Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 April 2012

Aku dan Chelsea FC


Kalau aku ada sakit Ischaemic Heart Disease,
aku mungkin mati keras depan tv pagi tadi.
Nasib malang Barcelona berterusan.
Kalah dengan Chelsea.
Kalah dengan Real Madrid.
Dan kali ini hanya seri dengan Chelsea.
Seterusnya tak dapat masuk Final Champion League.

Ini nak cerita pasal Chelsea.
Selepas hilang pengurus,
makin bersemangat nampaknya mereka dipadang.
Pengurus gantian lebih memahami pemain banding AVB.
Tapi Chelsea memang hebat pagi tadi.
Sehebat Liverpool masa menang dengan Inter Milan dulu.
Bila John Terry kena kad merah,
Kaki2 judi yang taruh kat Barcelona mula kira untung.
Mereka dah takda main ikut taktik lagi dah.
Taktik dah melompat ikut tingkap.
Taktik Mourinho 6-3-1 pun tak boleh pakai.
Apatahlagi taktik biasa 4-4-2.
Kena guna taktik baru 9-0-0.
Dengan Drogba sekali main fullback.
Tauke2 judi semua dah mengeluh.
Chelsea pasti kena belasah.
Tapi  bola itu bulat.
Segala2nya unpredictable.
Teori2 pakar pun langsung tak boleh pakai.
10 pemain Chelsea semalam pasti dapat gelaran Datuk
kalau mereka mewakili pasukan Malaysia semalam.

Chelsea tak perlukan taktik.
Chelsea tak perlukan bintang2.
Hanya " Passion, Pride and Desire " untuk menang.
Itulah yang berlaku di atas padang.
Kalau De Mateo tu tak jadi pengurus kekal Chelsea,
dan mereka masih nak juga Mourinho kembali,
Liverpool patut buang King Kenny dan ganti dengan dia.
Liverpool patut beli Lampard dan Drogba.
Aku dah mula suka kat Chelsea balik.


Dah berkira2 nak cari jersi yang mereka pakai semalam.
Tak sabar tunggu hujung minggu ini.
Harap2 ada lagi kejutan sebegini.






1 ulasan:

  1. memang un-sangka- rable lah kan bro! ahahaha..
    saya sebagai die hard fan MU pastinya sokong Barca mlm semalam..hahaha

    Tapi jersey Chelsea tu mmg cantik..
    Jersey Liverpool next season pun, cantik..
    Jersey MU aja yg ntah hapa hapa..buruk

    BalasPadam