Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mac 2012

Aku dan Majlis Pernikahan Shaiful& Feeda


Pak Imam di sini cukup teliti.
Dokumen dan borang dibelek berulang kali.
Begitu juga dengan pengantin lelaki.
Kena uji sebelum nak jadi suami.


Rukun nikah turut ditanya.
Surah Al-Fatihah disuruh baca.
Niat mandi memang tak lupa.
Pengantin lelaki menjawab tanpa cacat cela.


Cinta itu sememangnya buta.
Walau berlainan bangsa dan umur jauh berbeza.
Anak empat dah tak jadi cerita.
Kerana cinta diturutkan sahaja.


Aku hanya mampu berdoa.
Cinta mereka kekal selamanya.
Juga famili tidak dilupa.
Balik kampung jangan tunggu hari raya.



2 ulasan:

  1. adik bro kawin dgn org labuan ya? yg anak empat tu siapa? isterinya? tak apa lah bro..kalau dah jodohnya..moga kekal hingga ke syurga..amin

    BalasPadam
  2. bagusnya Pak Imam kat sana!!

    BalasPadam