Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Aku dan Statistik

Dalam politik,
nombor dan statistik adalah segala-galanya.
Apa guna target dicapai,
jika kualiti perkhidmatan masih ditakuk lama.
Masa menunggu giliran masih sama,
masa menunggu keputusan ujian darah masih sama,
masa menunggu temujanji untuk doktor pakar masih sama,
masa menunggu temujanji untuk pemeriksaan Ultrasound masih sama,
masa menunggu temujanji untuk pembedahan masih sama.
Apa guna doktor makin ramai.
Tapi bilangan Bilik Rawatan tidak ditambah.
Bilangan Bilik Bedah tidak ditambah.
Masa pembedahan tidak ditambah.
Peralatan tidak cukup.
Apa bezanya?
Dalam politik,
statistik adalah penentu kejayaan.
KPI, NKRA dan sebagainya.
Semuanya nampak cantik dalam graf.
Semuanya nampak cantik di atas kertas.
Doctor target within reachBy CHRISTINA TAN
newsdesk@thestar.com.my KLUANG: Malaysia is optimistic of having a doctor-population ratio of 1:400 by the year 2020, beating the World Health Organisation’s standard of 1:600.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the Government…

Aku dan Restoran Juara Seafood

Imej
Dah lama tak review tempat makan.
Maklumlah dah lama tak makan kat luar. 
Malam tadi anak2 ajak makan tomyam.
Jemu makan kat rumah katanya.
Teringat tempat ini.
Teringat signboardnya yang besar.
Juga lampu berwarna-warni.
Nampak meriah daripada jauh.


Harga makanannya standard di sini.
Masakan Thai ( Kelantan ).
Jadi aku minta menu yang standard juga.


Siakap Tiga Rasa,


Sotong Masam Manis,


Kailan Ikan Masin,


Juga Tomyam.


Layanannya pantas.
Harga berpatutan.
Suasananya selesa.
Cuma sedikit masalah.
Masakannya agak manis/masin.
Anak2 komplen.
Aku belasah aje.


p.s
QPR kena belasah dengan Chelsea?
Tentu sengit Chelsea lawan Liverpool hujung minggu ini.
Torres lawan Suarez.

Aku dan The Avengers

Imej
Gabungan Superhero ciptaan Amerika.
Ada Ironman yang egois.
Ada Hulk yang pemarah.
Ada Thor yang gagah perkasa.
Ada Captain America yang patriotik.
Dan ada yang lain-lain.
Jadilah mereka geng The Avengers.
Penyelamat Bumi.
Jalan cerita yang mengarut dah tak kisah dah.
Yang penting  '' Kita enjoy! ".
Kena tengok Ironman dulu.
Kena tengok Thor dulu.
Kena tengok Captain America dulu.
Baru boleh faham kesinambungan ceritanya.
Setiap watak adalah penting.
Setiap watak ada cerita masing2.
Bukan sekadar tempelan.
Padaku, Hulk is the best.
Dan lagilah best kalau Ironman mati dibabak akhir.
Ataupun Nick Fury.
Tapi ini cerita Hollywood.
Hero mana boleh mati?
Kita tak perlu Optimus Prime dan geng2nya.
Untuk menyelamat kita daripada makhluk asing.

Salam hujung minggu kawan2.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Bayangkan anda seorang bapa.
Anak anda baru berusia 2 bulan.
2 minggu yang lalu anda perasan ada benjolan dikepala anak anda.
Anda pun membawa anak anda ke hospital berdekatan.
Doktor yang merawat tak tahu nak buat apa.
Lalu anak anda dihantar ke hospital lebih besar.
Perlu pemeriksaan lanjut katanya.
Selama 12 hari 12 malam di wad,
anda tak pasti apa sedang berlaku.
Ujian darah, X-ray kepala, CT Scan juga MRI Scan dah dibuat.
Ramai doktor pakar datang merawat anak anda.
Tapi tak seorang pun bercerita apa2 dengan anda.
Anda segan nak bertanya dengan mereka.
Anda hanya dapat bertanya pada doktor2 pelatih.
Kebanyakannya hanya membaca laporan dalam fail pesakit.
Mereka tak tahu apa2.
Anda semakin buntu.
Doktor kata nak buat pembedahan minggu depan.
Ada kata cuma ambik sampel sedikit sahaja.
Ada kata pembedahan buang tengkorak kepala.
Anda bingung.
Nak sain ke tidak borang kebenaran pembedahan.
Sampai sekarang anda tak pasti apa penyakit anak anda.
Merbahaya ke tidak?
Kanser ke bukan?
B…

Aku dan Derma Ikhlas

Imej
Hari Maulidur Rasul dah hampir 3 bulan berlalu.
Tetapi surat2 mohon sumbangan masih lagi aku terima.
Sumbangan/derma adalah ikhlas daripada hati.
Berapa banyak orang nak beri itu terpulang.
Jangan dijadikan bahan cerita/umpatan.
Tapi yang ini aku nak cerita.
Ada satu tempat. Lokasi dirahsiakan.
Nak buat Majlis Maulidur Rasul 6 Mei akan datang.
Dah nak masuk bulan Rejab dah.

Wakil mereka datang ke klinik.
Mengaku kenal sangat dengan aku.
Tapi tak nak beritahu sebab nak jumpa doktor.
Memandangkan mereka beruniform,
aku benarkan mereka masuk.
Ada 3 sebab orang nak jumpa aku tanpa buat kad;
Nak jual insuran.
Nak ajak masuk Direct Selling.
Nak pungut derma.
Aku memang tak pernah silap punya.

Nawaitu dah betul.
Nak memperingati junjungan Nabi Muhamad S.A.W.
Tapi terkejut beruk aku tengok anggaran perbelanjaan mereka.
RM 14 000 untuk jamuan makan sahaja.
Sebagai orang yang nak keluar derma,
aku nak tahu ke mana duit derma aku dibelanjakan.
Walaupun sepuluh ringgit,
duit itu aku usaha cari…

Aku dan Chelsea FC

Imej
Kalau aku ada sakit Ischaemic Heart Disease,
aku mungkin mati keras depan tv pagi tadi.
Nasib malang Barcelona berterusan.
Kalah dengan Chelsea.
Kalah dengan Real Madrid.
Dan kali ini hanya seri dengan Chelsea.
Seterusnya tak dapat masuk Final Champion League.

Ini nak cerita pasal Chelsea.
Selepas hilang pengurus,
makin bersemangat nampaknya mereka dipadang.
Pengurus gantian lebih memahami pemain banding AVB.
Tapi Chelsea memang hebat pagi tadi.
Sehebat Liverpool masa menang dengan Inter Milan dulu.
Bila John Terry kena kad merah,
Kaki2 judi yang taruh kat Barcelona mula kira untung.
Mereka dah takda main ikut taktik lagi dah.
Taktik dah melompat ikut tingkap.
Taktik Mourinho 6-3-1 pun tak boleh pakai.
Apatahlagi taktik biasa 4-4-2.
Kena guna taktik baru 9-0-0.
Dengan Drogba sekali main fullback.
Tauke2 judi semua dah mengeluh.
Chelsea pasti kena belasah.
Tapi  bola itu bulat.
Segala2nya unpredictable.
Teori2 pakar pun langsung tak boleh pakai.
10 pemain Chelsea semalam pasti dapa…

Aku bukan AJK PIBG

Ini bukan cerita di sekolah anak2ku.
Ini cerita sebuah sekolah di daerahku.
Banyak versi tentang kemelut ini yang aku dengar.
Pihak AJK PIBG,
pihak guru,
juga pihak PPD.
Masing2 tak mahu mengaku salah.
Masing2 rasa mereka berada di pihak yang benar.
Tapi inilah jadinya.
Bila wakil guru dan wakil ibubapa tak sefahaman.
Apatahlagi jika wakil guru terdiri daripada guru2 baru.
Biasanya guru2 yang baru keluar maktab.
Yang dipilih atas dasar nak beri pengalaman.
Tapi nak buat minit mesyuarat tak pandai.
Nak buat akaun tak pandai.
Nak bermesyuarat pun tak pandai.
Akaun berterabur.
Wang masuk dan keluar tak dicatat betul2.
Itu yang nampak seperti ada penyelewengan.
Baca cerita di bawah.
Rasanya kes akan ditutup begitu sahaja.
Tak percaya?
Kita tunggu dan lihat.

PIBG dakwa dana tabung diseleweng NORSHIKIN MOHD SALLEH
21 April 2012 JOHOR BAHRU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah rendah di sini mendakwa terdapat penyelewengan dana tabung itu …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 60 tahun.
Bekas pekerja syarikat GLC terbesar di Malaysia.
Tapi masih dalam tanggungan.
Masih boleh dapat rawatan pakar secara percuma.
Seumur hidupnya.
Sebab ada perlindungan insurans kesihatan.
Dia memang ada penyakit.
Penyakit tiga serangkai.
Setiap 2 bulan mesti jumpa aku.
Nak ambik Guarantee Letter untuk follow up dengan Pakar Jantung.
Kadang2 aku naik fed up.
Asyik kena isi borang yang sama sahaja.
Tapi pesakit ini memang lain.
Dia ni memang suka sangat nak jumpa doktor pakar.
Rasanya semua doktor pakar kat Johor Specialist dia dah jumpa.
Pakar Mata, ENT, Ortho, Medical, Surgical, Neuro, Skin.
Cuma pakar Psikiatri aje yang belum.
Dia pernah terlibat kemalangan bas di Ayer Hitam 5 tahun lepas.
Dia dah pun dirawat di Hospital Batu Pahat.
Doktor dah sahkan luka2 luaran sahaja.
Tapi balik ke sini terus jumpa aku.
Minta dirujuk ke doktor pakar.
Nak suruh doktor check betul2 katanya.
Kepala benjol sikit pun nak mintak CT Scan.
Panas telinga aku mendengarnya.

Aku dan Tudung Fareeda

Imej
Hobiku mengumpul alat permainan.
Hobi isteriku mengumpul tudung.


Aku dan wabak HFMD

HFMD.
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.
Tapi ada yang sebut Penyakit Kuku dan Mulut.
Itu penyakit lembu cik abang oii!

HFMD.
Penyakit bermusim.
Sangat mudah berjangkit tetapi jarang membawa maut.
Kecuali wabak di Sarawak pada 1997.
“Any child with HFMD symptoms should be rushed to the hospital immediately,” 
Ini kenyataan orang politik.
Kenyataan orang tak belajar perubatan.
Satu kenyataan berbahaya.
Penuh sesaklah klinik kerajaan selepas ini.
Tapi perlukah segera ke hospital?

HFMD.
Tidak cukup merbahaya untuk kanak2 yang cukup zat.
Yang minum susu formula dan bukannya susu sejat.
Yang minum susu ibu dan makanan berkhasiat.
Antibodi badan masih boleh melawan virus ini.
Tetapi ada risiko komplikasi yang minimum.
Otak, paru-paru juga sistem saraf.
Tapi belum aku jumpa setakat ini.

HFMD.
Tiada rawatan.
Tak perlu antibiotik.
Tak jumpa doktor pun boleh.
2-3 hari baik sendiri.
Kecuali kalau demam tinggi dan berterusan,
tidak lalu makan dan minum
dan jadi kurang aktif,
barulah ke hospital…

Aku di Majalah Laman Impiana

Imej
Kali pertama.
Kali kedua.
Kali ketiga.
Dan ini kali keempat.


Dah baca Majalah Laman Impiana yang baru?


Gambar rumahku masuk lagi dalam majalah.


Aku dah lama tak beli majalah ini.
Harga makin mahal.
Iklan pun banyak sangat.
Kalau tak sebab ada gambar rumah aku,
aku memang selak dan belek kat kedai jer.
Salam hujung minggu kawan2!






Aku dan Isteriku Pegawai Fasilinus

Imej
Isteriku Pegawai Fasilinus.
Kerjanya memantau sekolah, guru juga murid2.
Nak pastikan semua murid boleh membaca, menulis dan mengira.
Ada NKRA dan KPInya.
Semua murid tak bermaksud 100%.
Ada yang perlu masuk kelas khas atau kelas pemulihan.
Tapi semua murid patut mendapat pendidikan sewajarnya.


Dua minggu lepas.
Ada Ujian Saringan Peringkat Kebangsaan.
Setiap murid wajid menghadirinya.
Guru sekolah perlu menandakannya.
Guru sekolah juga perlu memasukkan data dalam portal/sistem.
Kemudian dapatlah statistiknya.


Sesetengah sekolah juga guru anggap ini hal remeh.
Walaupun diingatkan beberapa kali,
ramai yang masih buat endah tak endah.
Ada satu sekolah di daerah ini.
Semasa pemantauan dah diketahui ada beberapa pelajar yang bermasalah.
Tetapi bila keputusan keluar,
kelulusannya seratus peratus.
Dua hari isteriku 'mengamuk'.
Sebab sekolah itu di bawah pengawasannya.


Ini adalah antara kertas jawapan murid sekolah tersebut.
Semuanya betul.
Takda yang salah.
Ada yang ditanda denga…

Aku dan Houseman (4)

Satu pendapat yang bernas.
Aku setuju 100 peratus.
Houseman masih perlu belajar.
Lebih ramai pesakit dilihat,
lebih banyak pengalaman.
Houseman belajar daripada pengalaman.
Houseman belajar daripada pesakit.
Houseman belajar daripada kesilapan.
Terimalah hakikat.
Houseman belum layak jadi doktor sebenarnya.
Tapi ibubapa banyak yang tak faham.
Anakku dah ada degree.
Anakku seorang doktor.
Anakku juga kakitangan kerajaan.
Mereka patut mudah kerjanya.
Mereka patut besar gajinya.
Mereka tak patut jadi kuli.
Mereka tak patut kerja 24 jam.
House officers learn by seeing patients THE issue of house officers being overworked has been overblown.
House officers were once overworked, but not anymore. With the new flexi system, the majority work within the stipulated time frame. The group that is overworked is medical officers. Does the public know that besides doing their job, they also have to do the house officers’ job, do their usual on call and on top of that study for their exams?
H…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang wanita lewat 20-an.
Mengandung anak sulung.
Pernah keguguran sekali.
First trimester.
Disiplin ke Pusat Kesihatan untuk pemeriksaan Antenatal.
Tak pernah missed appointment.
Juga ke Pakar O&G Swasta sekali sekala untuk pemeriksaan.
Kalau ikut sejarah dia tidak termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
Kencing manis ke, darah tinggi ke.
Tetapi nurse kat Pusat Kesihatan cukup risau dengan dia.
Mungkin sebab dia pernah keguguran barangkali.
Tekanan darah tak pernah lebih 110/70.
Urine pun bersih.
Tetapi minggu lepas berat badannya naik 3 kg dalam tempoh sebulan.
Itu yang mereka risaukan.
Padahal bulan sebelum tu beratnya cuma naik 300gm.
Jadi nurse suruhlah makan banyak2.
Bila dah naik 3 kg kelam-kabut pulak mereka.
Semalam setengah hari sangkut kat klinik.
Kena buat ujian MGTT. (?indication)
Paras gulanya pula 4.3/5.6 mmol/L.
Itupun mereka tak puashati lagi.
Hari ini kena datang balik ke klinik.
Untuk check tekanan darah.
Lepas tu kena check hari2 untuk seminggu ini.
Mintak …

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Pagi bukak email.
"Nak join ke tidak?"

Petang bukak email.
"Bagus jugak kalau join..."

Tapi malang sungguh.

Dah penuh dah.

Pendaftaran ditutup.





Aku dan Houseman (3)

Ini kesinambungan cerita semalam.
Ada pendapat daripada orang bukan perubatan.
Bercerita tentang 'anak sedara' juga 'anak kepada jirannya'.

Dia terlalu banyak tengok drama swasta agaknya.
Doktor adalah kakitangan kerajaan
Kakitangan kerajaan kerja waktu pejabat sahaja.
Lepas pukul  5, hospital tutup.
Semua pesakit boleh datang esok pagi pukul 8.
Doktor boleh rehat dan balik rumah.
Doktor boleh pergi main golf.
Doktor boleh dating jumpa girlfriend.
Pesakit2 semua boleh tunggu waktu pejabat esok.
Bull$#!&!
Pesakit yang sakit nak beranak boleh tunggu esok.
Pesakit yang kemalangan putus tangan pun boleh datang esok.
Pesakit yang pengsan terminum racun pun boleh datang esok.

Ramai masih lagi tak faham2.
Doktor kena kerja 24 jam.
Kalau tak datang hospital pun kena standby.
Bila2 masa akan ada kecemasan.
Pesakit datang tak tentu masanya.
Doktor yang berjiwa doktor,
tak selalu merungut.
Walaupun dibayar RM20 untuk 24 jam,
doktor terima dengan rela hati.
Amanah dan tanggung…

Aku dan Houseman (2)

Anda kata hidup Houseman stressful?
Cuba jadi Medical Officer.
Ditempatkan di hospital daerah.
Tiada lagi senior MO.
Tiada lagi Specialist.
Tiada lagi Consultant.
Anda seorang diri on call menjaga seluruh hospital.
Semua kes di wad, di unit kecemasan juga di bilik bersalin.
Anda yang menjaganya.
Hidup mati semua pesakit di tangan anda.
Macam2 pesakit ada.
Yang mabuk,
yang schizophrenia,
yang putus tangan dan kaki,
yang nak bersalin songsang,
yang tumpah darah,
yang berhenti bernafas,
yang demam dan kekejangan,
yang dah mati menunggu di bedah siasat.
Semuanya anda yang kena jaga.
Anda kata hidup Houseman stressful?

Aku setuju sangat pendapat MMC Past President ini.
Kehidupan Houseman tak se'stressful' dulu.
Houseman dah berlambak2 dalam wad.
Siapa yang stress?
Yang buat Medik kerana emak bapakYang buat Medik kerana glamourYang buat Medik kerana wang ringgitYang practical skills cukup2 makan sahajaYang clinical knowledge pun cukup2 makan sahajaYang masa student dulu tak merasa s…

Aku dan Houseman

Houseman.
Aka Doktor Pelatih.
Pekerjaan paling stress di dunia.
Boleh jadi gila kalau tak kena gayanya.
Houseman.
Kena jaga pesakit luar dan dalam.
Kena tahu segala2nya pasal pesakit dibawah jagaan.
Kena pasti segala2nya teratur dan terancang.
Darah kena ambil.
Botol kena label.
Appointment kena cepat.
Tapi itu tak cukup gila.
Kena jaga hati boss lagi gila.
Senior MO, Registrar, Specialist,
malah Head Of Department juga.
Masing2 punya karekter masing2.
Semua nak cepat.
Semua nak ada depan mata.
Semua benda kita kena tahu.
Pantang silap sikit.
Panas aje telinga kena herdik, sindir dan maki.
Houseman.
Government servant.
Servant = kuli batak.
Kerja hampir 24 jam.
Gaji tak setimpal dengan risiko kerja.
Tiada insurans jika mati kemalangan dalam ambulans.
Tiada perlindungan jika tercucuk jarum HIV.
Zaman aku houseman dulu,
On call 24 jam = RM 20.00.
Cuti hanya 14 hari dalam setahun.
Tak boleh ambik MC kalau sakit.
MC kena tolak cuti tahun.
Kalau kerja tak cukup setahun boleh kena extend.
I…

Aku di Kelab Tasik Putrajaya

Imej
Bila wife sibuk nak ke Bangi,
aku pun sibuk contact kawan2 aku.
SMS, WhatsApp juga Voice Call.
Akhirnya dapat juga 2 orang.
Cukuplah untuk buat korum sembang2.


Kelab Tasik Putrajaya.
Lokasinya bagus,
pemandangannya cantik.
Makanannya pun boleh tahan rasanya.
Cuma cuaca sangat panas.
Jadi tak tahan duduk lama2.



Ini kawan2 sekepala masa study kat UM dulu.
Sama2 melepak kat Dataran Merdeka pada malam minggu.
Sama2 main gelungsur di Mimaland.
Sama2 duduk satu floor di 8th College.
Sama2 menyewa rumah pangsa di Pantai Dalam.
Dan akhirnya mencari haluan masing2.
Masing2 sudah berjaya.
Alhamdulilah.


Aku suka jumpa kawan2 lama.
Boleh flashback cerita2 silam.
Cerita2 masa menjadi student yang sengkek.
Yang hidup bergantung dengan duit biasiswa semata2.
Inilah kawan yang sama2 susah.
Yang berasal daripada keluarga orang susah.
Anak2 zaman sekarang tak rasa semua itu.
Mereka takkan faham.

p.s Baru berani letak gambar pakai jersi Liverpool.


Aku ke Butik Fareeda Bangi

Imej
Pukul 10 pagi.
Cuti Hari Pertabalan.
280 km daripada rumah.
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Akhirnya sampai juga aku di sini.


Headquarters.
Tudung Fareeda.
Menjadi igauan siang malam wifeku.
Asyik bertanya bilakah akan sampai.
Dan hari ini.
Dia menjadi pelanggan pertama mereka.


Ini hal orang perempuan.
Yang susah aku nak fahamkan.
Mereka sangat teliti tentang warna.
2 jam pusing pun tak habis lagi.
Aku tengok semuanya sama sahaja.
5 minit pusing terus keluar.
Melepak kat kedai Brother's lagi bagus.


Tak semua orang berminat dengan tudung Fareeda.
Tapi bila dah minat,
memang tak tengok tudung lain dah.
Semua yang datang adalah regular customer.
Dah ada berpuluh2 helai pun masih tak cukup lagi.
Ada lagi warna lain yang takda dalam koleksi.


Kat sini tudung dijahit ditingkat atas.
Dibawa ke bawah sedikit demi sedikit.
Kalau nak yang terbaru dan belum ada dipasaran,
kena sabar menunggu.
Ada yang sanggup tunggu seharian untuk cari yang dihajatkan.
Tak semua orang boleh naik ke tingkat…

Aku dan Klinik 1Malaysia

GPs losing out to 1Malaysia clinic HEALTHCARE in Malaysia has evolved into a major concern for many. The escalating cost of medical consultation, medication, surgery and allied healthcare services have made it difficult for an average wage earner to afford treatment unless covered by healthcare insurance or through government subsidised treatment. 
It is therefore a relief that the Barisan Nasional-led Government has managed to continuously provide subsidised healthcare despite the rising cost of medications. They have also extended their service to the rakyat through the 1Malaysia clinic. These clinics have been the talk of the town and the feedback received from those who have frequented them shows that the Government not only is providing cheap but high quality service at these clinics.
Unfortunately, the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Sunday that more such clinics will be set up throughout the country has confused me and, I believe, many other…

Aku dan Super Spontan

Imej
Dulu aku suka tengok Whose Line Is It Anyway?
Rancangan sketsa2 lawak spontan tanpa skrip.
Lepas tu ada rancangan baru.
Spontan tajuknya.
Hasil idea gila Afdlin Shauki dan arwah Din Beramboi.
Juga sketsa2 lawak spontan tanpa skrip.
Tapi dah diMalaysiakan.
Pembaca berita berkepala tiga.
Beku.
Demostrasi.
Sketsa soal menyoal.
Sketsa ayat penyata.
Pemandu pelancong.
Alat ciptaan.
Majlis keramaian.
Dan banyak lagi.
Memang tak jemu tengok dikala bosan.
Terutama bila ada arwah Din Beramboi beraksi.


Kini ada rancangan baru di Astro Warna.
Super Spontan.
Hasil kesinambungan Spontan.
Tapi dibuat dalam bentuk pertandingan.
Satu idea baru yang briliant.
Ala-ala rancangan Grand Slam.
Ada dua pasukan.
Angsa Ganas dan Beruang Comel.
Setiap pasukan ada 7 celebriti dan seorang pengurus.
Bertanding dalam sketsa2 spontan.
Dah nama bertanding tentu ada menang ada kalah.
Yang menang setiap minggu dapat 5 ribu ringgit.
Tapi duitnya kena derma kat badan kebajikan.
Tak boleh bawak balik.
Yang kalah pula…

Aku dan Cukai Tanah

Imej
Cukai Tanah.
Cukai tahunan untuk tanah rumah yang diduduki.
Rumah sendiri punya.
Rumah yang disewa suruh tuan tanah yang bayar.

Cukai tanah.
Wajib dibayar setiap tahun.
Wajib dibayar sebelum 1 Jun setiap tahun.

Cukai Tanah.
Hampir tiap tahun terlewat bayar.
Asyik bertangguh aje nak ke Pejabat Tanah.
Sibuk kerja siang malam. Alasan!
Juga uruskan anak2. Alasan!
Maka setiap tahun kena bayar ekstra.
Penalti 20 peratus.

Tahun ini tak lagi.
Tahun ini aku bayar online.
Senang sangat.
Tak payah susah2 nak ke Pejabat Tanah lagi.
Klik sana, klik sini.
Dah siap dah.

Kalau anda ada rumah di Johor,
bayar cukai tanah di sini

Sekian terima kasih.





Aku dan Vaccine Shortage

Imej
Ada 2 benda yang sedang kekurangan.
Gila punya kurang.
Injection Typhoid untuk peniaga makanan.
Injection Meninggococcal ACWY untuk pergi umrah.
Aku dah tak tahu nak cari kat mana.
Hari2 mesti ada yang tanya.
Semua rangkaian pun dah kehabisan stok.
Distributor pun tak boleh janji bila stok akan sampai.

Apa masalah sebenarnya?
Ada orang sorok ke?
Kerajaan nak sabotaj klinik2 swasta ke?

Aku kasihan kat bakal2 nak pergi Umrah.
Kena ke sana sini untuk mencari suntikan tersebut.
Tanpa suntikan tak boleh buat Visa.
Itu dah jadi undang2.
2 minggu lepas aku ada sedikit stok.
Bila kita cakap ada stok,
tak sampai 2 jam mereka dah sampai.
Takut kehabisan katanya.
Pihak hospital kerajaan pun takda suntikan ini.
Nurse hospital pun datang suntik kat klinik aku.
Itu yang aku hairan tu.
Mana pergi stoknya?

Suntikan Typhoid pun sama.
Distributor kata tunggu beberapa bulan lagi.
Sebabnya?
Entah, mereka tak boleh nak jawab.
Ada alternatif kepada suntikan.
Tapi leceh sikit.
Makan pil.
3 biji.
Makan sela…

Aku dan Blogger of The Year

Imej
5 tahun lamanya menulis blog.
2 tahun bubuh iklan Nuffnang.
Tapi masih tak kaya2.
Baru sekali dapat cek.
Selebihnya masuk angin keluar asap aje.
Maksudnya?
Aku tak cukup popular.
Aku takda peminat.
Tulis blog ikut syok sendiri sahaja.
Tapi bukan itu tujuan asalnya.
Blog untuk isi masa lapang.
Blog untuk hilangkan tension.
Blog untuk meluahkan pendapat.
Aku dah tak kisah apa orang kata.
Terjumpa iklan pertandingan ini di Nuffnang.
Teringin nak cuba.

Klik link ini

Aku dan berita baik?

Shorter stint in govt hospital for dental grads By WONG PEK MEI
pekmei@thestar.com.my PETALING JAYA: Dental graduates will only have to serve the Health Ministry for two years instead of three, Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said. She said the Malaysian Dental Council had approved the shorter national service on Feb 29. “Due to the tremendous increase in the number of graduates, it is timely that the compulsory national service be shortened. This will ensure that new graduates will continue to serve in the ministry. " “For those who have served their compulsory two years, they may wish to join the private sector,” she said before launching the Colgate Oral Health Month 2012 in Bandar Utama yesterday. She said that last year, 415 graduates had registered with the Malay­sian Dental Council. “This represents an almost 400% increase from 2002 to 2011 (112 in 2002 to 415 in 2011),” she said. Rosnah said with the setting up of new facilities and upgra…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Cinta budak2.
Cinta monyet.
Habis dinding rumahku kau conteng...












Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang lelaki warga Bangla.
Patah jari telunjuk kanan.
Kemalangan ditempat kerja.
Bayar RM50.
Rawatan di Unit Kecemasan hospital kerajaan.
X-ray dan sedikit ubatan.
Juga splint menggunakan batang aiskrim.


3 minggu kemudian.
Rawatan susulan di Unit Pesakit Luar.
Klinik kerajaan.
Bayar RM50 jugak.
X-ray dan sedikit ubatan.
Doktor langsung tak buka balutan.
Doktor langsung tak ganti bandage.
Bandage dah bertukar warna.
Dah tumbuh ruam2 gatal.
Batang aiskrim pun masih yang sama.
Hanya beri tarikh rawatan susulan.
Bayar RM50 lagi.


Perkhidmatan kesihatan negara kita.
Kononnya setaraf negara2 maju.
The best in the world!
Tetapi takkanlah masih guna batang aiskrim?
Takkanlah darah kering tidak dibersihkan?
Bandage tidak berganti?


Aku malu.
Malu pada kerajaanku.
Juga malu pada diri sendiri.
Kerana aku pun tak mampu.
Nak beri splint yang lebih canggih dan moden.






Aku dan Hari Ini

Imej
Terkini. Ini entri 1 April.  April Fool Day. Maaf jika ada yang tersinggung. Saya belum ada Vellfire. Saya hanya ada mimpi dan angan-angan sahaja. InsyaAllah, lain tahun.




Bulan baru. Semangat baru. Azam baru. Hutang baru. Kereta baru. Selamat menyambut bulan baru kawan2!