Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 April 2012

Aku bukan AJK PIBG

Ini bukan cerita di sekolah anak2ku.
Ini cerita sebuah sekolah di daerahku.
Banyak versi tentang kemelut ini yang aku dengar.
Pihak AJK PIBG,
pihak guru,
juga pihak PPD.
Masing2 tak mahu mengaku salah.
Masing2 rasa mereka berada di pihak yang benar.
Tapi inilah jadinya.
Bila wakil guru dan wakil ibubapa tak sefahaman.
Apatahlagi jika wakil guru terdiri daripada guru2 baru.
Biasanya guru2 yang baru keluar maktab.
Yang dipilih atas dasar nak beri pengalaman.
Tapi nak buat minit mesyuarat tak pandai.
Nak buat akaun tak pandai.
Nak bermesyuarat pun tak pandai.
Akaun berterabur.
Wang masuk dan keluar tak dicatat betul2.
Itu yang nampak seperti ada penyelewengan.
Baca cerita di bawah.
Rasanya kes akan ditutup begitu sahaja.
Tak percaya?
Kita tunggu dan lihat.

PIBG dakwa dana tabung diseleweng
NORSHIKIN MOHD SALLEH
21 April 2012
JOHOR BAHRU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah rendah di sini mendakwa terdapat penyelewengan dana tabung itu yang didalangi pihak tertentu pentadbiran sekolah.

Yang Dipertuanya, Ramli Leham berkata, antara perkara meragukan ialah status bayaran yuran wang PIBG dianggarkan kira-kira RM10,000 yang gagal dinyatakan dalam pembentangan kewangan 24 Mac lalu, sehingga menyebabkan mesyuarat tersebut ditangguhkan selepas bersidang.

“Kita telah kesan perkara ini pada mesyuarat jawatankuasa kedua 23 Julai tahun lalu mengenai kutipan wang itu, dan pihak sekolah berjanji akan menyelesaikan isu terbabit. Namun sehingga mesyuarat terakhir, perkara itu gagal diselesaikan.

“Kami juga hairan, sehari sebelum mesyuarat agung, nama juru audit kedua yang dilantik PIBG ditiadakan tandatangan atas alasan tercicir, tetapi wujud kesan ia telah dipadamkan sebelum dicetak. 

“Tabung ini diwujudkan di bawah nama PIBG, namun saya selaku YDP tidak pernah menurunkan tandatangan bagi sebarang transaksi dan tidak dimaklumkan mengenai tugas dan tanggungjawab selaku YDP oleh penasihat,” katanya pada pemberita di sini, semalam.

Ramli mendakwa, tandatangan beliau juga dipalsukan dalam surat tawaran projek naik taraf pusat sumber sekolah November 2011, dengan nilai RM8,000 yang menggunakan dana Program Kad Keluarga 2011.

Jelasnya, perkara tersebut memburukkan imej persatuan itu sekali gus persepsi ibu bapa kepada 1,200 pelajar sekolah terbabit, dan beliau menuntut ketelusan jika benar terdapat berlakunya salah laku.

“Rentetan daripada terbongkarnya beberapa perkara ini, murid di sekolah itu khususnya membabitkan anak ahli jawatankuasa diugut dengan pelbagai perkara tidak diingini yang disifatkan tidak profesional,” katanya.

Bagi, Hairulnizam Mustaaman, 35, mendakwa, anak perempuannya yang menuntut di darjah tiga sekolah itu telah dicampak buku dan menerima ugutan dari seorang guru atas alasan yang tidak munasabah.

“Insiden ini berlaku 6 April lalu, guru tersebut bertindak kasar dan mencabar anak saya melaporkan kejadian itu ke pihak lain.

“Berikutan itu, anak saya ketakutan dan trauma menyebabkan gagal untuk hadir ke kelas keesokannya,” katanya di mana isterinya merupakan juru audit kedua yang digugurkan tandatangan dalam penyata kewangan PIBG.

Manakala bagi, Rohaizan Mohd Nor, 40, mendakwa, anak lelakinya berusia sembilan tahun telah ditampar tiga kali atas alasan gagal menjawab soalan matematik dalam kejadian 20 Mac lalu.

“Saya telah cuba mendapatkan penjelasan pihak sekolah, dan pihak pentadbiran berjanji akan memberi kaunseling kepada guru terbabit, saya terkilan mengenai sikap guru itu yang menyasarkan murid menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Md Nor A Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu, dan telah menghantar dua pegawainya untuk menyiasat sehingga menyebabkan mesyuarat PIBG tertangguh.

“Perkara ini dalam siasatan, dan saya mahukan kertas siasatan siap pada kadar segera, kerana saya melihat terdapat kecelaruan tugas dalam perkara ini,” katanya.

sumber




3 ulasan:

  1. Beberapa tahun dulu, PIBG sekolah anak aku mengalami satu konfrontasi oleh satu grup ibubapa yg anak2 baru masuk Tahun 1. Grup tu rupanya membuat perjumpaan di rumah 'dalang' dan merancang 'rampasan kuasa'. Memang dorang menang besar dlm mesyuarat PIBG tapi sampai sekarang tak nampak apa2 perubahan. Itulah dia, PIBG pun dah macam parti politik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu puak2 pro kerajaan ke pro pembangkang?
      Tapi rasanya dua2 sama aje.

      Padam
    2. Kebanyakan kes ni sebab ibubapa murid2 tu merupakan 'somebody', iaitu berpangkat atau merupakan ketua di pejabat masing2. Jadi, kat sekolah pun nak 'tunjuk kuasa'. Ibubapa lain selalu suka sebab ingatkan orang sebegini boleh membawa perubahan, mencari tajaan & sebagainya. Last2, sama jugak sebab mereka 'sibuk'.

      Padam