Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Mac 2012

Aku dan Kisah MC Lagi

Ada satu syarikat pembekal warga asing.
Pekerja2nya adalah panel di klinik aku.
Kebanyakkannya warga Bangladesh.
Bukan nak jadi rasis.
Tapi ramai yang agak 'pemalas' antara mereka.
Tengok muka pun dah tahu penyakitnya.

Kebelakangan ini,
bergilir2 mereka datang ke klinik.
Macam2 jenis penyakit.
Kalau ikut semua simptom yang diberikan,
boleh habis ubat kat klinik aku.
Sakit daripada hujung rambut sampai hujung kaki.
Takda tempat yang tak sakit.
Masalahnya mereka seolah2 memaksa aku untuk beri MC.
" Please Sir, MC for today."
" No MC 200 ringgit cut."
" Please Sir, only this time Sir."
Hampir semua buat cerita sedih.
Hampir semua membuat aku serba-salah.
Datang klinik mesti dapat MC.
Tak dapat MC elaun kena potong.
Kalau yang setahun sekali datang klinik boleh pertimbanglah.
Tapi kalau setiap awal bulan bawak cerita yang sama apa kes?

Malam tadi ada seorang lagi.
Patut kerja sif pagi tapi tidur sampai petang.
Badan semua sakit.
Demam pagi tadi.
Tapi bila aku check, sihat walafiat jer.
Cerita yang sama juga.
Tapi aku langsung tak beri muka.

Hampir pukul 10 malam,
supervisor dia pulak datang ke klinik.
Bising2 tanya kenapa tak dapat MC?
" Setakat surat camni nak buat apa? "
Dia campaknya timeslip yang dibawa.
Walaupun pakcik tu lebih tua daripada aku,
aku hampir hilang hormat kat dia.
Yang difikir hanya elaun yang dipotong.
Yang difikir hanya duit, duit dan duit.
Yang difikir ialah doktor sombong dan tak prihatin.
Aku malas nak cakap banyak.

Dalam hal pemberian MC,
aku tak pernah rasa bersalah atau tersilap.
Bila aku tak beri itu bermakna aku dah cukup membuat pertimbangan.
Bila aku beri pun itu bermakna aku dah cukup membuat pertimbangan.
Membuat pertimbangan tentang MC ibarat hakim nak jatuh hukum.
Bukan senang nak beri pertimbangan.
Tapi aku berani tanggung segala keputusan aku.
" Kalau saya mati kat kilang nanti macamana? " 
Ada pesakit pernah bertanya soalan itu kat aku.
" Takpa, kalau kau mati kau datang cari aku kat sini."
" Aku tunggu roh kau datang."

Aku tak pernah lokek atau kedekut dalam pemberian MC.
Kalau aku betul2 ikut buku,
dah lama aku kena tutup kedai.
Dah lama aku hilang bisnes.
Hanya 60 % pesakit yang datang ambik MC
memang betul2 sakit.
Selebihnya MC atas alasan2 bukan kesihatan
atau pun alasan2 peribadi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan