Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Mac 2012

Aku dan Musim Pilihanraya


Dah banyak cerita aku dengar.
Tahun ini akan ada pilihanraya umum.
Bulan Jun jangkaannya.
Sana sini dah mula terasa bahangnya.
Ahli2 politik dah mula tak senang duduk.
Hari2 asyik nak melawat kawasan sahaja.
Hari2 nak jumpa rakyat.
Nak tanya khabar berita.
Hari2 nak masuk tv dan suratkhabar kalau boleh.
Yang jumpa bomoh pun ada.
Mintak tangkal dan jampi serapah.
Nak kekal glamour dan dikenali.
Nak minta kekal dalam jawatan.
Tak nak pencen awal.

Minggu depan.
TPM nak turun Kulai.
Nak berjumpa rakyat di PPD Kulaijaya.
Juga nak rasmi bangunan.
Persiapannya cukup gah.
Anggaran 100 ribu ringgit belanjanya.
Yang untung kroni2 sewa khemah dan caterer.
Ada bisnes.

Akhirnya,
bumper tinggi depan pejabat PPD dah dibuangkan.
Walaupun berpuluh kali komplen.
Walaupun berbelas kali masuk dalam minit mesyuarat.
Selagi TPM tak datang,
takkan ada orang majlis datang membuangnya.

Minggu ini aku perhatikan.
Hari2 orang2 majlis datang bersihkan jalan.
Hari2 orang2 majlis bersihkan kawasan.
Pokok yang merimbun dan dibersihkan.
Jalan2 berlubang ditampalkan.
Sampah-sarap hari2 disapu.

Aku heran juga.
Kenapa kena tunggu TPM nak datang baru nak dibersihkan?
TPM ke yang bayar segala macam cukai di daerah ini?
Kalau TPM tak datang,
apa kerja orang2 majlis tu agaknya?
Duduk dalam ofis?
Duduk bawah pokok?

Minggu depan aku nak jumpa TPM.
Nak minta restu.
Nak minta sokongan.
Nak jadi calon pilihanraya.
Dapat jadi ADUN pun cukuplah.
"Aku nak membela masyarakat.
Aku nak membantu orang dalam kesusahan.
Aku nak berkhidmat.
Aku nak membantu memajukan negara."








3 ulasan:

  1. saya tak salahkan makin ramai generasi muda sokong pembangkang, sebab BN tak pernah nak belajar dari kesilapan PRU 2008.

    BalasPadam
  2. alamak.. sayangnya..
    kalau saya duduk kulai, saya mesti pangkah doc! hehe

    BalasPadam
  3. good luck doc..moga jadi YB yang betul2 berkhidmat...:)

    BalasPadam