Aku dan cerita Score A


Seorang bapa prihatin.
Cadang nak jadikan anaknya lebih pandai.
Nak score banyak A dalam PMR.
Nak jadikan anaknya doktor macam aku.
Sekurang2nya.

Ada kawan ajak dia.
Dengar sessi penerangan tentang Score A.
Janjinya 30 minit aje.
Lalu dia hadir bersama anak kesayangan dia.
Lepas 10 minit,
baru dia tahu.
Score A bukan untuk jadikan anak lebih pandai.
Score A takda cerita pun pasal pelajaran anak2.
Score A takda cerita motivasi untuk anak2.

Baru dia tahu.
Score A adalah perniagaan multilevel.
Score A takda cerita langsung pasal produk.
Score A hanya cerita tentang duit dan prospek cepat kaya.
Score A hanya cerita tentang cari downline.

Janjinya 30 minit.
Tapi pukul 11 malam pun belum selesai lagi.
Ada sessi dengar ceramah.
Ada sessi dengar lagu.
Ada sessi joget2 dan jerit2.

Dia sudah tersilap ikut kawan.
Dia memang tak minat direct selling.
Bisnes kantin sekolahnya dah cukup bagus dah.
Tapi anak bujangnya dah mula berangan2.
Nak ajak kawan2 jadi downline.
Nak jadi kaya cepat.
Tak payah belajar susah2.
Tak jadi doktor pun takpa.




4 ulasan:

  1. inilah yang terjadi bila pendidikan dikomersialkan, jadi MLM pulak tu.. menyimpang sungguh..

    berusaha untuk dapat A mmg bagus, tapi kenalah pada jalan yang betul, mendidik biar ikhlas, bukan nak cari untung.. jauh beza pendidikan zaman dulu berbanding sekarang.. kadang2 kecewa dan hampa bila tengok pendidik anak bangsa terlalu mengejar keduniaan dan materialistik..

    BalasPadam
  2. hahaha..saya pun ad dengar pasal Score A ni..tak berminat langsung..bila Dr ckp cm ni lagy2 la sy xminat..buang duit je..baik g hantar anak ke pusat tuition macam biasa kn2...dunia..dunia...

    BalasPadam
  3. Kebanyakannya memang begitu..
    Walaupun depa sibuk tayang pasal kepatuhan syariah, tapi tak ramai yang betul-betul faham pasal kepatuhan syariah itu.
    ia memang dah disemak, tapi mudah jatuh kepada haram, terutama bila buat penipuan dan manipulasi/head hunting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nurfauzi,

      saya dah baca artikel2 awak pasal MLM.
      saya sokong 100%.
      saya anti-MLM.

      salam ziarah.

      Padam