Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mac 2012

Aku dan Lawak Ke Der?

Hujung minggu.
Anak2 dah mula cuti sekolah.
Mereka perlukan hiburan dan aktiviti.
Mereka memujuk aku untuk beli Adnan Sempit 2 di Astrofirst.
Tapi banyak cerita negatif aku dengar tentang cerita ini.
Macam Hantu Bonceng jugak.
Jadi rasanya macam tak berbaloi beli.
Cari yang 5 ringgit kat Tesco cukuplah.
Tapi aku ada idea lebih menarik.
Beli Astro Box Office: Lawak Ke Der?
Harganya sama.
Tapi boleh tengok sampai jemu selama sebulan.
Bukannya 2 hari sahaja.


Lawak Ke Der?
Persembahan 'komedi berdiri pertama' di Istana Budaya.
Ada Jozan.
Ada Nabil.
Ada Boboi.
Dan ada Harith Iskandar.
Kita seolah2 menonton sambungan Maharaja Lawak.
Juga Maharaja Lawak Mega.
Walaupun mereka semua pengalah ( bukan pemenang ),
lawak2 mereka kekal sepanjang zaman.
Tak jemu diulang berulang2 kali.
Macam tengok lawak2 klasik P. Ramlee gitu.
Dalam ramai2,
Harith Iskandar adalah yang terbaik.
Tiada lawak2 bodoh.
Tiada lawak2 double meaning.
Walaupun dia sorang diri,
cerita lawaknya unik, tulen dan berilmu.
Kisah beza rakyat Singapore dan Malaysia.
Kisah beza CSI Malaysia dan CSI kat tv.
Kisah zaman Old School dan zaman sekarang. 
Dan yang lain2 mengulang/menyambung kembali
watak2 mereka dalam Maharaja Lawak.
Tapi memang tak rugi beli.
Aku rekomen anda semua menontonnya.
Lebih bagus daripada filem2 Melayu di Astrofirst.






2 ulasan:

  1. faridjawani,

    saya pun konfius.
    dlm senarai patut ada.
    nanti saya tanya director,
    Hans Issac.

    BalasPadam