Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mac 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki berusia lewat 30-an.
Berkahwin dan punya 3 anak.
Bekerja kilang.
Pernah mempunyai sejarah hitam.
Pernah melalui zaman jahilliyah katanya.
Dipenjara 2 tahun kerana kes ubat batuk.

Hadir ke klinik ditemani anak2.
Meminta dibuang sesuatu daripada tubuhnya.

Meringkuk di Penjara Kota Bharu 15 tahun yang lalu.
Banyak masa terluang katanya.
Banyak membuat benda-benda tak berfaedah.
Sebab itu dia kata zaman jahilliyah.
Antaranya meletak manik di bawah kulit kemaluannya.
Hanya dia yang tahu tujuan dan kegunaannya.
Dah lama dia nak buang manik tersebut.
Tapi takut2 berani.
Dan hari ini dia nekad dan datang ke klinik.
Dia suruh aku keluarkan manik tersebut.

Manusia.
Pelbagai ragam.
Pelbagai kisah.
Pelbagai sejarah hitam.
Seronok kerja jadi doktor sebenarnya.
Ada sesiapa nak tahu camna dia letakkan manik tersebut
semasa di penjara?




5 ulasan:

  1. rasanya nak..tapi....ermmmm..malu pulak...hahaha

    BalasPadam
  2. cer citer.. cer citer
    cemana dia masukkan?
    aperdaaa.. gila ke apa..

    BalasPadam
  3. Dulu kalu ada banduan yg warded, ada je terjumpa benda ni bila nak masukkan cbd...punya la dok pikir amendeeee la bijik ni.. ingatkan ketumbuhan apa..huhuhu.

    BalasPadam
  4. Kepada yang nak tahu,
    Dia gunakan batang berus gigi yang ditajamkan.
    Buat lubang kecil dibawah kulit.
    Lepas tu masukkan manik tersebut.

    Kau buatkan aku punya dulu,
    lepas tu aku buatkan kau punya pulak.

    BalasPadam
  5. untuk ape dia buat mende ni ye?

    BalasPadam