Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Flashback.
15 tahun dulu.
Aku bekerja di Unit Urologi HSAJB.
Aku menerima satu kes daripada Kota Tinggi.
Seorang lelaki Melayu awal 20-an.
Akan berkahwin 2 minggu lagi.
Dirujuk daripada Hospital Kota Tinggi kerana sesak nafas.
X-ray menunjukkan tompok2 putih.
Secondary metastasis.
Puncanya?
Testicular Cancer.
Kanser Buah.

Satu penyakit yang sangat jarang aku jumpa.
Itulah yang pertama dan harap2 yang terakhir.
Dipendekkan cerita,
pesakit meninggal dunia sebelum sempat dirujuk ke Kuala Lumpur.

Minggu lepas.
Seorang budak lelaki berusia 16 tahun.
Datang ke klinik kerana sakit dan bengkak buahnya.
Tengok aje aku terus teringat kes 15 tahun dulu.
Tetapi aku tak berani nak declare.
Aku berani cakap itu bukan Testicular Torsion.
Jadi aku try ubat2 yang lain dulu.

Biasalah orang kita.
Janji 2-3 hari suruh datang balik,
tapi selepas seminggu baru datang.
Pergi berubat kampung dulu.
Datang klinik pun bukan apa.
Seminggu dah tak ke sekolah.
MC bomoh tak laku.

Dia kata dah tak sakit.
Tapi bengkaknya masih ada.
Kali ini aku cakap direct.
Ada ketumbuhan.
Perlu rawatan lanjut.
Nak tunggu appointment USG kat hospital mesti lambat.
Jadi aku sarankan dia ke hospital pakar swasta.
Hanya untuk USG sahaja.
Lebihnya nanti aku uruskan.
 

Seperti dijangka,
pengalaman 15 tahun dulu di Unit Urologi membantuku.
USG Testes mengesahkan diagnosisku.
Setengah jam aku kaunseling bapaknya.
Kanser buah.
Penyakit yang sangat jarang berlaku.
Boleh sembuh sepenuhnya jika dirawat cepat.
Boleh sembuh jika dikeluarkan sepenuhnya.
Rawatan Chemotherapy pun membantu jika dah merebak.
Tapi jika bertindak cepat.
Kalau pergi jumpa bomoh dulu.
Kalau nak cuba Transfer Factor dulu.
Kalau nak bedah secara batin dulu.
Itu aku dah tak jamin dah.
Bapaknya risau buah anaknya tinggal sebelah.
Bapaknya risau anaknya akan hilang kelakiannya.

Kanser buah.
Boleh sembuh jika dirawat awal.
Tetapi orang lelaki.
Susah nak mengaku masalah.
Terutama melibatkan hal2 yang sulit.
Anaknya kata dah 3 bulan bengkak dibuahnya.
Sakit hanya kadang2.
Mungkin dia takut.
Mungkin dia malu.
Hanya beritahu bapanya minggu lepas.
Aku harap belum terlewat.
Aku harap bapaknya tak berubah hati.
Aku harap bapaknya tak mencari bomoh.
Aku harap dia mendapat rawatan sewajarnya di hospital.





5 ulasan:

  1. harap bapak dia dengar cakap awak!!
    tak dengar cakap jiran-jiran .. kekawan surau..

    muda lagi tu..
    rare canser kann??

    BalasPadam
  2. Terkini.
    3 April.
    Pesakit telah berada di wad hospital.
    Esok akan menjalani pembedahan.
    Baru stage pertama.
    Belum lagi merebak.

    Didoakan semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. saya belajar sesuatu di sini. TQ bro

    BalasPadam