Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

25 Mac 2012

Aku dan Tudung Fareeda


Ini hal orang perempuan.
Aku tak minat nak masuk campur.
Tapi dah lama aku perhatikan.
Wife tengah gila kemaruk dengan Tudung Fareeda.
Tengahmalam pun sempat lagi check FB.
Nak tahu ada stok baru ke tidak.


Semalam.
Ada kedai baru buka.
Wakil pengedar rasmi Fareeda di JB.
Tempatnya di Taman Mutiara Rini.
25 minit perjalanan daripada rumah.
Pukul 10 pagi wife dah ajak ke sana.
Takut stok habis katanya.


Kedainya kecik aje.
Simple yet elegan.
Memang sesuai untuk orang perempuan.
Duduk2 sambil belek2.
Diri2 depan cermin sambil test pakai.
Kemudian pilih2 mana yang berkenan.


Tudung jenama ini kira eksklusif.
Susah nak dapat kata wife.
Kalau ada stok baru masuk FB,
kejap aje dah ada yang booking.
Harganya pun boleh tahan.
Ratus2 untuk sehelai.
Tapi kerani ofis dia ramai yang pakai.
Jadi ratus2 pun kira tak mahallah.


Cuba search Fareeda dalam FB.
Ramai betul yang berniaga tudung ini.
Tapi tak semua berniaga betul2.
Yang betul2 berniaga,
24 jam online.
Setiap pertanyaan dijawab segera.
Kalau hari ini order,
esok dah sampai barangnya.
Bagus punya servis.

Wife dah tahu jalan ke sana.
Aku dah bookmarked dalam handphone dia.
Dah ada no telefon dia pun.
Boleh tanya kalau ada stok baru.
Habis waktu kerja pasti ke sana.
Belum habis waktu kerja pun boleh ke sana.














41 ulasan:

  1. kosnya tak sampai 30 ringgit pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... kebanyakan tudung branded ni, tukang buatnya ada kat kajang...kos asal dlm rm30 je...
      bila sampai ke kedai, dijual beratus2! huhuhu

      Padam
    2. Adat berniaga.
      Ada permintaan,
      adalah jualan.
      Kalau berkualiti,
      mahal pun orang beli...

      Padam
  2. Best sgt pakai tudung ni doc..tp sy xsuka yg standard size.kecil. Biasanya xl he3~ Kalau doc n wife turun kl,ajak la p ke butik fareeda di bangi. Kt sana kita blh request color yg kita nk. Dia terus jahit. Tunggu bbrp minit je dh siap.

    (siap promote lg he3~ *palmface* ayyakkk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wife teruja bila baca komen ini.
      InsyaAllah bulan depan sampai ke sana.

      Azira dah banyak buat koleksi ke?

      Padam
    2. X byk..baru je nk start wat koleksi he3~

      Padam
  3. kerani ofis dia pun pakai ...
    170 hinggit tuuuu....



    heheheheeeee...
    saya pakai farida celup je...

    BalasPadam
  4. kerani ofis pakai 170 hinggit punya...
    huwahhhhhhh...


    saya pakai er....
    farida celop...

    BalasPadam
  5. saya pakai yang takde cap punye. muka tak masuk la dgn tudung yg ada awning nih~

    BalasPadam
  6. saya first time dgr pasal tudung fareeda kat blog ni...nampak tak betapa ketinggalan zamannya saya?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kira free promotion.

      Saya pun sebenarnya tak faham,
      apalah best bebeno tudung ini.

      Hanya orang pompuan yang faham...

      Padam
  7. Sy pun kerani n sy pun memakai tudung fareeda....sebulan beli 1helai lelamer byk jgk.tp kalo nk ry mmg simpan diut dr awl thn coz nk borang 2,3 helai....so 1thn dh dpt 15 kan byk tu....alah membeli menang memakai. Coz biler beli tdg fareeda kiter xrs jemu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wife saya dah tukar lain brand.
      Kualiti hampir sama,
      design lebih cantik.
      dan yg penting harga lebih murah...

      Padam
    2. saya baru start kemaruk tudung fareeda. ade brand lain ke? brand ape tu?? boleh try..

      Padam
  8. DeNorish.
    Cari dalam FB.
    Takpun Google aje...

    BalasPadam
  9. salam....tumpang lalu doc yer..mintak izin nak jemput singgah ke page saya;) anyssa hijab boutique.harga rendah lain dari yang lain.thanks;)

    BalasPadam
  10. salam doc..tumpang lalu..minta izin nak jemput rakan2 ke page saya di facebook :anyssa hijab boutique.Tudung ala Fareeda harga murah luarbiasa;)

    BalasPadam
  11. Salam doc, boleh info tak macam mana nak beli tudung denourish ni? saya google tak berjaya jumpa pulak.

    terima kasih =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Search di Facebook.
      Ada ramai seller.
      Contoh: De Noorish Elegance Za

      Takpun friend dengan wife saya.
      Dia ada byk connection.

      Beri email kat saya.

      Padam
    2. Norfaizah Shafie boleh pergi blog saya or dapatkan di facebook Damia De'noorish Elegance

      De;noorish dah kuar majalah mingguan wanita sila dapatkan

      Padam
  12. Tudung De'noorish Elegance (DNE) dah keluar majalah pada minggu ini,,,,best quality n cantik,,,,yg pasti bukan tiruan hikhik,,,DNE mempunyai design yg tersendiri & eksklusif,,,,

    BalasPadam
  13. DNE di Majalah Mingguan Wanita Keluaran Julai,,,cover ella

    BalasPadam
  14. aku masih pelajar , xde duit nak beli - -''
    Aku rasa tudung ni dengan style dia tu, aku rasa boleh jahit sendiri jerr.
    problem sekrang ni sume benda tak da. beci aku..! grr.
    Nape laa jual beratus2. seriously ? goddamn it.

    BalasPadam
  15. saya engineer, tapi saya tak mampu nak spend satu pun duit kat tudung memahal camtu..takde masalah dengan gaji..tapi mungkin rasa tak berbaloi kot..atau mungkin minat lain kot...ada orang suka bergaya..so dia abiskan duit beli baju terkini..ada orang suka iphone..so setiap kali keluar baru dia spend lagi duit..saya nak spend 1-2k untuk hp pun rasa cam mahalnye..tp sy suka melancong..kalo petik je insyaallah saya akan usahakan..lihat bumi allah..

    tapi lately ni terdetik plak nak amik satu..sekali usha harga..omak aii..takpelah..
    ...........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju sebab saya pyn peguam. Tujuan bertudung untuk menutup aurat bukannya membazir... Lagi satu tudung ni sangat pendek tidak mengikut syariat

      Padam
    2. Saya setuju sebab saya pyn peguam. Tujuan bertudung untuk menutup aurat bukannya membazir... Lagi satu tudung ni sangat pendek tidak mengikut syariat

      Padam
    3. setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza..ada yg kata tudung fareedah ni cntik dan bergaya tp saya pula sebaliknya..
      Lebih afdhal kalau tudung Fareedah ni dibuat labuh dan mengikut syariat <3

      Padam
    4. saya pun sama. saya pensyarah, and rasa mahalnye fareeda. tapi cantik~

      Padam
  16. teringinnye ..selai pun jadi la..tapi kne tggu duit kutu..hihihih

    BalasPadam
  17. teringinnye ..selai pun jadi la..tapi kne tggu duit kutu..hihihih

    BalasPadam
  18. yang lebih kurang pun cantik jugak =)

    BalasPadam
  19. sapa yang kata tudung fareeda tidak mengikut syariat..knp tudung fareeda dipersoalkan..kalau xtahu jgn cakap sbb tudung fareeda ada banyak saiz n labuh,nak labuh sampai ke lutut pon ader...

    BalasPadam
  20. bila dah beli n pakai..rasa ketagih nak beli lg..memang berbeza dengan yg celop punye..

    BalasPadam
  21. bila dah beli n pakai..rasa ketagih nak beli lg..memang berbeza dengan yg celop punye..

    BalasPadam
  22. Jemput ke fb zayra abadi.tudung ala fareeda kualiti butik hrga murah.

    BalasPadam