Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 April 2012

Aku dan Isteriku Pegawai Fasilinus

Isteriku Pegawai Fasilinus.
Kerjanya memantau sekolah, guru juga murid2.
Nak pastikan semua murid boleh membaca, menulis dan mengira.
Ada NKRA dan KPInya.
Semua murid tak bermaksud 100%.
Ada yang perlu masuk kelas khas atau kelas pemulihan.
Tapi semua murid patut mendapat pendidikan sewajarnya.


Dua minggu lepas.
Ada Ujian Saringan Peringkat Kebangsaan.
Setiap murid wajid menghadirinya.
Guru sekolah perlu menandakannya.
Guru sekolah juga perlu memasukkan data dalam portal/sistem.
Kemudian dapatlah statistiknya.


Sesetengah sekolah juga guru anggap ini hal remeh.
Walaupun diingatkan beberapa kali,
ramai yang masih buat endah tak endah.
Ada satu sekolah di daerah ini.
Semasa pemantauan dah diketahui ada beberapa pelajar yang bermasalah.
Tetapi bila keputusan keluar,
kelulusannya seratus peratus.
Dua hari isteriku 'mengamuk'.
Sebab sekolah itu di bawah pengawasannya.


Ini adalah antara kertas jawapan murid sekolah tersebut.
Semuanya betul.
Takda yang salah.
Ada yang ditanda dengan dakwat merah.
Ada yang ditanda oleh murid sendiri.
Ada juga yang tidak bertanda.
Tapi semuanya dapat markah penuh.


Guru adalah pekerjaan paling mulia.
Guru mendidik anak2 bangsa menjadi insan berguna.
Tapi ada segelintir guru yang hanya makan gaji.
Cukup bulan ambik gaji.
Cukup tahun naik gaji.
Hujung tahun dapat bonus.
Cuti sekolah boleh makan angin.
" Anak murid pandai ke tidak,
anak murid berjaya ke tidak,
aku peduli apa? "


Ini bukan cerita guru sekolah anak2ku.
Itu dah jadi cerita lain.
Tapi aku terkilan.
Gaji guru tersebut pembayar cukai yang bayar.
Elaun2 guru tersebut aku yang tolong bayarkan.
Tapi kalau ini carakerjanya,
patutkah aku mendoakan keberkatan rezekinya?



4 ulasan: