Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mac 2012

Aku dan Kisah Pak Abu


Pak Abu* berusia awal 70-an.
Beliau tiada sebarang penyakit kronik.
Beliau jarang demam.
Tapi kali ini demamnya berpanjangan.
Hampir 2 minggu dah.
Dah 2 kali dia ke klinik swasta.
Doktor kata demam biasa sahaja.
Beli ubat demam dan antibiotik.
Namun dia masih demam.
Badannya semua terasa sakit dan lemah.
Satu pagi yang dingin.
Dia bersiap untuk ke klinik kerajaan pulak.
" Nak kena datang cepat. "
" Lagi cepat sampai, lagi cepat jumpa doktor. "
Nasibnya agak baik hari itu sebab tak perlu tunggu lama.
Bila dia kata demam dah 2 minggu tak baik2,
doktor suruh buat ujian darah.
Selang beberapa lama, ujian darahnya siap.
Semuanya kelihatan normal.
" Bukan demam denggi, " itu reaksi doktor.
Seperti biasa ubat demam diberinya.
Dah berbakul2 ubat macam itu dia dapat.
Dia mula putus asa dengan ubat2 moden.
Lalu dia berjumpa 'orang alim' di hujung kampung.
" Ini bukan demam biasa ni. "
" Ini tertegur. " kata orang alim tersebut.
Mungkin betul jugak.
3 minggu sebelum itu dia ada menebas semak dibelakang rumahnya.
Mungkin jin tanah marah dengan dia.
Lalu  diberinya air mineral untuk disapu dimuka juga diminum sebanyak 7 kali.
Ini air jampi daripada 7 telaga dicampur dengan 7 jenis bunga.
Memang mujarab untuk membuang sial.
Sampai di rumah,
ada pula sedara daripada jauh datang.
Entah apa mimpinya mereka datang.
Mereka kata prihatin bila dengar Pak Abu sakit tak baik2.
Mereka ingin membantu mana yang boleh.
Lalu mereka sarankan Pak Abu cuba makan jus yang mereka jual.
Produk MLM diimport daripada luar negara.
Boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.
Mengandungi segala macam khasiat.
Pak Abu pun beli 3 botol.
Tak salah mencuba walaupun harganya sama dengan harga beras 9 kampit.
Dapat diskaun 10% sebab ikut harga sedara-mara.
Selang 5 hari penyakit Pak Abu makin teruk.
Badannya terasa seperti dihiris2.
Air jus dah habis.
Air jampi pun dah habis.
Ubat demam pun dah tinggal sikit.
Ada jirannya mengajak dia ke klinik di luar daerah.
Dulu masa anaknya sakit dia bawak ke klinik tersebut.
Alhamdulilah mujarab ubatnya.
Dengan hati yang berat Pak Abu menurut sahaja.
Kalau dapat ubat demam lagi dia nak suruh jiran dia aje yang makan.
Masuk dalam bilik doktor,
dia tengok muka doktor tu semacam aje.
Dia tengok pakaian doktor.
Hanya t-shirt, jeans dan kasut sukan.
" Ini doktor ke pembantu doktor? "
Selebihnya Pak Abu tak nak cerita.
Tetapi dipendekkan cerita,
sepanjang hampir sebulan dia demam,
inilah kali pertama doktor suruh dia buka baju.
Inilah kali pertama doktor suruh dia baring dikatil.
Inilah kali pertama Pak Abu diberitahu ada ruam kayap dibelakang badannya.
Sekarang dia baru tahu punca demamnya.
Sekarang baru dia tahu macamana nak merawat demamnya.
Tak perlu minum jus.
Tak perlu minum air jampi.
Tak perlu check darah sebenarnya.
Hanya perlu buka baju depan doktor sahaja.
Tapi sehingga sekarang,
Pak Abu masih tak pasti.
Betul ke itu doktor yang merawatnya?


* Bukan nama sebenar.



4 ulasan:

  1. Kisah *En. Dollah (5-6 thn dulu)

    ada DM, on medications. Selalunya gi f/u kat KK. Dtg bercuti yg agak lama ke rumah anak. Komplen gatal2, ada penile discharge dan pedih kat tempat anu.
    Anak bwk gi klinik, jumpa dr locum.
    Suasana santai, patient ada sorang dua je.
    Dr terer, blh scan guna mata je kot..tak touch pt, terus dx jangkitan kulit yg 'biasa je' kat situ, bagi topical cream suh sapu 2x sehari.
    En Dollah follow aje lah..
    Malam tu sakit makin kuat berdenyut2... tahan aje sebab tak nak kejutkan anak.
    Esok pagi dah tak blh tahan, anak bawak gi emergency.
    Kat situ kebetulan tgh havoc, ramai patients... siap ada yg collapse..
    tapi sempat pulak dr kat situ suruh En. Dollah tanggalkan seluar utk diperiksa.
    Akhirnya Dx: Balanitis.
    Proper treatment was given.
    Selamat dan lega hati En. Dollah
    Sekian :)

    *bukan nama sebenar juga

    BalasPadam
  2. pak abu tak perasan ke ada ruam tu??

    sapela doktor yg merawatnya...ehem..

    BalasPadam
  3. awak ehhh??
    doktor tu??!!
    :)

    BalasPadam