Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Mac 2012

Aku dan kawan lama


Kira2 20 tahun yang lalu.
Aku ada seorang kawan.
Dia selalu melepak kat bilik aku.
Dia selalu tumpang tidur kat bilik aku.
Dia selalu pinjam nota2 kuliah aku.
Dia selalu belanja aku croissant kat Delifrance.
Dia selalu belanja aku Eat All You Can kat PizzaHut.

Satu yang aku selalu ingat tentang dia.
Dia pergi kuliah tak pernah catat nota.
Dia pergi kuliah tak pernah bawak buku.
Tapi kalau jalan kemana2 dia mesti bawa buku.
Dan kalau masuk waktu sembahyang,
dia mesti pergi ke surau.

Satu lagi yang aku selalu ingat tentang dia.
Kereta dia yang aku belajar bawak lepas aku dapat lesen.
Kereta dia yang aku tumpang masa Rural Health Survey di Balik Pulau.
Kereta dia yang aku pandu sampai ke Kedah.
Dia yang bawak aku bercuti di Langkawi.
Bersama2 3 orang yang lain: Yusai, Alan dan Ismail.
Aku pusing habis satu pulau.
Nasib baik tak kena tidur kat dalam kereta.
Semua hotel penuh 1 Mei 1994.
Pergi bercuti main redah aje.
Takda booking apa2.

Selepas habis belajar,
aku dah tak berhubung dengan dia.
Sesekali lihat muka dia di Facebook.
Membaca perkembangan terkini tentang dirinya.

Pagi tadi,
dia call aku.
Dan petang tadi,
aku jumpa dia selepas lebih 15 tahun tak berjumpa.
Dia langsung tak berubah.
Cuma suaranya dalam telefon aku susah nak cam.
Tapi bila dah jumpa,
semua kenangan masa belajar dulu datang kembali.
Dia seorang Pakar Bius sekarang.
Bekerja secara kontrak di Singapura.
Jangan tanya berapa gaji dia.
Jangan tanya berapa kos hidup di sana.
Tapi dia gembira di sana.
Aku gembira bila dia gembira.

Tahun depan dia akan bawa familinya ke Johor.
Mungkin terus menetap di sini.
Tambah lagi seorang kawanku.
Kawan sehati sejiwa.







1 ulasan:

  1. Susah nak dapat kawan macam ni. Kawan masa senang, ramai. Kawan masa susah mmg susah nak dapat.

    BalasPadam