Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Mac 2012

Aku dan Klinik Mainan

Seorang kanak-kanak.
Berusia 3 tahun.
Phobia untuk berjumpa dengan doktor.
Phobia bila masuk klinik.
Menangis sekuat hati bila masuk ke bilik rawatan.
Macam kena pukul.
Macam kena dera.
Tapi tak lama.
Sakit demam selsema biasa aje.
Tak kena inject pun.
Bila ibu ajak dia keluar,
dia tak nak.
Dia menangis sekuat hati semula.
Dia guling2.
Ibunya terpaksa tarik dia keluar.
Pesakit selepas itu,
" Patutlah adik tu tak nak keluar..."
Ini sebabnya.
Dia nak dengan apa yang dilihatnya.
Dia nak apa yang ada dalam kabinet aku.


Ramai kanak2 yang suka ke klinik aku.
Kalau anak ada 10 orang,
semua sekali nak masuk bilik aku.
Walaupun yang sakit cuma seorang.
Mereka bukannya nak tengok aku.
Mereka nak tengok koleksi mainan aku.
Ada ibubapa yang komplen.
Anak2 dah tak nak ke klinik lain.
Nak jumpa doktor yang ada banyak mainan.
Nak ke klinik yang ada banyak mainan.
Ramai yang bertanya,
ini koleksi siapa?
Anaknya ke bapaknya?
Anak dah besar.
Dah tak minat mainan.
Dah asyik dengan Facebook, iPod dan iPad.
Jadi mainan dah jadi bapak punya.



4 ulasan:

  1. Salam,

    Congrats! Memang gempak. Saya kat NEw Zealand ni pun tengah borong banyak toys (action figures) walaupun alasan nya nak kasik kat anak ahaha. The best thing kat sini, kita boleh dapat yang second hand dengan harga way cheaper dari pasaran. Kadang kadang diorang jual bulk lots.

    Saya pernah spend dalam NZD 20 (~RM 50) beli second hand dapat berbelas super hero action figures yang mana kalau setiap satu kalau nak beli berharga NZD 20 each.

    Kalau berminat, cuba try masuk website (trademe.co.nz). Lepas tu cari bahagian toys> action figures. Saya ada account website ni, jadik boleh tolong belikan.

    p/s recently ada orang jual marvel action figures (made from steel kot) dalam 20 buah e,g spiderman, x-men etc, start NZD 200. Nilai pasaran rasanya NZD 1000. Tapi tak pasti ada lagi atau orang dah beli.


    email: ismailfitry@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. IsmailFitry,

      Terima kasih atas cadangan.
      Saya dah lama berhenti beli dah.
      Dah makin mahal sekarang.
      Jadi saya balik ke McD semula.
      Sekarang ada koleksi spongebob.
      Satu baru 3 ringgit...

      Apa2hal saya email.
      Terima kasih sekali lagi...

      Padam
  2. Baru je balik dari Toy Museum, Penang. Teringat posting Doc ni pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teringin nak ke sana.
      Tapi entah bila...

      Padam