Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mac 2012

Aku dan Risalah Kesihatan



Aku bukan nak cerita pasal Miracle Medicine.
Aku bukan nak cerita pasal produk ajaib.
Kalau cerita pun takkan habis punya.
Ada aje produk baru dan temberang baru setiap hari.

Produk ajaib.
Satu untuk segala jenis penyakit.
Ada berbentuk sabun.
Ada berbentuk spray.
Ada berbentuk tuala wanita.
Dan yang ini berbentuk minyak angin.
Dikatakan produk ajaib.
Kerana boleh mengubati segala jenis penyakit.

Aku nak cerita pasal cara pengiklanan mereka.
Tabur risalah kat mana2.
Tak payah mintak kebenaran siapa2.
Tulis testimoni melampau yang tak masuk dek akal.
Gout boleh baik dengan sapu ubat.
Sakit gastrik boleh baik dengan sapu ubat.
Sakit kronik juga.
Ini belum cerita pasal kanser, stroke dsbnya.

Malangnya ramai yang terpedaya.
Terutama orang2 yang kurang berpelajaran.
Demi untung dan wang ringgit,
sanggup menjaja cerita2 bohong.
Bila dah percaya,
ubat2 moden tak berani dimakannya.
Kononnya ubat2 moden menjadi racun.
Lebih memudaratkan.
Lebih memendekkan usia.
Bila sakit dah semakin teruk,
baru teringat nak kembali ke pangkal jalan.

Ada seorang pesakit aku.
Dia tengah kemaruk menjual Jus MonaVie.
Tetapi dia juga menyuntik Vitamin C Kolagen setiap minggu.
Bila ditanya kenapa mukanya kelihatan berbeza.
Dia kata Jus MonaVie penyebabnya.
Tak sebut pun pasal suntikan.
Ada yang dah terperdaya.
Ada yang dah jadi downline.
Jus MonaVie jadi awet muda.


Inilah dunia.








3 ulasan:

  1. tu yg risalah...kalau dlm magazine wanita etc, separuh page sahaja dah penuh dgn produk2 ni semua...tak tahaaaaannnnn!!!!

    BalasPadam
  2. Masa mak mertua kena potong ibu jari kaki sebab diabetes, ada pulak sedara datang nak 'ziarah'. Rupanya dtg nak menjual Mona Vie. Tup tap tup tap, mak mertua 'termakan' promosi dan membeli 2 botol (kononnya 1 siang, 1 malam). Lepas minum, paras gula dalam darah naik mendadak, tempat operation pun naik nanah. Aku paksa mak mertua aku stop minum. Masa sedara tu tanya perkembangan, memang silap ler tanya kat aku. Kena tembak teruk punya.

    BalasPadam
  3. yang percaya...
    pakcik-pakcik makcik-makcik melayu..

    BalasPadam