Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 April 2012

Aku dan Derma Ikhlas


Hari Maulidur Rasul dah hampir 3 bulan berlalu.
Tetapi surat2 mohon sumbangan masih lagi aku terima.
Sumbangan/derma adalah ikhlas daripada hati.
Berapa banyak orang nak beri itu terpulang.
Jangan dijadikan bahan cerita/umpatan.
Tapi yang ini aku nak cerita.
Ada satu tempat. Lokasi dirahsiakan.
Nak buat Majlis Maulidur Rasul 6 Mei akan datang.
Dah nak masuk bulan Rejab dah.

Wakil mereka datang ke klinik.
Mengaku kenal sangat dengan aku.
Tapi tak nak beritahu sebab nak jumpa doktor.
Memandangkan mereka beruniform,
aku benarkan mereka masuk.
Ada 3 sebab orang nak jumpa aku tanpa buat kad;
Nak jual insuran.
Nak ajak masuk Direct Selling.
Nak pungut derma.
Aku memang tak pernah silap punya.

Nawaitu dah betul.
Nak memperingati junjungan Nabi Muhamad S.A.W.
Tapi terkejut beruk aku tengok anggaran perbelanjaan mereka.
RM 14 000 untuk jamuan makan sahaja.
Sebagai orang yang nak keluar derma,
aku nak tahu ke mana duit derma aku dibelanjakan.
Walaupun sepuluh ringgit,
duit itu aku usaha cari.
Bukannya turun daripada langit.
Aku belek kertas kerja yang dihulurkan.
Makan apa sampai RM 8 seorang?
Rendang Gajah?
Rendang Kijang Emas?

Aku pernah ke majlis seperti ini.
Kalau staf hospital ada 1000 orang,
yang datang tak sampai pun suku.
Ada yang kena kerja.
Ada yang shift malam.
Ada yang balik kampung.
Ada yang lebih suka jadi katak bawah tempurung.
Jadi kalau masak banyak2 dan tiada yang makan,
kan dah jadi membazir.
Bungkus bawak balik pun masuk tong sampah akhirnya.
Aku cuba bersangka baik.
Aku cuba lawan bisikan syaitan.
Tapi nak buat majlis Maulud Nabi pun sampai RM18 000
apa kejadahnya?

Patutkah sekolah2, kolej2 juga universiti2
memungut derma untuk membuat lawatan sambil belajar?
Juga patutkah ahli2 Majlis Daerah gunakan duit cukai
untuk membuat lawatan sambil belajar ke luar negara?

Pada firasatku;
Lawatan Sambil Belajar= Makan Angin.
Makan Angin=Melancong.














1 ulasan:

  1. at the end.. bagi tak dermanya?
    hehe

    saya hari tu lain pulak, ada sorang mamat pakistan, sanggup daftar nama n bukak kad, sanggup tunggu turn, bila masuk, nak jual surah yaasin.. alaahai

    BalasPadam