Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mac 2012

Aku dan kisah iPhone ku

Flashback.

Kisah Dua bulan yang lalu.
Kisah Sebulan yang lalu.

Dan ini kisah semalam.


Janjinya 2-4 minggu.
Tapi selepas genap 8 minggu,
baru aku dapat balik iPhone aku.
Mereka beri set yang baru.

Aku dah tawar hati dengan servis Celcom.
Setiap minggu nak kena tanya perkembangan.
Kalau tidak mereka tak buat kerja.
Setiap kali bertanya, macam2 alasan diberikan.
Mereka ingat kita ini bodoh agaknya.
Kata barang masih kat Singapore.
Kata barang masih kat KL Head Office.
Kata barang masih dalam proses.
Kata barang dah sampai tapi tak tahu kat mana.
Tengok muka pun tahu.
Mereka sebenarnya tak tahu.
Hanya tahu beri alasan.
Minta nombor di KL tak nak beri.
Minta email pun susah nak beri.

Setiap kali pergi ke sana,
staf-staf di sana memang tak pernah senyum.
Salam tak berjawab.
Senyum tak berbalas.
Terima kasih dan maaf memang tiada langsung dalam kamus.
Dah macam kakitangan kerajaan mentaliti mereka.
"Kita datang bawa komplen."
"Kita datang bawa masalah."
Mereka tak ingat,
kita juga datang bawa rezeki.
Kita juga datang bawa untung kepada mereka.
Kita datang bukannya percuma.
Kita bayar bil mereka yang mahal.
Kita juga yang bayar gaji mereka.
Mereka untung berbillion setiap tahun.
Jadi pelanggan kerdil seperti kita yang bil beratus2 sebulan
tak cukup besar untuk level mereka.
Aku memang dah frust tahap gaban.
Sebulan takda iPhone hidupku tak keruan.
Phone lain tak sama macam iPhone.


Kira2 sebulan yang lalu,
aku dah beli iPhone baru.
Aku upgrade ke 4S terus.
Aku beli direct online.
3 hari dah sampai.
Jadi iPhone 4 tu jadi hadiah kat wife.
Dia yang tolong serang customer service seminggu yang lalu.
Genap seminggu mereka beri maklumbalas.
Mereka takut dengan wife banding dengan aku gamaknya.
Selepas 2 bulan,
itulah kali pertama mereka call aku.
Baru berani beritahu aku,
" Encik, iPhone encik dah sampai."

Inilah mentaliti syarikat2 gergasi di Malaysia.
Mereka adalah raja.
Mereka ada kekebalan.
Mereka sekadar tahu ambik untung.
Mereka anggap pelanggan2 mereka ini bodoh dan pak turut.
Hanya tahu bayar bil sahaja.
Sebarang kesilapan dan kesalahan adalah tanggungjawab pelanggan.
"Customer is always right never existed."

Lepas ni nak serang RHB lagi.
Dah bulan 3,
statement pinjaman rumah aku masih tak sampai jugak.
Berapa kali nak pergi aku pun tak tahulah.
Rasanya selagi fly over kat Pekan Senai tak siap,
selagi itulah mereka tak boleh update alamat aku gamaknya.

Salam Cuti Sekolah kawan2!





4 ulasan:

  1. sy nak bagi tau la sikit yg Celcom mmg suka menipu.saya dh kene dah..serik..xnak guna die lagy...

    BalasPadam
  2. celcom mmg mcm tu haha..baik maxis lg bagozz

    BalasPadam
  3. Mana ade kita dpt internet free pkai celcom sehari kita langgan smpai 2560 gb dh seumur hidup dh 2 tahun free x yah bayar...

    BalasPadam
  4. Mana ada celcom bgus celcom la yg bagi sya line internet free seumur hidup dh 2 tahun free dh tu sya dpt langgan 2560 gb sehari best btol...thx celcom...

    BalasPadam