Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mac 2012

Aku dan Pulau Labuan

3 hari di Labuan.
Banyak juga yang aku pelajari.
Pulaunya kecil sahaja rupanya.
Satu jam pusing2 dan ronda2,
dah hampir satu pulau aku jelajah.


Yang sangat menarik di sini ialah makanan lautnya.
Bagi yang dah biasa ke pasar,
memang terkejut dengan harga ikan, udang dan sotongnya.
Semuanya masih segar2.
3 hari aku di Labuan,
lebih 3 kali aku kena ke pasar.


Juga yang murah di sini,
ikan bilis, udang kering juga ikan masin.
Nasib tak baik JB tu kena naik turun 2 kapalterbang.
Kalau tidak berkilo2 aku borong.


Tetapi satu yang mahal di sini.
Ayam mungkin tidak diternak di Labuan.
Jadi harganya berlipat kali ganda.
Siapa yang kuat makan ayam kena tukar selera di sini.


Pulau Labuan adalah pulau bebas cukai.
Makan di McD takda cukai.
Rokok, coklat juga perfume takda cukai.
Rugi aku sebab ketiga2 benda tu bukan minat aku.


Barang-barang perhiasan wanita juga murah di sini.
Kalau pandai menawar harga,
boleh 10 kaliganda lebih murah banding di Semenanjung.
Aku bab2 ni memang tak minat.
Nak memilih pun buat sakit mata aje.


Pulau Labuan.
Cuacanya panas terik tanpa awan.
Tapi tiupan anginnya kuat.
Waktu sembahyang terawal sejam.
5.15 pagi dah subuh.
12.30 tengahari dah zohor.
6.30 petang dah maghrib.
Pukul berapa nak tidur ya?



Pulau Labuan.
Jalan2nya tidak sesak.
Walaupun kereta agak banyak,
tapi cara memandu mereka agak santai.
Tak boleh nak memecut langsung.
Masuk dalam laut nanti.


Pulau Labuan.
Kalau ada umur yang panjang,
dan adikku belum lagi berpindah.
Aku pasti akan ke sana lagi.




5 ulasan:

  1. mutiara n kristal mamang murahhhh kat sana kannnn!!!

    BalasPadam
  2. akan ke labuan tak lama lg atasan urusan kerja..tak sabar pulak nak kesana lepas baca entry ni ^_^

    BalasPadam
  3. tak sabar nak ke labuan lepas baca entry ni..^_^

    BalasPadam
  4. kat mana de jual mutiara dan kristal yang murh2 ea?...sbb aritu jumpe kt ujana kewangana je..tp xde lah murh sgt pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wife bershopping di gerai2 sebelah Pasar Besar Labuan.
      Tapi pukul 5 dah tutup kedai.
      Kalau nak mutiara dan kristal,
      pergi ke Kota Kinabalu.
      Lebih banyak pilihan.
      Lebih murah.
      Kena rajin tawar-menawar.
      Baru dapat harga murah.
      Boleh dapat harga kurang separuh drp harga asal.

      Padam