Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mac 2012

Aku dan Tutti Frutti


1 Mac tempohari.
Cawangan terbaru Tutti Frutti dibuka di Jusco Tmn U.
Anak2 yang lebih tahu daripada aku.
Kata ada diskaun 20% sampai 5hb nanti.
Tutti Frutti.
Kedai jual dadih beku buatan USA.
Mula diperkenalkan di Malaysia sejak 2009.
Ini cawangan ke 42 mereka di Malaysia.
Dan yang ke 3 di Johor.


Petang hari minggu.
Beratur agak panjang di Tutti Frutti.
Tapi taklah lama sangat beratur.
Layan diri sendiri.
Mula2 ambik mangkuk.
Lepas tu pilih dadih beku yang nak dirasa.
Vanilla, Kiwi, Coklat dan macam2 lagi.
Nak ambik semua perisa pun boleh.
Lepas tu pilih topping pulak.
Buah2an segar ada.
Macam2 coklat ada.
Lepas tu timbang berat.
Dan kemudian bayar harganya.
RM 0.53 untuk setiap gram.



Memandangkan ianya produk luar negara,
terkejut juga bila tengok resitnya.
Nasib baik tak ambik mangkuk warna merah.
Yang tu lebih besar.


Dadih beku bukanlah favorite aku.
Rasanya biasa2 sahaja. 
Takda beza sangat dengan rasa aiskrim kat McD.
Sesekali bolehlah.




2 ulasan:

  1. panjangnya Q
    confirm tokey senyum sampai malam!

    BalasPadam
  2. Kedai baru bukak.
    Ramai yg excited nak cuba try test.

    Tengok seminggu dua lagi.
    Masih senyum ke tidak tokey nya.

    Pada saya harganya agak mahal.
    Aiskrim McD yg RM1.20 tu sama aje rasanya.

    Tapi ini bukan aiskrim.
    Ini yogurt.
    Ada probiotik.
    Boleh jadikan badan lebih sihat.
    Bahan import lagi.

    Percaya iklan dia?

    BalasPadam