Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mac 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ada seorang lagi pakcik.
Stokis kepada Mahkota Dewa.
Dia kata bisnesnya sangat bagus.
Setiap minggu ada aje projek di luar daerah.
Macam2 produk Mahkota Dewa dimakannya.
Namun paras gulanyanya tetap diluar kawalan.
Gulanya tak pernah di bawah 15.0 mmol/L.
Muka makin pucat dan berat makin turun.
Mati hidup balik dia tak nak makan ubat moden.
Dia kata dia takda kencing manis.
Dia kena buatan orang yang dengki dengan bisnes dia.

Dia sangat percaya kat kuasa Mahkota Dewa.
Aku dah tak kuasa nak menasihatinya.
Dia siap boleh promote produk kat aku lagi.
Tak lama lagi,
buah pinggangnya akan bermasalah.
Matanya akan mula kabur.
Kudis di kakinya akan makin dalam.
Percayalah.
Tapi dia tak pernah percaya cakapku.
Mahkota Dewa akan mengubat penyakitnya.


Cerita lain.
Seorang pesara.
Berpenyakit pakej.
Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan gout.
Nasib baik majikan masih menanggung kos rawatan.
Kalau tidak setiap bulan kena ke klinik kerajaan.
Dua bulan sekali dia ke klinik aku.
Bukan untuk rawatan.
Tapi nak ambik Guarantee Letter.
Ada follow up dengan doktor Pakar Jantung di Hopital Pakar Swasta.

Dia pernah mengadu ubatnya banyak sangat.
Ada 5-6 jenis untuk dimakan setiap hari.
Sarapan dan dinner dengan pil sahaja.
Tak payah makan nasi.
Jadi dia selalu mengelat.
Ada ubat yang dia tak suka makan.
Pening, letih dan rasa kurang bertenaga.
Dah mengadu kat doktor pakar.
Tapi ubatnya tetap sama sahaja.

Kelmarin dia beri aku koleksi ubat dia.
Original Janumet: ubat untuk kencing manis.
Ada 10 kotak kesemuanya.
Dia nak suruh aku sedekah kat pesakit lain.
Niatnya memang baik.
Malangnya.
Ubat itu semua dah lepas tarikh luputnya.
Dah setahun lebih dia simpan kat rumah rupanya.
Macamana aku nak nasihatkan dia?
Orang lelaki.
Orang lelaki yang lebih berusia.
Egonya lebih besar.
Mana nak ikut cakap aku?
Doktor Pakar Jantung pun dia tak ikut,
apatahlagi doktor cabuk yang hanya ada MBBS sahaja?










4 ulasan:

  1. Mentaliti pt kita...especially org Melayu ni. Degil betul!! Senang sgt percaya dgn benda2 mcm tu...semua nak short cut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elyn,
      saya sangat2 setuju.
      Juga,
      Mentaliti orang kita,
      mudah sangat percaya cakap2 kawan dan jiran.
      Cakap2 doktor langsung tak didengarnya.

      Padam
  2. orang yang ego dan bodoh sombong, memang susah nak di tarbiah bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang dah lama give up dengan orang2 sebegini.

      Padam